14 Jun 2012

Bakal Menantu Najib & Ibunya Diburu Interpol

Bakal menantu Najib yang hebat

NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.

Daniya Nazarbayev – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut.

Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber.

Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu.

Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001.


Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas.

Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.

Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan.

Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut.

Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan.

Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street.

Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan.

Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas.

Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau.

Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang.

Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia.

Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau.

Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama.

Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan. -NYP/Terjemahan: HD

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daniyar nazarbayev klentong rakyat kazakhsetan , pak mentua najibayev tepooo rakyat satu mesia rmbillion2..allah bayar cash...kluarga setan dpt menghantu pon mcm setan

Waris berkata...

Hahaha... tak lama lagi bakal pak mertua dan ibu mertua dia pulak diburu interpol.

Malaysia ku yang kelakar...

IbnAbdHalim berkata...

Bakal bapa mertuapun akan menghadapi nasib yang sama.

Tanpa Nama berkata...

kaloo datang msia ...bakal menantu akan dapat IC Msia dengan nama lain...boleh mengundi lagi!!!"

haji bakhil berkata...

wargh ha ha.. padan muka kau setannnn

Osama berkata...

Petikan:

GOMBAK, 6 Dis - Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan
kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Ya Allah ya Tuhanku,
"Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."


"Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat."

hairan berkata...

2 sejoli... sungguh romantis
hehehe

mudah2an kekal bersama suka dan duka hingga ke akhir hayat

bro, kita kena doakan kalo ada orang nak buat benda baik. Nikah itu lbh baik dari buat maksiat kan