9 Jun 2012

Liow Boleh Dapat WWW15 Secara Percuma Bukti Wujud Kong Kalikong

Kuala Lumpur 8 Jun: Pemberian nombor pendaftaran WWW15 kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai secara percuma membuktikan tender terbuka kerajaan Umno BN tidak telus, kata Wong Chen.

Pengerusi Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN itu berkata, tender tersebut mudah dieksploitasi Menteri dan kroni mereka.

“Ia menimbulkan persoalan tentang tadbir urus kerajaan dalam tender terbuka. Menteri boleh memberi apa-apa arahan sesuka hati.

“Jadi bagaimana rakyat boleh mempercayai tender terbuka kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiong Lai merupakan salah seorang yang berjaya membida ‘nombor panas’ berharga RM24,200 melalui tender terbuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bidaan nombor kenderaan rasmi kerajaan itu didakwa diurus oleh kementeriannya.

Bagaimanapun, setelah dikritik pelbagai pihak, Tiong Lai mengakui ia diperoleh secara percuma kononnya atas hak istimewa Menteri.

Chen berkata, JPJ perlu menjelaskan kepada pembida lain yang terpaksa membayar dengan harga penuh.

Beliau turut mendesak JPJ menjelaskan jika wujud arahan dalam urusan tersebut daripada Kementerian Pengangkutan.

Perdana Menteri juga katanya, perlu menjawab dakwaan Tiong Lai berkenaan hak istimewa menteri mendapatkan nombor pendaftaran khas.

Kontroversi ini bermula selepas Tiong Lai menjadi sasaran soalan pemberita dengan berkata tidak membayar satu sen pun untuk mendapatkan nombor tersebut.

Tiong Lai dalam tweetnya berkata, beliau telah dimaklumkan oleh JPJ bahawa beliau tidak perlu membayar harga bidaannya kerana nombor itu ‘percuma’.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press sebelum ini yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata, setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya. -KD

Liow Boleh Dapat "WWW 15" Secara Percuma - JPJ

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran 'WWW 15' secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu kenyataan, Jumaat, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata Liow juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.

Solah berkata JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.

Katanya Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri 'WWW' seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.

Beliau berkata JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

"Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan," katanya.
- BERNAMA


Ulasan GB

Tiba-tiba kini dikatakan wujud surat permohonan untuk mendapatkan nombor 'WWW 15' daripada Liow untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran 'WWW' dibuka untuk bidaan.

Dan atas hak istimewa menteri yang juga dari MCA, Liow boleh diberikan nombor bidaan itu secara percuma.

Lansung tak menasabah.

Itu sebab GB sudah menyatakan bahawa ianya perlu disiasat. "Surat berkenaan" muncul dan tak mustahil ia dilakukan selepas isu ini meletup dan surat itu telah di back-datedkan.

Rakyat mengesyaki wujud kong kalikong di dalam urusan tender ini dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, pengarah JPJ dan Menteri Pengangkutan termasuk Liow Tiong Lai akan jatuh tergolek akibat perbuatan "menipu" rakyat. Semuga ia menjadi kenyataan.

5 ulasan:

Abu berkata...

rugilah sultan johor bayar rm520k untuk www 1. Rupanya nombor ni boleh dapat percuma.

Tanpa Nama berkata...

Itu la dia.umoooo

Tanpa Nama berkata...

bayar??? mmm...

Tanpa Nama berkata...

Kalau percuma kenapa tak umumkan awal...kesian DYMM dan Sultan Johor...sultan beta....itulah kelebihannya orang asing dari anak asal tanahair ini......macam tu ke Umno memperjuangkan Melayu dan Raja-raja....dasar pembohong...

1 Malaysia berkata...

Macamana harga tender boleh jadi RM24K kalau Liau Tong Lai tak membidanya? Siapa yang bida untuk dia? Ini yang seronok dengan kerajaan Malaysia sekarang ni. Jawapan yang diberi selalu pada tahap tadika atau rendah tapi dok cakap pasal transformasi.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH. Kata Tok Jib pasal kerajaan dah hilang punca pendapatan. Yang paling kesian ialah Sultan Johor terutama Tunku Mahkota. Nak kau. Taraf lebih rendah daripada LiauTongLai. Cina kata, Liau tu habis dah.