Dilema JKR, ‘dua’ ketua pengarah
KUALA LUMPUR, 21 Jun — Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi mengawal selia pembinaan projek awam dilihat berhadapan dengan krisis seolah-olah mempunyai ‘dua ketua pengarah’ sejak awal bulan lalu — didakwa kerana penurunan pangkat — dipercayai kali pertama berlaku di negara ini.
The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007, masih berada di pejabatnya manakala pengganti beliau Datuk Mohd. Noor Yaacob menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.
Situasi itu dikatakan bersangkut paut dengan tindakan menurunkan pangkat beliau, yang menurut beberapa bekas pemimpin kesatuan sekerja sektor awam tidak sepatutnya berlaku, malah tidak pernah berlaku di negara ini.
Sebelum dilantik menjadi ketua pengarah, Mohd Noor merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.
Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.
Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga berkuat kuasa 1 Mei lalu.
Pelantikan Mohd. Noor dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataannya April lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang membangkitkan perkara itu di Parlimen semalam berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan Judin tidak mengosongkan biliknya manakala pengganti beliau pula menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.
“Nak kata wujud dua ketua pengarah tak tepat tetapi ada sesuatu yang tidak kena di JKR,” kata beliau.
“Memang, Judin tidak masuk mesyuarat... Mohd Noor hadir mesyuarat dan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua pengarah.
“Tetapi persoalannya mengapa perkara ini berlaku... keadaan ini tidak pernah wujud sebelum ini, menunjukkan contoh tidak baik kepada perkhidmatan awam,” kata beliau ketika dihubungi.
“Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Negara membuat penjelasan, mengapa perkara macam ini boleh berlaku,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Mahfuz berkata Judin tidak mahu mengosongkan biliknya kerana merasakan beliau telah “diturunkan” pangkat dengan dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB lebih rendah daripada jawatan ketua pengarah.
“Judin merasakan dirinya telah dianiya dengan diturunkan pangkat, dan difahamkan beliau tidak menerima dokumen pertukaran jawatan.
“Saya melihat ini kali pertama perkara seumpama ini berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kerja Raya,” kata Mahfuz.
Menurut Mahfuz, Judin ada tiga tahun lagi untuk bersara sedangkan penggantinya akan bersara dalam setahun.
“Biasanya seseorang ketua pengarah akan bersara dalam perkhidmatan sebagai ketua pengarah, tetapi dalam kes Judin agak berbeza,” katanya.
Tulisan beberapa blog dan laman web mendakwa pertukaran ketua pengarah JKR ada kaitan dengan kepimpinan politik Kementerian Kerja Raya.
“Saya difahamkan begitu. Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya,” kata Mahfuz lagi.
“Seolah-olah wujud pentadbiran yang berkecamuk di JKR dan Kementerian Kerja Raya,” katanya lagi.
Difahamkan penurunan pangkat Judin bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Seorang bekas pegawai kanan Cuepacs berkata keadaan seumpama itu, yang menimpa Judin, jika benar berlaku, tidak pernah wujud sebelum ini dalam perkhidmatan awam negara ini.
Pegawai itu yang enggan namanya dipetik berkata, seseorang ketua jabatan hanya boleh diturunkan pangkat jika syor lembaga tatatertib, bermakna ada kes disiplin.
“Kalau ada penyelewengan bermakna dibuang kerja, tetapi dalam kes ini tiada kes disiplin. Jika tiada kes bermakna, ia bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am,” katanya lagi. -TMI

'Ada tak kena' di sebalik pertukaran pengarah JKR
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Sambil mendakwa ianya seperti menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C, beliau berkata kerajaan cuba menyembunyikan alasan pertukaran itu.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan.
"Saya merasakan bahawa ada benda yang tidak kena (dengan pertukaran itu).
"Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri?" soalnya.
Sebelum ini beliau juga mendakwa pertukaran itu ada kaitan dengan beberapa keputusan projek termasuk pembinaan Istana Negara.
Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu.
Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.
Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.
Bagaimanapun menurut Mahfuz, Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan masih datang ke pejabatnya di JKR.
Akibat dari itu, jawatan itu katanya seolah-olah kini disandang dua orang dan tidak dapat diselesaikan oleh pihak kementerian.
Tambahnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut.
Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa.
"KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya.
Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB.
Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian.
"Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya. -hd
8 ulasan:
itu lah sebabnya presiden CEUPECS hendaklah terdiri dari orang yang bijak dan berani, bukan dari jenis mengampu. lihat apa yang berlaku sekarang, presiden QUEPECS menikus, menyepi. tak bela pun. walaupun Pengarah JKR tak jadi ahli kerana jawatan nya pada kedudukan yang lebih tinggi tapi kita kena faham bukan beliau tak nak masuk QUEPECS tapi peraturan tak membenarkan. Pengarah JKR tu boss kepada ahli-ahli QUEPECS dari jabatan JKR. Tunjukkanlah ssedikit simpati pada nasib kakitangan JKR. Boss mereka dimalukan maruahnya. Jangan harap KSN nak ikjut peraturan, dia sendiri pun sebenarnya tak layak disambung kontrak.tapi bila PM yang nak, semua akan berlaku. aku benar-benar berharap pada ahli QUEPECS agar buatlah perubahan. Presiden sekarang bagi aku memang banyak kelemahan nya, bantulah beliau supaya beliau tidak lagi memikul tugas dan tanggung jawab yang beliau sendiri tidak ada keupayaan untuk menanggung nya. turunkan lah dia supaya orang lain yang lebih mampu memberi perkhidmatan membela kakitangan kerajaan dapat dipilih menduduki jawatan penting tersebut.
kaji le dulu ape masalahnya...kita pon tak tahu apa masalah sebenar..tak boleh buat kesimpulan..
Soalan peperiksaan semua orang kena jawab dengan jujur
SOALAN PEPERIKSAAN (SILA JAWAB DENGAN JUJUR) - Disediakan oleh Cikgu Umno XSuka Masjid)
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
anda fikirlah siapa agaknya petualang BANGSA AGAMA dan NEGARA! SILA KONGSI PADA SEMUA!!
jawapan bagi soalan 1 hingga 14 ialah UMNO.....bijak sungguh anon yang membuat soalan di atas...
semua pemimpin umno itu hipokrit, kerja jahat umno dan di sokong oleh gulungan elit umno untuk menghalalkan kerja jahat mereka melalui media,
rakyat kena tipu siang dan malam oleh kerja jahat umno berbagai cara.
perlu ingat UMNO akan menghancurkan masa depan rakyat sehingga anak cucu kita.
Betul kata anon 1.00pm. Kita tak tau cerita sbnarnya.
Yg ambe tau gred tak turun kot, cuma kuasa aje. Pada ambe tu tak jadi hal, pada org yg positif mcm ambe ni (sapa lagi yg nak puji diri sendiri kan, gurau aje).
Same le cthnya, kek sesetengah sek Men, Pengetua DG51, ada guru pun DG51 malah lebih senior. Tu le namanya rezeki. Kelebihan Pengetua ada kuasa, banyak outstation, claim sana sini, dll banding guru saje, tapi beban dia lebih & mungkin sering tension sbb tnggung jwb lebih.
Kdg2 kerajaan TERbuat silap, TERlantik yg lebih muda, sdngkan yg lebih pengalaman & menepati ciri2 tu ada. Tu yg kdg2nya sbb rasa bersalah, nak beri peluang rasa jawatan tu, kjaan terpaksa buat cam tu. (Ambe kenal dr jauh ke dua2nya - mereka tu mudah senyum, ceria. Tu saja komen ambe mngenai ke dua2 Datuk JKR tu).
Klu ambe.. apo pun tak kesah..janji gaji tak turun..huhu..
Yg penting ambe tak rasuah, tak salah guna kuasa, tak zalim ...Ada hikmahnya, Allah nak beri tak pening kepala.. sedara ambe alami kes ala2 gitu, dia lega sbb tak dibebani tugas yg banyak (bukan dia nak), jadi dapat le dia attend solat jemaah kek sejid putrajaya, dengar tazkirah & mengaji..klu tak asyik meeting, meeting, meeting...
En.mohamad, ni kisah JKR, kita citer pasal kp JKR yg kau hentam presiden Cuepac tu apa hal .. kalau rasa kau bagus cabar dia dlm pemilihan akan datang ..kau ni silap forum la .. kalau sakit perut gi la berak ...
ni luahan dari orang bawahan gred bawah mcm jarak langit dan bumi dengan judin . kami kumpulan juruternik dianiaya oleh judin . kami doakan bukan judin keluar dari jkr je malah kami doakan dicepat keluar dari dunia ni . cepat2la pegi mati...
luahan ni kalau admin blogger ni nk tau siasatle sendiri . selamat maju jaya .
Catat Ulasan