9 Mei 2012

Apabila Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM

Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?

KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

Gambar: PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen. -HD

Ulasan GB

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ANTARA HARAM JADAH DAN HADIAH PENYAPU
TUNGGULAH MASANYA AKAN SAMPAI!

Tanpa Nama berkata...

Najib dah GABRA sebab penipuan beliau pada peneroka2 dah terbongkar.

Peneroka gadai tanah dgn gadaian harga RM50K,tetapi, pulangannya cuma RM15K. Yg balancenya di sapu oleh broker2 yg licik. Saham akan dapat, Tapi kena beli melalui bank. Kalu ada untung baru boleh nari, Kalu rugi, boleh nangis.

ha..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

INILAH AKIBATNYA...
SIALNYA BILA DI HADIAHKAN PENYAPU kEPADA SESEORANG DI HADAPAN ORANG RAMAI.

Tanpa Nama berkata...

najib kata yang sokong BN dan UMNO haram jadah agaknya????

Tanpa Nama berkata...

SOHIBUS SOMAHAH ASSIEKH NAJIB MUFTI 1 MALAYSIA MENFATWAKAN HARAMJADAH KE ATAS PENEROKA2 YG DEGIL. SETAU AKU HUKUM NI ADA 5 JE...wajib, sunat, haram, makruh dan harus je. ni hukum baru ke? atau najib dah upgradekan?

Tanpa Nama berkata...

Yang jelas Tanah Felda tu sebagai "Memajak" (Caveat)atau bahasa kampung dipanggil "KEWEK" untuk mendapat wang oleh tuan tanah yang perlukan wang/broker tanah ..... di Felda tu jelas adalah dengan teknik Penyenaraian di Bursa sebagai hasrat supaya tak ketara.

Pehak PengCaveat tu mendapat wang dari pinjaman Bank dengan tanah sebagai cagaran..lebihan pinjaman itulah diberi kepada peneroka sebagai ganjaran...(sebab tu pemilik tanah/pihak berkuasa atas tanah itu dikehendaki mananda tangani Surat Attorney (Surat Kuasa)

http://www.thefreedictionary.com/attorney

Selagi pinjaman tak dijelaskan pihak PengCaveat (yg telah diberi kuasa oleh tuan/pihak berkuasa tanah..berhak membuat apa saja..
dan tuan/pihak berkuasa atas tanah itu masih boleh mengusahakan selagi dihalang oleh PengCaveat/Mahkamah

Sekiranya harga saham jatuh, pinjaman tak terbayar..pihak PengCaveat boleh melelong atau serah bank melelong...

jika ada lebihan akan diberi kepada tuan/pihak berkuasa atas tanah itu

PERKARA INI BIASA DILAKUKAN OLEH BROKER-BROKER TANAH dimana-mana termasuk broker UMNO

Atau tanah itu diistihar menjadi milik PengCaveat ..ni biasa terjadi di kampung-kampung yang jualjanji bayar balik dengan Tokey Cina tapi tak boleh bayar dalam tempuh enam bulan dsbnya

Saya pikir ANAK telah memberi penjelasan kepada peneroka hal ini. Tapi kita taulaa kebanyakan peneroka asalnya orang miskin dari kampung..apalah sangat mereka tahu..

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Kalau Rakyat macam kita ni dikatakan HARAM JADAH, sudah tentu pak menteri di Malaysia ni dua kali haram jadah dan kita sekarang mempunyai Perdana Menteri Haram Jadah. Tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

NAJIB sepatutnya dinobat sebagai BAPA MAKI HAMUN !

Tanpa Nama berkata...

TUDIA
Baru tahu perangai NAJIB

Sesiapa yang mengutuk felda, lepas tu makan hasil felda layak digelar HARAMJADAH.

Jika sesiapa melabur dalam saham felda setelah puas mengutuk dan mencerca layak digelar HARAMJADAH.

Perangai sebenar NAJIB
he.. he.. he...

Tanpa Nama berkata...

Majlis Fuck-wa kata kata Haram Jadah tak apa,,,tak HARAM.

kalau Quran kata "HARAM sampai ke sudah" kalau tak buat, kalau tak laksanakan pun majlis Fuck-wa kata tak HARAM

Tanpa Nama berkata...

Begitu rendah nilai dan hinanya apabila seorg PEIEM bercakap dgn rakyat dengan kata2 yg sebegitu...Allah kembalikan kata2 itu semula kpd pengucapnya.

Tanpa Nama berkata...

Apa sebab penyenaraian Felda itu diteruskan...walau tidak menepati objektif Felda dan terhalang oleh Koperasi

SEBAB TUAN TANAH/ PIHAK BERKUASA KEATAS TANAH TELAH MEMBERI/MENYERAHKAN KUASA KEPADA PENGCAVEAT DENGAN TANDA TANGAN ATAU CAP JARI PADA SURAT ATTORNEY (Surat Kuasa)..

