4 Feb 2015

[EKSKLUSIF] Bapa Syuhada Tampil Jelaskan Punca Tragedi


Jitra: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya,"
katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.


"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.


Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi -BERNAMA



6 ulasan:

Unknown berkata...

Thanks for giving the latest news...Visit me on shukranzahari.blogspot.com ...Happy blogging

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke sia gambar mangsa@arwah.. honest question..

Tanpa Nama berkata...

innalillah wainna ilaihirojiun... al-fatihah. semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman...

Faqirulkhoir berkata...

Takziah bapa Syuhada dan kaum keluarga.
Mungkin sekarang mengharungi kehibaan tak bertepi. Mungkin juga diruntun soalan, sesalan berantai rantai, satu demi satu, satu kekosongan yg tak bakal terisi. Laporan polis telah dibuat, apa tindakkan susulan ? Ada ujian air kencing ? Menteri sebok menunjuk statistik jinayah telah berkurang, namun bagaimana tahap kebuasan, kerakusan, kezholiman ? Yg jelas, sprti satu ketentuan, yg lemahlah lazimnya yg dimangsakan. Lantaran, keperitan terpaksa di telan jua, bersobarlah. Sujud lama2 dikala bersolat. Berbuat baiklah dan santunilah pd yg paling rapat dgn Almarhummah, semuga Allah memberi ketabahan. AlFaatiHah.

eros asmara berkata...

Siapa nama suspek? Ada sapa2 boleh share nama tukang masak sekampung yg buat hal ni? Dia sedang bebas diluar sana. Mungkin dating anak gadis/ adik perempuan you all diluar sana? Bohong kalau dia kata dia bunuh budak perempuan tu sebab dia sakit mental. Org gila mana sedar dia buat salah ke tak. Kalau masih boleh fikir nak dapatkan balik handphone dia, lepas tu larikan diri - maknanya dia waras - cuma terlalu emosi masa bunuh orang tu. Anyway, aku nak bagi habuan RM 20k kalau mamat ni mati dan sila ambil gambar dia dikelar dalam youtube. Hutang darah dibayar darah.

Unknown berkata...

Jagn sembg kuat sampai taik belakg b0nt0t p0n tlupa nak bs0h
malaya ni negara xtent0 arah. Ada ke pt0t pengenalan suspek di rahsiakan.
sedangkan mujahid yang dikata pulak penganas p0n muka dtunjuk. Pape p0n?jgn s0k0ng be end ni.