21 Mei 2009

NIZAR VS ZAMBRY : TERKINI DI MAHKAMAH RAYUAN

MStar melaporkan Mahkamah Rayuan pagi ini akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.

Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tolonglah rakyat perak.... bukan asik bergaduh saja antara satu sama lain.... bubar je DUN pastu buat pemilihan baru... siapa yang menang lekas-lekaslah buat perubahan pada negeri perak.. rakyat dah jemu dengan semua ini

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya umno takut nak bubar dun sbb depa taw kalau bubar dun depa akan kalah teruk. sbb tu depa akan guna segala macam sebab supaya dun tak dibubarkan. orang umno ni takut kalah dan takut mati, sebabnya depa tak pandai baca dan hayati maksud dalam al Quran. depa tak dak petunjuk untuk hidup. depa lupa Allah itu maha berkuasa dan mengetahui. TAKBIR

Kakcik Seroja berkata...

rakyat perak x de masalah...
x bergaduh pun, suasana aman damai..
cuma yg jadi masalah bila ada org terlalu gelojoh nak menunjukkan 'kebijaksanaannya' merampas Perak.....

Bubar je DUN Perak tu..
kembalikan kuasa ke tangan rakyat..

gajahmenta berkata...

pemimpin perlu berfikiran waras, sepatunya TIANG SERI NEGERA - RUKUN NEGERA perlu dijadikan garis panduan dalam pengurusan pentadbiran. Kepercayaan Kepada Tuhan, Setia & Taat Kepada Raja & Negera, Keluruhan Perlembangaan, Kedautalaan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilan. Bikin pandai nak ikut dan buat tak tahu. Apa punya pemimpin yang ada di Malaysia - khususnya Perak.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat! janganpula menang sorak kampong tergadai yop

Naufal berkata...

Dalam isu penentuan MB Perak yang sah, punca masaalah nya adalah “Three Stooges” yang mengkianati kepercayaan rakyat. Maka kita perlu lah serahkan kepada rakyat yang dikianati tadi untuk membuat keputusan