-----
Perkara sudah terlaksana, wang sudah diberi.

-------------

Apa yang boleh dibuat bagi menyelamatkanya adalah..TELITI PERKARA-PERKARA YANG MENYALAHI DASAR DAN MATLAMAT FELDA DITUBUHKAN..IAITU DASAR PEMBANGUNAN TANAH FELDA, FELCRA DAN KEMAJUAN WILAYAH spt Keda, Perda dll..

adakah termasuk Pelaburan berbentuk saham atau matawang di bursa ataupun bukan dibursa? spt Pelaburan Persisiran atau Modal teroka?

-------------

Jika bersalahan dengan AKTA ITU maka penyelesaiannya adalah melalui undang-undang kerana BERLAKU PENYALAHGUNAAN KUASA OLEH KERAJAAN.

1 Malaysia berkata...

Masih aku ingat akan nasihat orang tua-tua. Kalau kita menuding jari ke arah orang lain, jangan lupa tiga jari lagi sedang menuding ke arah diri kita sendiri.
Jadi kalaulah rakyat Malaysia yang ingkar akan kehendak PM dikatakan HARAM JADAH. Ini bermakna PM 1 Malaysia 3 kali HARAM JADAH. Jangan-jangan ada ANAK HARAM kot. Kan di MalaysiaKu dah ada "banyak" anak luar nikah. Test DNA tengok, entah-entah ada yang serupa dengan DNA PM.

Tanpa Nama berkata...

HARAP2 ADALAH ORG YG MENYAMPAIKAN KPD NAJIB ULASAN GB NI.. TERUTAMA BAB "PENDEK UMUR" TU...

JAKA berkata...

maka sudah halal lah perkataan haram jadah digunakan. mari kita haram jadahkan juga PM kita ini, tak jawab haram jadah dia tk baik la kan.

pernah najib bersemuka dgn mereka yg tolak penyenaraian?
kenapa tidak mahu dengar mereka?
kenapa ramai saman felda dan menang?
kenapa sekarang nk PRU baru bagi duit?

haram jadah itu lah penyebab akan terjadinya DURIAN YG NAK RUNTUH daripada langit ke atas kepala najib dan bn tak lama lagi.

JAKA berkata...

apa kata ANAK buka fail utk saman najib pula kerana berkata2 kesat dan menghasut.

sudahlah menipu, memaki pula.

semenjak semakin dekat kes altantuya ni, semakin senggugut abang najib kita

hairan berkata...

wowwww no wonder geng2 umno semua samseng2 belaka... rupanya sebab KEPALANYA dah busuk

Sinner berkata...

Takde video ke..? kalo boleh dengar dari mulut dia, lagi best..

Tanpa Nama berkata...

May 9, 2012 6:38 PM
Anonymous Anonymous said...

Yang jelas Tanah Felda tu sebagai "Memajak" (Caveat)atau bahasa kampung dipanggil "KEWEK" untuk mendapat wang oleh tuan tanah yang perlukan wang/broker tanah ..... di Felda tu jelas adalah dengan teknik Penyenaraian di Bursa sebagai hasrat supaya tak ketara.
-----------------

Nih BETUL ....
http://paspb2.blogspot.com/2012/05/rupanya-rm-15-000-duit-pinjaman.html

PEGAWAI-PEGAWAI FELDA MEMAKSA/MENEKAN PENEROKA saupaya TANDA TANGAN DALAM BORANG yang tak difahami oleh mereka..(tak tahu apa benda)....
DAN...dengan tergesa-gesa supaya TIADA BANTAHAN SEBAB TAK SEMPAT KAJI

Pegawai telah cuai menjalankan tugas..

ni termasuk kes PENYALAHGUNAAN KUASA FELDA KERANA TELAH MENYIMPANG DARI MATLAMAT ASAL FELDA dengan PENEROKA sendiri membuat PELABURAN SAHAM dengan cagaran TANAH peneroka Felda

Orang Awam atau Peneroka boleh membawa kes ini ke Mahkamah untuk pembelaan...BILA MERASA TERTIPU

Peneroka mempunyai hak memilih peguam sendiri..bagi MEMBELA atas penipuan kerajaan ni...

sekarang boleh bawa kes kerana wang yang diterima itu...ADALAH SEBAGAI BUKTI

Tanpa Nama berkata...

http://www.kedahlanie.info/2012/05/cerita-dari-anak-peneroka-tentang-saham.html

YANG NI SAHIH KERANA DARI ANAK PENEROKA SENDIRI