13 Jun 2013

Nampaknya Pengerusi SPR Tak Mau Letak Jawatan Secara Sukarela, Tetapi Secara Paksa


Pengerusi SPR: Kami tak akan letak jawatan

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat,"
katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang...jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.

"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.

Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dibahas dan dilulus. - Bernama

Ulasan GB

Baguslah kalau dah ambil sikap macam tu sekalipun majoriti rakyat sudah buat keputusan mengundi Pakatan Rakyat (51%), yang bererti juga majoriti rakyat telah meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatannya kerana Pakatan selama ini bertungkus lumus berhimpun di seluruh negara meminta mereka berdua meletakkan jawatan.

Tidak mahu berundur secara sukarela, bererti kamu mahu berundur secara dipaksa...

Ok, fine, kita tunggu saja hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya..

Yang rakyat minta dan rakyat doakan ialah kedua-dua makhluk tersebut dihumbankan ke penjara di satu hari nanti. Muga Allah memperkenankannya, aminnn!

p/s GB hairan mengapa Pakatan Rakyat terlalu lembik di dalam hal ini. Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak pro-aktif. Bukan sekadar turun buat himpunan BLACK 505 sahaja, tetapi MESTI membuat dan kemukakan aduan terus kepada Majlis Raja-raja.

Persembahkan segera surat kepada Yang Dipertuan Agong agar Majlis raja-raja membincangkan hal tuntutan majoriti rakyat supaya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dilucutkan jawatannya dan Perdana Menteri disiasat mengapa terlalu membela anggota SPR ini.

Juga pemimpin Pakatan perlu tegas di dalam Parlimen nanti supaya Suruhanjaya Diraja Siasat SPR dibentuk segera. Jika PM tidak mahu mendengarnya, maka usul tidak percaya dikemukan terhadapnya. Jika tak lulus, usul lagi, sampai berjaya. Jika Speaker menolak, usul tak percaya pula diberikan terhadapnya.

Biar ada rekod dalam hansard bahawa ada usul tak percaya telah dikemukakan terhadap Speaker berkenaan. Menjadi bukti bahawa PR telah berusaha sehabis daya.

Kena tegas dan sudah sampai masanya untuk wakil rakyat Pakatan bertindak. MAJORITI RAKYAT BERSAMA KAMU!




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Majlis Raja-Raja? Dikhuatiri nasihat Peguam Negara akan diminta.. Maka nasihatnya akan buat Najib tersenyum.., kerana terhadnya kuasa Raja-raja.

Perlu ada ketegasan diantara ahli-ahlinya sepertimana ketegasan Sultan Terengganu di Mesyuarat Majlis raja-raja dalam isu larang perkataan Islam digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan.

Kesepaduan dalam kebangkitan rakyat adalah diperlukan dalam memulihkan kuasa Majlis Raja-raja. Pemimpin-pemimpin PR perlu muafakat tidak kiralah dalam sayap mana berada. Muafakat bukan sekadar mengeluarkan kenyataan, tetapi dengan tindakan bersama turun ke tengah-tengah rakyat, jangan ada yang berkecuali.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Tun faisal mengarut ni..
http://semuthitam80.blogspot.com/2013/06/apa-benda-yang-tun-faisal-mengarut-ni.html

Tanpa Nama berkata...

2 org besar spr ni tak tau rupanya letak jawatan dengan d nasihat berhenti akal macam budak tadika

Tanpa Nama berkata...

kalau 2 makhluk ni x dihumbankan ke penjara sekalipun, inshaAllah pasti mereka akan dihumbankan ke neraka. kami sebagai rakyat yg kena tipu xakan memaafkan kesalahan kamu berdua!

Tanpa Nama berkata...

Saudara Rafizi ,jadikan mereka mereka ni khir toyo yang kedua ,

Tanpa Nama berkata...

