Mansor dakwa sambutan lawatan PM hambar
Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.
Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.
“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.
“Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?
“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor dalam wawancaranya dengan TV Selangor.
Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.
"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.
Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.
“Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Lim dalam satu kenyataan media. -MK

Ribuan penduduk Pulau Pinang sambut Najib
2011/04/02
GEORGETOWN: Hujan renyai tidak menghalang orang ramai berpusu-pusu sekitar Bukit Gelugor di sini bagi menyambut ketibaan rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri, yang membuat tinjauan mesra.
Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, hari ini mengadakan kunjungan mesra bertemu rakyat khususnya peniaga dan penduduk di pusat bandar Georgetown.
Dengan diiringi dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Najib tiba di Taman Tun Sardon, Bukit Gelugor, pada 9.40 pagi.
Di pasar awam taman itu, selepas bersalaman dengan ribuan orang yang berpusu-pusu tiba untuk melihat kelibat pemimpin negara, Perdana Menteri kemudian menjamu selera dengan makanan tradisional 'serabai' bersama kuah kaya sebuah gerai makanan sini sebagai sarapan pagi.
Peniaga serabai, Jamaliah Hassan, 53, berkata beliau berasa amat teruja dengan kunjungan Perdana Menteri dan rombongan ke gerai "Serabai Istimewa" miliknya itu.
"Kunjungan ini adalah sesuatu yang tidak diduga sama sekali dan saya berasa bangga dapat menyediakan sarapan buat Perdana Menteri," katanya yang berniaga di gerai berkenaan bersama kakaknya sejak 19 tahun lalu.
"Datuk Seri (Najib) beritahu saya bahawa ini kali pertama dia makan serabai ini dan rasanya sungguh sedap dimakan dengan kuah kaya," katanya.
Rombongan Najib turut berkunjung ke pasar Jelutong untuk beramah mesra dengan peniaga di situ sebelum melawat flat di Padang Tembak dan flat di Kampung Melayu di kawasan Air Itam.
Di flat Air Itam, seorang warga emas Aminah Hashim, 62, yang berniaga nasi lemak sejak 20 tahun lalu di Astaka Penjaja di perumahan itu tidak dapat melindungi rasa terkejut dan gembira dengan kunjungan Perdana Menteri ke kediamannya pada kira-kira 11 pagi.
"Makcik tidak sangka impian bertemu Perdana Menteri akan jadi kenyataan, selama ini hanya dapat tengok Datuk Seri (Najib) di kaca televisyen sahaja, hari ini beliau datang ke rumah dan bertemu makcik," katanya ketika ditemui pemberita.
Aminah yang tinggal bersama suaminya Rejap Raja, 64, dan empat anggota keluarga lain di rumah itu sejak 40 tahun lalu, turut menerima sumbangan wang tunai RM1,000 daripada Najib.
Terdahulu Najib turut meluangkan masa berjumpa dan beramah mesra dengan 258 pemilik gerai di astaka itu dan sempat menikmati hidangan nasi lemak dan air kopi di gerai 118 milik Ah Beng.
Ketibaan Najib ke kawasan perumahan itu disambut meriah oleh penduduk setempat yang turut memberikan tepukan gemuruh sambil melaungkan "1Malaysia" dan ucapan terima kasih kerana sudi melawat kawasan perumahan mereka.
Perdana Menteri sempat melayan telatah kanak-kanak di kawasan berkenaan yang ingin bergambar dan meminta tandatangan pemimpin nombor satu negara itu.
Dalam lawatan Najib ke flat Kampung Melayu pula, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang ehsan RM500 kepada dua warga emas yang msikin.
Maimoon Syarifah Syed Mohd, 55, yang tinggal di flat berkenaan sejak 34 tahun lalu berkata, beliau hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk menampung kos kehidupan harian.
"Saya ada penyakit kencing manis dan sakit jantung sejak lapan tahun lalu yang menyebabkan saya hanya dapat terlantar di atas katil," katanya yang mempunyai enam orang anak.
Katanya, beliau terharu dengan kunjungan pemimpin negara ke rumahnya dan amat berterima kasih kepada sumbangan yang diberikan Perdana Menteri.
Shin Moy Mooi, 78, yang tinggal di tingkat lima flat berkenaan turut menerima sumbangan Perdana Menteri. - BERNAMA
8 ulasan:
pemimpin kerajaan adalah antara orang yg paling mudah ditipu.. bila dia melawat sesuatu tempat, dilihatnya jalan-jalan raya sudah ditar, bangunan-bangunan cantik, pakaian orang yang menyambutnya pula cantik-cantik.. pengampu-pengampu disekelilingnya pula mengatakan semuanya OK.. lalu dia pon menyangka dia sudah melaksanakan tugasnya dengan baik..
panjang said,
UMNO memang bingai.. najib bapak bigai.. dia tau dah rakyat nak ape tapi x diendahkan.. Lim Guan ENg yang bijak.. mengambil kesempatan masa najib tengah bingai.. ape yang lim buat, inilah yang rakyat nak.. nape ler bingai sangat si najib ni? pada MB PR lain takkan dok diam? nak bingai sama macam najib or nak ikut mcm penang? haprak..
Salam bro GB..
Memang betui pun Dr Mansur kata tu.
budak budak bawak motor pun dapat gak duit minyak, kalu tidak sapa pun tak kelapaq nak pi.
sebenarnya memang sebegitu setiap kali pemimpin negara datang terutama PM dan TPM hadirin yang ribuan ramainya itu adalah orang import.Saya sebelum ni pernah berkhidmat tahu perkara itu.Selalu menerima arahan untuk pergi menyambut terutama dalam Felda di sediakan berpuluh puluh bas.Terpaksa bergerak tengah malam dari utara ke selatan
Biase le tu, teman tengah ngajo pun disuruh guru beso tinggai kelas kerane nak nyambut orang beso, pak menteri le kate.....menteri lagi beso dari bebudak sekolah ye tak ?
DIA MAI KAT KAMPUNG AKU PERMATANG PASIR, BALIK PULAU, TAPI AKU TAKPI PUN YG BYK ORG LUAR TP BOLEH KIRA DGN JARI.POLIS LAGI BYK
belum tentu P.pinang ditawan BN, Insyaallah pakatan rakyat kuasai putrajaya
p permatang pasir.tiap kg hantar bas nak angkut p sana.tapi haram bas tak penuh pun.bw budak2 sek yang ada kat balik pulau tu.ada gak rombingan cik kiah dari seberang p permatang pasir.nampak benor nipunya media pegampu ni..
Catat Ulasan