11 Jun 2012

Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma - MB Selangor

Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.


“Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

“Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini,”
sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

“Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

“Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

“Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan,” jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

“Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

“Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka,” kata beliau. -selangorku


Rafizi desak Khaled Nordin minta maaf

SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kepada rakyat dan khususnya mahasiswa atas keterlanjurannya membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini.

"Tindakan Khaled jelas menunjukkan yang beliau terdesak untuk menutup malu apabila membuat dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bijak bermain sandiwara politik berhubung isu PTPTN," kata Pengarah Strategi PKR ini ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah Rafizi, tindakan Khaled juga secara tidak langsung menghukum mahasiswa sebagai alat mainan politik Umno.

"Saya bertegas dalam hal ini agar Khaled tidak cuba 'menegakkan benang yang basah' kerana jelas yang Khaled tersalah langkah dengan membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN sebelum menarik semula keputusan itu," katanya.

Beliau juga mencabar agar Khaled melontarkan idea, pandangan dan cara penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban mahasiswa daripada terus dibebani hutang PTPTN.

"Janganlah terus-menerus menyerang PR tanda tidak ada sebarang buah fikiran untuk selesaikan beban mahasiswa.

"Khaled sepatutnya memberi cadangan dan berbincang secara ilmiah berhubung usaha kerajaan persekutuan bagi menambah baik mutu pendidikan tinggi negara," tegas beliau.

Tambah Rafizi, PR telah mengemukakan cadangan mereka untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kerana yakin mampu untuk direalisaikan apabila PR mendapat mandat memerintah negara menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Beliau mesti jawab persoalan ini dan kemukakan idea berhubung beban hutang yang terpaksa ditanggung mahasiswa," tambahnya.

Khaled sebelum ini mendakwa yang PR sekadar menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma apabila berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, walhal perkara itu mustahil dilaksanakan.

Khaled mendakwa PR bijak bermain dengan sandiwara politik sedangkan hakikat sebenarnya mahasiswa begitu memerlukan bantuan kewangan daripada PTPTN.

Menurutnya, sekiranya PR ingin merealisasikan janji berkenaan, ia sudah boleh dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negeri yang ditadbir kerajaan PR dan tidak perlu tunggu sehingga mengambil alih pentadbiran negara.
-SH


12 ulasan:

hairan berkata...

pemimpin bn/umno lagi pandaiiiiiiiii... pandai rasuah!

jangan harap la bn/umno nih nak mengurangkan beban rakyat! dia orang dulik apa rakyat makan pasir sekali pun! yang penting duit haram dia orang bertimbun2 dalam bank... DUIT DIUTAMAKAN, RAKYAT DIBANGSATKAN

hemisfera berkata...

Sokong MB untuk tidak bayar cukai kepada Federal.
MB selangor juga jangan minta lagi duit Federal untuk baiki jalan-jalan di Selangor.
Mampu?

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,Kenapa sewaktu berjanji `Pendidikan Percuma`dulu,MB Khalid tidak fikirkan perkara ini? Sebaiknya,berbincang dulu,baru buat kenyataan atau janji.Jangan kita korbankan masa depan anak-anak kita dengan janji-janji yang tidak tentu pasal.

Tanpa Nama berkata...

Setakat baiki jalan2 kat Sgor ... harga kos kat kerajaan negeri RM5juta , harga kos bagi kerajaan persekutuan RM50juta ... mampu sgt2 la hemisfera...

Tanpa Nama berkata...

Apa yg d lakukan adalah yg terbaik olih MB selangor.....Syabas atas urusan yg lancar....moga berolih ganjaran d dunia dan d akhirat....moga allahswt merahmati kehidupan MB selangor....takbir...

mohd shahran berkata...

SETUJU SANGAT DGN PANDANGAN DR MAHATHIR Dalam UMNO hanya ada orang bongok dan BODOH AJE yang cerdik pandai da berada di dalam PR. . SO Komen orang UMNO nie jangan layan sebab mereka terdiri daripada orang yang DR M sebutkan. Bila da bodoh susah nak ajar sikit. . sebab lembam sebab tu berada di dalam UMNO da berapa kali sebut bila kita dapat PR pegang Kerajaan baru boleh uruskan kewangan negara dgn betul akhirnya membawa kepada Pendidikan Percuma. . Nie asyik menyalak. . TAPI nak wat macamana da BODOH cikgu sekolahpun pening nak terangkan berpuluh2kali kat murid BENGAP mcm nie

Tanpa Nama berkata...

Pendidikan percuma boleh berlaku jika BN dan UMNO tak perintah malaysia lagi....

Tanpa Nama berkata...

MAJORITI AHLI UMNO MAHU PTPTN DI HAPUSKAN TAPI TAK BERANI BERSUARA NAK CARI MAKAN......

Tanpa Nama berkata...

ramai orang UMNO nak undi pakatan supaya dapat perintah 1 penggal dan hapus hutang PTPTN ribu-ribu ringgit

Tanpa Nama berkata...

Kalau PR perintah Malaysia banyak kemudahan dan kesenangan akan rakyat rasai. Belum cuba belum tahu.

Kalau fasal makan minum pandai sangat memilih dan bertukar kedai makan, cuba undi pula PR kali ini.

Tok kie berkata...

Aku UMNO tp tetap undi PR

mamat berkata...

Memanag dudok dalam umno, elak kejahatannya, dapat kuahnya. undi tu pasti untuk PR.... lama dah 5 kali mengundi dah weh..