Dua ekorjantan yang paling tak bermaruah..muka tebal tak tau malu..seluruh keturunan mereka akan menanggung penghinaan kerana kesombongan mangkuk hayun ni.Sejarah telah menyaksikan penipuan yang nyata ini. Di manakah letaknya maruah manusia yang mengaku hamba
Allah ini? Tidakk adakah rasa keinsafan dalam hati mereka?Apakah mereka tidak menyedari Allah mengetahui apa yang mereka lakukan? Sedangkan mereka mengetahui apa yang telah mereka lakukan..Semoga Allah akan membalas kejahatan mereka sekeras kerasnya..aamiiin!

Tanpa Nama berkata...

selagi SPR, SPRM, Kehakiman,Immigration dan polis di bawah ketiak pemerintah Malaysia akan hancur. Kalau kroni buat salah berbillion ringgit semua cover tapi kalau pembangkang buat sikit salah berita bagai nak pecah.Depan jadi alim belakang jadi setan.Wahai orang Malaysia mengapa sungguh senang mereka tipu kita?Jawab nya media kita 100%tak telus. SPR tak mahu letak jawatan kerana mereka tahu semua agensi yang tersebut di atas boleh tolong mereka, kerana telah memenangkan mereka pada PRU13.Tak guna siasatan diraja kerana kebanyakkan hakim senang di beli pemerintah.Selagi Islam tak di tegakkan di Malaysia hukum penjajah laknatullah yang menyebabkan semua perilaku pinipuan terjadi.Tengok kroni songlab bermillion million, kena tangkap perjara tak sampai lima tahun.Hukum Allah lah menyelamat umat manusia yang kekal. Selagi ikut hukum penjajah laknatiullah negara tak akan aman.

Andre Irwan berkata...

Dasar muka tak malu. Malu tu tak ada dalam kamus munafikun. Dasar perut dah penuh dengan makanan haram, aliran darah pun penuh dengan oksigen yang haram, buih mulut dah penuh dengan kata-kata haram, lidah dan air liur pun dah penuh ucapan-ucapan nista yang haram, .... Jadi macam mana puak ni nak sedar.
Adakah puak ni disanjung sebagai rakyat Malaysia yang patriotik semata-mata depa tu pertahankan UMNO-BN? Rakyat yang tidak pertahankan UMNO-BN ialah pengkhianat? Bila lagi Melayu nak sedar sepenuhnya????

Tanpa Nama berkata...

Saya tak bersetuju langsung dengan kata-kata "Pembangkang mengheret Rakyat"

Kalau Rakyat tidak mahu, mereka takkan sukarela turun beramai-ramai. Contohnyalah, UMNO atau BN buat apapun, siap bagi gula-gula susah benar rakyat nak join.

Itu bermakna Perhimpunana yang di adakan adalah di desak oleh Rakyat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya boss kat EC. Mana boleh kata tak letak jawatan apabila disuruh berdasarkan bukti penipuan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan pilihanraya.

Kalau kat UK, jikalau ada satu bukti sahaja pun, boss EC akan segera meletak jawatan. Tak perlu suruh. Orang Inggeris ni lebih bermaruah daripada boss EC yang hanya pandai menjilat.

Tanpa Nama berkata...

Nur: depa ni gila kuasa n syok sendiri...komitmen pun banyak,kalau resign mana nk cekau duit nk byr rumah,kereta,bini bini,bibik bibik,melancong etc. Ha ha ha...mentaliti masing-masing 2 ketul ni 50 tahun ke belang,tak dpt la nk challenge negara maju wei..

Tanpa Nama berkata...

Elok juga undang undang terhadap penderhaka di adakan saperti cadangan Zulkifli Nordin. Mereka berdua ini telah di lantik olih DYMM untuk melaksanakan tugas dengan baik,dan telah pun mengangkat sumpah untuk melaksanakannya. Tetapi apa yang berlaku? Adakah mereka ini telah .......

Tanpa Nama berkata...

2 makhluk Allah ni ingat diaorg lg hebat dr Allah swt. Ingat ya.kadang2 balasan Allah sgt cepat,kadang2 lambat tapi yang pasti Allah pasti membalasnya...tidak kena pada tuan empunya diri mayb kena pd anak cucu nya nanti