Saya kemudian cuba bergurau dengan Haji Hashim sambil berkata, “Tapi Abe Haji, kita kat tengah laut ni, kalau mati mayat kita tu tak bawak kelik ke darat dah, pakai kebumi dalam laut je”. “Allah Pok Sheik, kita kalau mati di atas katil pun kalau takdir tok dijumpa orang, berulat situ tak kebumi mayat kita”. Jawab Haji Hashim.
Itulah semangat seorang bekas wakil rakyat PAS dan aktivis rakyat yang pernah melalui pelbagai kemelut naik dan turun dalam mempertahankan hak buat yang berhak.
Haji Hashim sedang mengambil gambar ketika bot mula mudik pulang ke jeti setelah lebih 26 jam meredah samudera.
Tetapi sudah tentu mereka yang dari kecil tidak pernah diajar berusaha akan merasakan satu usaha kecil sahaja sudah satu misi menyabung nyawa. Itulah mentaliti UMNO hari ini. Itulah mentaliti segelintir wartawan yang sudah lama makan bersuap oleh konglomerat milik UMNO.
Maut ada dimana-mana. Saya sendiri lebih rela bertemu maut di kancah pertempuran daripada berdepan maut disebalik selimut ditilam empuk.
Tulisan wartawan Kosmo, Mohd. Khairi Mohamad menampakkan mentaliti pemiliknya iaitu UMNO yang sudah lupa daratan. Kalau sekadar 26 jam perjalanan di samudera kecil ini bersama 30 orang sudah dianggap satu misi menyabung nyawa, maka bagaimana dengan kehidupan para nelayan laut dalam kita?
Adakah hari-hari nelayan laut dalam kita membunuh diri dengan keluar ke laut lepas dengan lima orang tenaga mencari rezeki dan 3 ke 4 hari baru pulang.
Kalau bot yang membawa kami itu dianggap daif dan serba kekurangan sehingga boleh membahayakan, seharusnya mereka menginsafilah kehidupan para nelayan kita yang hari-hari berdepan dengan kedaifan itu walaupun sudah lebih 50 tahun teraju Kementerian Pertanian disandang oleh Menteri dari UMNO.
Mungkin kerana bagi UMNO ini adalah misi bunuh dirilah maka sebab itu Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pembangkang Dewan Negeri Kelantan YB Alwi Che Mat dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Mustapha Mohamed takut hendak ikut serta didalam misi ini.
Sepatutnya wartawan Khairi Mohamad masukkan statistik berapa ramai yang terkorban atau terlantar di hospital setelah menyertai Misi Royalti 2009 ke Pelantar Cakrawala tempoh hari.
Bot Kami sedang meredah Laut Cina Selatan
Wartawan TVPAS, Harakah dan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan sedang menjamu buah dokong 100 kilometer di tengah lautan.
Blogger Fauzi dari Perisik Rakyat dan wartawan TVANTARA sedang beraksi ala “The Deadliest Catch” Ketika bot kami deihempas ombak.
Benarlah tulisan saya sebelum ini, perjuangan membela agama, bangsa dan negara sudah luput dalam UMNO. Yang ada hari ini hanyalah perjuangan untuk menikmati hasil pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu.
Kesimpulannya, Misi ini sudah satu kejayaan kerana setidak-tidaknya bagi kamus UMNO, mereka kini sedar bahawa warga Malaysia bersedia menempuh maut untuk mendapatkan apa yang mereka perjuangkan. Dengan itu mereka juga harus sedar, misi yang mereka angap misi maut itu baru sebutir garam dilautan luas. Perjalanan dan kesanggupan kami rakyat Malaysia menuntut hak kami masih jauh. Maka UMNO patut takut. UMNO patut benar-benar takut.
UMNO dan Khairi Mohamad patut segera menarik selimut bersembunyi disebalik tilam empuk mereka kerana kami pasti datang, Perjuangan kami sekadar baru bermula.
Kepada Mohd Khairi Mohamad, kembalilah ke pangkal jalan. Keluarlah dari kepompong mentaliti subsidi yang memusnahkan orang Melayu selama ini.
Hidup mati, ajal maut dan tanah perkuburan biarlah Yang Maha Pencipta menentukannya. Penentuan buat kita ialah kita, ‘Tidak akan sekali-kali rela berputih mata, untuk itu, kita bersedia berputih tulang bila-bila masa sahaja!”.
Akhir sekali, saya tidak akan lupakan senyuman kepuasan yang melirik di wajah Haji Hashim waktu kami bertemu semula di jeti setelah dipisahkan oleh pembahagian peserta sebelum bertolak ke Cakrawala. (Haji Hashim menaiki bot nelayan bersama aktivis-aktivis parti dan saya menaiki bot nelayan bersama rakan media dan blogger.) Bila saya naik ke jeti, saya melihat Haji Hashim sudah duduk di belakang VIP dan orang ramai yang menyambut kepulangan kami.
Haji Hashim tersenyum lebar, “lagu mano Pok Sheik, tok mabuk?” tanya Haji Hashim sebelum saya sempat bersuara. “Mabuk jugok sikit-sikit, Abe Haji?” “Ana tak mabuk”, katanya sambil bingkas bangun dengan gaya anak muda berusi 21 tahun.
Perlahan-lahan kami berdua berjalan ke kereta yang terletak lebih 2 kilometer dari jeti.
Patah Sayap Terbang Jua! -kickdefella
Tiada ulasan:
Catat Ulasan