Presiden Hindu Sangam A Vaithilingam berkata Datuk Bandar MBSA Za’ba Che Rus tidak melakukan apa-apa kawalan terhadap pegawai penguatkuasanya yang membaling batu ke dalam kuil sewaktu satu upacara keagamaan hindu sedang berlansung di situ.
“Tindakan melampau oleh pegawai penguatkuasa MBSA pada hemat saya merupakan penyebab utama berlakunya kacau bilau di kuil berkenaan,” kata Vaithilingam di dalam satu kenyataannya.
Semasa dihubungi untuk memberikan penjelasan lanjut, Vaithilingam menyatakan terdapat laporan-laporan saksi pegawai penguatkuasa pada awalnya telah terkena balingan batu dari sekumpulan individu yang tidak dikenali.
“Namun ia tidak datang dari kuil. Bagaimana mereka (pegawai MBSA) boleh menyerang orang di dalam kuil seperti itu? Tidak pernah ada pegawai penguatkuasa di dalam duinia ini yang menyerang orangramai dengan batu (kecuali MBSA),” ujarnya.
Di dalam satu kenyataan bertulis, Vaithilingam menyatakan mereka yang tercedera akibat perbuatan tangan-tangan pegawai penguatkuasa MBSA termasuklah T Ganesa, Pengerusi Hindu Sangam Selangor.
Bertentangan dengan Peraturan
Vaithilingam juga menafikan kenyataan Za’ba kerana kononnya beliau telah bercakap sendiri dengan pihak berkuasa kuil pada pukul 9 pagi hari Selasa yang kuil berkenaan akan dirobohkan selepas dua jam berikutnya.
Beliau menyatakan kuil berkenaan mempunyai struktur yang luas dengan banyak peraatan tidak dapat dipindahkan dalam jangkawaktu yang singkat.
“Apa yang dapat kami lakukan dengan tempoh dua jam itu? Sebarang percubaan untuk nemusnahkan bendabenda yang dianggap suci oleh kami adalah sangat sensitif dan merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Hindu,” tambahnya.
Vaithilingam juga membidas Za’ba kerana tidak mematuhi perjanjian diantara MBSA, Kerajaan negeri Selangor, pegawai MIC, dan jawatankuasa kuil pada Okt 28. Masing-masing mempersetujui memberikan tempoh kepada pihak kuil sehingga sambutan Deepavali yang jatuh pada 8 Nov. Naithilingam juga menyeru pemimpin MIC supaya membuka dialog dengan Jawatankuasa Tindakan Hak Penganut Ugama Hindu (Hindraf) untuk menyelsaikan kemelut ini.
Semasa dihubungi untuk memberikan penjelasan lanjut, Vaithilingam menyatakan terdapat laporan-laporan saksi pegawai penguatkuasa pada awalnya telah terkena balingan batu dari sekumpulan individu yang tidak dikenali.
“Namun ia tidak datang dari kuil. Bagaimana mereka (pegawai MBSA) boleh menyerang orang di dalam kuil seperti itu? Tidak pernah ada pegawai penguatkuasa di dalam duinia ini yang menyerang orangramai dengan batu (kecuali MBSA),” ujarnya.
Di dalam satu kenyataan bertulis, Vaithilingam menyatakan mereka yang tercedera akibat perbuatan tangan-tangan pegawai penguatkuasa MBSA termasuklah T Ganesa, Pengerusi Hindu Sangam Selangor.
Bertentangan dengan Peraturan
Vaithilingam juga menafikan kenyataan Za’ba kerana kononnya beliau telah bercakap sendiri dengan pihak berkuasa kuil pada pukul 9 pagi hari Selasa yang kuil berkenaan akan dirobohkan selepas dua jam berikutnya.
Beliau menyatakan kuil berkenaan mempunyai struktur yang luas dengan banyak peraatan tidak dapat dipindahkan dalam jangkawaktu yang singkat.
“Apa yang dapat kami lakukan dengan tempoh dua jam itu? Sebarang percubaan untuk nemusnahkan bendabenda yang dianggap suci oleh kami adalah sangat sensitif dan merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Hindu,” tambahnya.
Vaithilingam juga membidas Za’ba kerana tidak mematuhi perjanjian diantara MBSA, Kerajaan negeri Selangor, pegawai MIC, dan jawatankuasa kuil pada Okt 28. Masing-masing mempersetujui memberikan tempoh kepada pihak kuil sehingga sambutan Deepavali yang jatuh pada 8 Nov. Naithilingam juga menyeru pemimpin MIC supaya membuka dialog dengan Jawatankuasa Tindakan Hak Penganut Ugama Hindu (Hindraf) untuk menyelsaikan kemelut ini.
Ulasan Greenboc
MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo memang binatang! Mengimbas kembali tragedi Berembang mensahihkan pernyataan di atas. Sila lihat video klip berikut yang dirakam oleh Malaysiakini yang disebarkan di youtube.
http://www.youtube.com/v/kvyM7c2hBlE
1 ulasan:
Tragedi Kg Rimba Jaya bukan isu perkauman
A Sivarajan Nov 2, 07 5:30pm
Para peneroka Kampung Rimba Jaya telah meneroka, membina rumah dan mendiami kampung tersebut sejak 30 tahun yang lalu. Pada awalnya, Rimba Jaya merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain.
Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .
MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .
Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.
Pada tahun 2005, Exco Perumahan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mokhtar Dahalan telah mempergiatkan operasi perobohan rumah. Kerajaan negeri telah menetapkan tarikh 27 Ogos 2005 sebagai tarikh muktamad untuk menyelesaikan operasi tersebut. Kerajaan negeri pada masa itu amat bergiat untuk menjadikan Selangor sebuah negeri maju. Justeru, ia mahu merobohkan semua perkampungan peneroka dan mengusir rakyat ke rumah pangsa sarang burung .
Perjuangan bertubi-tubi oleh Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (JERIT) dan penduduk Kampung Rimba Jaya, berjaya menangguhkan proses perobohan tersebut. Demonstrasi besar-besaran oleh penduduk semua kampung peneroka pada 14 September 2006 di Parlimen serta protes yang diadakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, akhirnya berhasil apabila kerajaan negeri bersetuju mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung-kampung terlibat .
Pada 2 November 2006, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmood berjanji untuk menyelesaikan masalah pengusiran penduduk kampung peneroka bandar, terutamanya di Kampung Rimba Jaya , Kampung Berembang (Ulu Klang), Kampung Temenggung (Gombak), Kampung Papan (Pelabuhan Klang) dan Kampung Saujana (Shah Alam).
Perjumpaan dengan Datuk Ramli itu diadakan ekoran hasil perjumpaan Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan di bawah naungan JERIT, dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Kah Ting pada 4 Oktober 2006. Dalam mesyuarat tersebut , Datuk Ramli berjanji akan menghentikan pengusiran peneroka Kampung Rimba Jaya memandangkan rumah alternatif untuk mereka belum lagi dibina.
Walaupun kenyataan Datuk Ramli itu seolah-olah memberikan harapan baru kepada peneroka Rimba Jaya pada ketika itu, namun tindakan Mahkamah MBSA telah diteruskan.
Perobohan pertama
Selepas peneroka Rimba Jaya kalah di Mahkamah Rayuan, mereka menfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Walaupun rayuan mereka ditetapkan untuk didengar pada 14 Mac 2007 di Mahkamah Persekutuan tetapi pada 6 Mac 2007, MBSA bertindak merobohkan sebelas rumah peneroka Rimba Jaya.
Dalam operasi MBSA dengan bantuan Unit Simpanan Persekutuan dan polis, seramai 32 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh manakala empat orang cedera parah kerana dibelasah polis. Seorang penduduk, Azhari Osman cedera di telinga selepas dipijak anggota FRU dan ditendang di bahagian rusuk kiri, aktivis PSM Subang, Kumaraval Subrayam ditendang di muka, dan cedera di kepala. Manakala tangan seorang mangsa dihentak senjatapi (raifel).
Tindakan kerajaan negeri mengendalikan isu perumahan peneroka Kampung Rimba Jaya sejak tahun 2003, secara jelas menunjukkan keangkuhannya. Mereka secara terus terang menyalahgunakan Ordinan Darurat 1969. Kerajaan negeri bertungkus lumus mengusir penduduk bagi pihak pihak swasta. Jentera kerajaan, MBSA, polis dan FRU digunakan untuk kepentingan pemilik tanah swasta .
Tetapi kerana kepentingan wang ringgit, kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar-dasar yang yang amat berat sebelah dan tidak masuk akal. Pada 12 Mac 2007, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Khir Toyo telah membuat keputusan untuk 'mengesahkan' 3,700 kilang haram di negeri Selangor. Sebagai tambahannya, pemilik kilang akan diberikan 50 peratus diskaun bagi bayaran premium penukaran status tanah. Tidaklah sukar untuk memikirkan hubungan rapat antara pemilik kilang dengan pegawa pegawai kerajaan negeri.
Berbanding dengan perumahan peneroka miskin, sebuah kilang haram dibina tanpa pelan struktur yang sah, tanpa siasatan Jabatan Alam Sekitar dan tanpa kelulusan agensi-agensi kerajaan yang sepatutnya. Kilang-kilang mungkin menjejaskan alam sekitar dan menimbulkan masalah keselamatan kepada penduduk sekitarnya. Tetapi antara kelas pemerintah dan kelas kapitalis, semuanya boleh dibereskan. Rakyat yang menjadi mangsa ialah kelas pekerja dan golongan miskin peneroka .
Pada 4 April 2007, seramai 300 peneroka dari 12 kampung - Kampung Rimba Jaya, Kampung Sri Kenangan, Kampung Papan, Kampung Fajar, Kampung Dato Harun, Kampung Chupadak, Kampung Spooner, Kampung KTM, Kampung DBI dan Kampung Sungai Siput - telah berkumpul di hadapan Istana Keadilan di Putrajaya untuk menuntut hak mereka sebagai peneroka bandar dijamin oleh mahkamah sebagai sebuah institusi kehakiman.
