Perlantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator tidak menggugat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya diyakini akan menyebabkan pepecahan dalam UMNO terutama di kalangan Pemuda UMNO.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau yakin sebahagian besar pemimpin UMNO tidak bersetuju dan berpuas hati dengan pelantikan Ezam yang baru dua tahun menyertai UMNO dilantik sebagai senator.
“Dalam kalangan pemimpin UMNO juga ramai yang tidak begitu senang dengan kehadiran Ezam dalam parti apatah lagi dengan layanan hebat Perdana Menteri dengan melantiknya sebagai senator.
“PKR begitu simpati dengan pemimpin UMNO yang lain yang lebih layak diberi ruang. Apa yang berlaku ini ibarat pepatah “kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas persepsi penganalisis politik yang membayangkan kehadiran Ezam dalam Dewan Negara akan menggugat kestabilan PKR dan memberi kesan kepada Anwar Ibrahim.
Mengulas mengenai pelantikan Ezam sebagai senator, Shamsul menyifatkannya sebagai ‘habuan politik’ setelah berjasa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Nampaknya UMNO juga ketandusan pemimpin muda dengan melantik pemimpin ‘kitar semula’ yang dahulunya musuh ketatnya mewakili parti di Dewan Negara,” katanya.
Ezam adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.
Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin ini. -SK

4 ulasan:
Bagaimana agaknya perasaan pejuang UMNO yang begitu setia dalam parti tidak dilantik menjadi senator? Malahan senang-senang Ezam dilantik menjadi senator. Ini menunjukkan ahli UMNO tidak penting. Yang penting kuasa memerintah mahu dikekalkan, jasa ahli jadi perkara nombor 2.
Kesian kat mamat bernama Ibrahim Ali tu. UMNO tak pandang dia walaupun ada mahkota di kepala dan melompat tinggi sambil berbnyi ong... ong... ong...
1.sape tipu sape?
2.sape pandai sape bodoh?
3.sape kaya sape miskin?
4.sape untung sape rugi?
5.sape menang sape kalah?
6.sape isap jari sape gigit jari?
7.sape ahli politik sape bkn ahli politik?
dan akhir nye tipah tertipu lagi hehehehehehe
Sekarang baru ahli UMNO biasa tahu dan kenal Najib.Berjuang berpuluh tahun dalam UMNO,habuk pun tarak,tiba-tiba manusia yang pernah menghentam UMNO dengan kotak-kotaknya,jadi senator dan munkin akan dilantik jadi menteri.Ahli UMNO tanyalah Najib,apa jasa Ezam kepada UMNO.Keset-keset Ezam menghentam UMNO banyak disimpan oleh ahli Keadilan.Lihat juga senarai Menteri da Tim.Menteri yang baru diumumkan oleh Najib.Nampak benar Najib takut dengan MCA dan MIC.Dimana orang UMNO?Masih tak faham,tak mau fikir,tak percaya - teruskan mencabut keris dan terjun kedalam lombong dengan kjeris tu.
Catat Ulasan