24 Jan 2015

[VIDEO] Jeritan Sayu Mangsa Sebelum Rentung Dalam Kereta Terbakar


Kuala Kangsar: Mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 254.7 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini dikenali sebagai Mohd Joeri Ramli, 34, manakala rakannya yang parah dikenali sebagai Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, bukan wanita seperti laporan awal yang diterima.

Mangsa yang berasal dari Bagan Serai, dekat sini, dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke Gerik bersama rakannya atas urusan kerja dimana kedua-duanya bekerja dengan syarikat rawatan air.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan, manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian membabitkan kereta jenis Honda Civic yang dipercayai dirempuh dari belakang treler membawa muatan besi.

"Kereta mangsa diseret hingga ke laluan kiri sebelum terbakar. Pemandu lori dan kelindan serta penumpang kereta berjaya keluar dari kenderaan menyelamatkan diri, manakala mangsa yang tersepit gagal berbuat demikian dan rentung terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Joeri Ramli sempit menjerit meminta tolong berulang kali kepada rakannya sebelum menemui ajal akibat terperangkap dalam kereta yang terbakar dilanggar dari belakang oleh treler 60 tan.




3 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Terlalu trajedis bila perkara sebegini berlaku didepan mata dan kita hanya dapat melihat sebuah kematian yang menyayat hati tampa dapat berbuat apa-apa.

Ada baiknya jika ada diantara pengguna jalan raya yang lalu di situ sedia menolong jika terdapatnya alat pemadam api. Atau kita sendiri menyediakannya dalam setiap kereta agar sekurang-kurangnya dalam saat-saat begini dapat juga ikhtiar dibuat dengan cara bersama dan mungkin api tersebut dapat dipadamkan.

Dan sebagai pemandu kenderaan berat janganlah terlalu ghairah dijalanraya tampa memperdulikan kenderaan kecil kerana nyawa anda sama dengan nyawa orang lain....walahualam

Tanpa Nama berkata...

bagaimana lori tiada pemadam api, siapa agensi penguatkuasa terlibat?

Tanpa Nama berkata...

saya pernah beli pemadam api tapi lama dulu Saya beli dua kali satu sampai tamat tarikh luput dan satu lagi saya guna untuk membantu pemilik kereta yang tayar pancit yang di ganti dengan terima kasih

Kejadian seperti ini berlaku bila tidak ada sesiapa yang membawa alat pemadam api kerana ajal dah sampai

Pandulah dengan hati hati dan jangan mengejar masa ada lah lebih selamat sebab bila api marak kita memerlukan pemadam yang lebih besar