Memo pada Suhakam
Sejak kebelakangan ini, beberapa keputusan mahkamah memihak kepada pemilik tanah swasta dan kerajaan tempatan. Kes Rimba Jaya juga menerima nasib yang sama. Pada 31 Julai 2007, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Tempatan sememangnya boleh menggunakan Aturan 10, Ordinan Darurat 1969 untuk merobohkan rumah peneroka dan mengusir mereka.
Pada 31 Oktober 2007, Pesuruhjaya Suhakam Datuk Denisan Jayasooria mengeluarkan kenyataan mengecam perobohan kuil di Kampung Rimba Jaya .Malangnya, beliau gagal memahami bahawa sebelum kuil tersebut dirobohkan, lebih 170 rumah peneroka (yang majoritinya Melayu ) telahpun dirobohkan. Sebuah surau penduduk juga dirobohkan dalam operasi yang sama. Kenyataan yang sama mengatakan bahawa beliau akan berusaha untuk mendapat persetujuan Suhakam untuk mengadakan suatu siasatan awam berhubung isu perobohan kuil tersebut.
Tetapi, sebenarnya JERIT bersama peneroka Kampung Rimba Jaya telahpun mengemukakan memorandum kepada Suhakam pada 6 Jun 2006, mendesak suruhanjaya itu mengadakan siasatan awam untuk menghentikan pengunaan Ordinan Darurat 1969 dan menghentikan pengusiran penduduknya. Walaupun, ianya sudah lebih setahun berlalu, namun Suhakam gagal membela kepentingan peneroka terbabit.
Adakah kejadian pengusiran rakyat miskin - tanpa mengira kaum samada Melayu atau India - menjadi kurang penting daripada isu perobohan tempat ibadat?
Apakah jawapan Suhakam kepada mereka - peneroka Melayu dan India - yang telah dibelasah, dipijak dan ditahan FRU dan polis kerana sama-sama sama berganding bahu mempertahankan kampung mereka?
Kini , muncul juga beberapa pihak,yang sebelum ini tidak pernah bersama dengan perjuangan peneroka sejak tahun 2003, yang cuba memesongkan tragedi Kampung Rimba Jaya. Mereka ini tidak hadir apabila peneroka mengadakan pelbagai demonstrasi untuk mengutarakan hak perumahan mereka kepada kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bukan isu perkauman
Mereka ini tidak peduli apabila 32 peneroka bersama dengan aktivis, dibelasah dan ditahan oleh polis pada 6 Mac 2007 yang lalu. Mereka ini tidak bertahan apabila lebih 170 rumah peneroka bandar diranapkan dan peneroka Rimba Jaya terpaksa mencari tempat berteduh alternatif.
Tetapi, tiba –tiba pada 30 Oktober , 2007, sebaik sahaja kuil dirobohkan, maka muncul pula hero-hero ini yang mewujudkan sentimen perkauman. Kononya pihak polis, MBSA ’muslim’ telah merobohkan kuil Hindu. Bagaimana pula dengan surau? Kerana sebenarnya, surau itu juga dirobohkan oleh pihak MBSA ’muslim’ dengan bantuan pihak polis ’muslim ’ atas arahan Menteri Besar ’muslim’!
Pemikiran sempit mereka ini harus ditentang. Presiden MIC, Datuk Seri Samy Velu juga telah bergesa-gesa ke tempat kejadian, kononya untuk memberhentikan perobohan tersebut. Tidakkah pihak-pihak ini dapat melihat berpuluhan keluarga yang berdiri di tepi jalanraya tanpa rumah untuk berteduh? Kenapa isu perobohan kuil sahaja yang dipertikaikan?
Tragedi Rimba Jaya dengan jelas menunjukkan bahawa sejak tahun 2003, ianya adalah suatu pertembungan antara pihak yang berkuasa - yang berkomplot dengan kapitalis, pemaju, pemilik tanah - untuk menindas dan menghalau kaum peneroka miskin, tanpa mengira sama ada mereka ini Melayu atau India. Peneroka bandar sama ada Melayu, Cina atau India ditimpa nasib yang sama.
Penyelewengan harus ditentang, ketamakan golongan pemerintah bersama kroni-kroni kapitalisnya perlu ditentang. Perkara pertama penting yang harus dibantah ialah percubaan sesetengah pihak untuk memutarbelitkan fakta dan memesongkan pandangan orang ramai seolah-oleh tragedi Kampung Rimba Jaya itu adalah satu isu kejaman kerajaan muslim terhadap penganut Hindu.
Agenda ini adalah amat merbahaya. Ianya akan memecahbelahkan perpaduan golongan tertindas. Rakyat peneroka dan pekerja daripada berbilang kaum adalah satu-satunya kuasa yang boleh menewaskan Kerajaan pro-kapitalis ini dan pihak korporat yang mementingkan keuntungan.
Catat Ulasan