8 Ogo 2010

Potret "Tangisan Doa Syahdu" Dibida RM6,000

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dijadualkan hadir ke pelancaran majlis Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) malam tadi terpaksa dimasukkan ke hospital petang semalam kerana kepenatan.

Menurut ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Nik Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.

"Beliau (Nik Aziz) mengalami kepenatan dan dihantar ke hospital, supaya mendapat rehat yang cukup dan tidak mendapat sebarang gangguan," kata Khalid.

Namun tanpa kehadiran Nik Aziz, 79, popularitinya tetap menjadi tarikan kepada semua yang hadir dengan tiga buah potretnya berjaya mengumpul RM11,500 pada malam itu.

Bidaan paling tinggi melalui potret beliau bertajuk ‘Tangisan Doa Syahdu’ dengan RM6,000 yang menjadi milik seorang isteri ahli perniagaan Rosinah Mohammad.

Manakala dua potret beliau iaitu ‘Seceria Suria Pagi’ berjaya memungut masing-masing RM3,000 dan RM2,000 ketika bidaan berlangsung.

Bidaan ini dilakukan untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mengumpul dana bagi pilihan raya umum akan datang.

Selain potret Nik Aziz, turut menyaksikan kartunis terkena Zunar mendapat bidaan kartunnya sebanyak RM3,500.

Pakatan melalui platform TIRAM ini menetapkan sasaran RM20 juta untuk mengumpul dana bagi membantu aktiviti dalam memberi kesedaran demokrasi terhadap orang ramai.

Menurut Penasihat TIRAM Datuk Husam Musa, kutipan dana ini juga bagi mempromosikan agenda perubahan kepada orang ramai dengan mereka terus mendapat akses maklumat lebih baik mengenainya.

"Jika mereka (Umno-Barisan Nasional) mengongkong media hasrat itu tidak akan berjaya. Maka kita di TIRAM perlu usaha bersepadu untuk mendekatkan jarak dengan menyediakan infrastruktur umum dengan pelbagai isu perubahan.

"Dana TIRAM ini sebagai wadah untuk memurnikan demokrasi dan terus memberi maklumat kepada orang ramai tentang penyalah gunaan kuaasa serta porak peranda pemerintah kini yang memberi impak kepada rakyat.

"Bukan sahaja di Semenanjung malah dana ini untuk rakyat di Sabah dan Sarawak," kata Husam ketika ucapan perasmiannya di stadium Melawati malam tadi.

Dalam pada itu, TIRAM turut memberi sumbangan kepada beberapa keluarga mangsa termasuklah keluarga Aminurrasyid Amzah, A Kugan, Ibrahim Libya (Memali), Teoh Beng Hock dan lain-lain.

Majlis perasmian itu menyaksikan kira-kira 30 wakil rakyat daripada Pakatan serta 12,000 orang hadir.

TIRAM berjaya mengumpul lebih daripada RM35,000. -FMT

3 ulasan:

Lan Iisma berkata...

Kalau potret Mahathir menangis laku berapa agaknya? Kalau potret Najibs pula ada tak orang nak?

Matketor berkata...

Tak lama lagi UMNgOk mungkin akan buat juga jualan amal macam PAS buat..gambar che det atau najib sedang berpura pura menangis mungkin terjual hingga jutaan ringgit..nak lawan TGNA supaya tangisan mereka tu lebih mahal harganya..tahniah kepada insan insan yang prihatin akan nasib rakyat tertindas..TGNA adalah ulama di jiwa rakyat..bukan ulamamak mudahalih dari astro atau UMNgOk...

Tanpa Nama berkata...

najib pun kan pandai berlakon, mungkin akan ada orang yang beli gambar najibs dengan harga yang lebih tinggi kemudian wang itu juga dari najibs sendiri... kan begitu selalunya mainan politik umnongok kan.. kan.. kan.... kita tengok aje lah ya.....