2 Jun 2011

Badan Terbakar Dan Terkena Cecair Tar

Muar – Seorang pemandu lori tangki menderita apabila 23 peratus badannya terbakar selepas lori tangki yang sarat dengan cecair tar dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan dua bas dalam kejadian di Kilometer 144.8, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, N Sivananda, 44, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) berikutan kecederaan yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, nahas tersebut berlaku apabila salah sebuah bas sekolah yang digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) merempuh belakang lori terbabit.

Menurutnya, kedua-dua bas terbabit dalam perjalanan dari Lenggeng, Negeri Sembilan ke Pasir Gudang, Johor.

“Akibat pelanggaran ini, lori terbabas manakala tangki yang sarat dengan cecair tar terbalik dan tumpah memenuhi lebuh raya.

“Bas yang merempuh belakang lori tangki ini hilang kawalan dan terbabas ke laluan kanan lebuh raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, disebabkan bas sekolah telah melanggar lori tangki itu, sebuah lagi bas persiaran yang turut membawa Pati hilang kawalan dan terbabas kerana cuba mengelak daripada melanggar bas sekolah berkenaan.

“Pasukan polis dari Muar dan Tangkak bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa terlibat.

“Namun, kami bersyukur kerana kesemua yang terlibat dalam insiden ini terselamat walaupun membawa seramai 102 Pati,” katanya.

Selain itu, beliau juga hairan bagaimana salah sebuah bas boleh terbabas memasuki lorong kanan lebuh raya menghala arah utara selepas melanggar belakang lori tangki.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca nahas ini berlaku.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -SH

8 ulasan:

cimOt berkata...

ngerinya...kasihan mangsa..

dvd berkata...

Puncanya bas bawa laju. Lori tak laju. paling laju pun 110kmj saja.

Saya tak faham mengapa JPJ boleh meluluskan bas express/persiaran yang boleh memecut sampai 180kmj di lebuhraya. Orang kata bas express/persiaran menggunakan meter mph bukan kmj.

Tanpa Nama berkata...

malaysia memang ambil berat pasal safety ni. ada osha, ada niosh. pemandu lori tersebut mungkin tidak tahu akan bahaya yang dihadapinya. tuan lori hanya mahu buat untung, keselamatan pemandu tidak perlu difikir2kan. sekurang2nya dibekalkan dan pastikan memakai pakaian keselamatan, contoh anti cecair tar.

tengok sahaja taraf keselamatan di jalan raya di mana ada pembaik pulih sedang dilakukan, atau membersih pokok2 yang tumbang akibat ribut, atau menyiram pokok2 di tepi jalan. cukup dengan satu dua kon je sebagai amaran.

banyaklah songeh keselamatan kalau nak disebut. siang malam rakyat berdepan dengan kemungkinan kecelakaan kemalangan akibat keprihatinan pihak berwajib. musim hujan, pemandu yang biasa dah tahu di mana air bertakung yang boleh membahayakan lalu bertindak sewajarnya. kenapa air bertakung? waktu hujan beginilah pegawai jabatan/dewan perlu keluar memantau di mana berlaku takungan air dan kenapa ia berlaku. longkang tersumbat ke, kedudukan saluran longkang tak kena ke (ada ke di jalan menaiki/menurun bukit, di sediakan parit untuk air keluar ke longkang, teori memang begitu, dari segi praktikal, air tentu memilih turun bukit dan tak layan pun parit kecil yang disediakan tu, engineering apa ni?)... lepas ambil tindakan laa, bukan buat lupa....

Tanpa Nama berkata...

Bas sekolah bawak pendatang asing..!!?? Untuk urusan ape tu.. I/C projrek PRU-13 ke..???

Aad Pdg Besag berkata...

Yoo Bro, mana ada bas di lebuhraya yang memandu ikut peraturan pada sepanjang perjalanan mereka. Aku berani jamin sebab tiap kali aku memandu pada kelajuan 110 pun depa kacang saja potong berdesupppppp.......... Gubal la undang2 supaya pemandu kenderaan awam yang menyebabkan kemalangan @ atau tak kemalangan pun dikenakan hukuman SEBAT.........pasti mereka insaf !

Pae berkata...

bole explain.......dapat mana fakta 180km/j tu.......

Pae berkata...

kenapa pihak berwajib xnak kuatkuasakan pelaksanaan saman pd drebar singapore.......setiap kali masuk malaysia berdesup xdak akal......kita yang jd anak tuan umah sendiri ketepi dibuatnya.....kalu setakat nak saman kt pintu masuk jejambak tu pun bole........nk masuk malaysia setlekan saman dulu.....kalu x setle jgn bagi masuk.........boleh dibuat kan?.......sampai skang xde pon kesepakatan dgn polis trafik sana.......amacam....nanti kang x laku plak kasino genting tu....xde income utk tax....kan kan kan

p/s: kata drebar malaysia xde sivik,konon drebar singapore ade sivik.......tolong pertimbangkan fakta ni......

Tanpa Nama berkata...

buat dvd

180km/h? ada akai ka?.... bawak keta yg kecik pun 140km/h pun dah kecut.... agak2 la nak temberang...

jgn dengaq cakap orang jer... p ambik lesen bawak sendiri laa baru tau....