Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tidak matang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang biadab apabila menyatakan kebenaran kanak-kanak di negara ini tidak selamat ekoran kematian William Yau Zhen Zhong, 6.
Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Ali selaku pemimpin veteran tidak wajar berbuat demikian itu kerana hakikatnya negara berhadapan masalah kadar jenayah terlalu tinggi.
“Ali perlu berhenti membiadapkan pemimpin pembangkang yang peduli dengan permasalahan rakyat. Sebaliknya beliau perlu lebih santun dan berlapang dada menerima kelemahan dan kritikan untuk menambah baik kualiti keselamatan masyarakat seluruh negara.
“Apakah Ali tidak sedar memang wujud masalah berlarutan seumpama ini sejak bertahun lamanya, malah tidak terhad kepada kanak-kanak, kerana ia turut melibatkan wanita dan juga kelompok rakyat yang lemah dan tidak berdaya,” katanya pada kenyataan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu menambah, masalah jenayah semakin meningkat berpunca daripada sikap polis yang lebih berminat mengekori pemimpin pembangkang daripada menjaga keselamatan negara.
“Di saat ada kelompok Cawangan Khas (SB) yang diarah mengekori jejak langkah pembangkang di seluruh negara, masih ramai penjenayah yang berlegar secara bebas yang mengancam keselamatan negara tanpa kita sedar di kiri dan kanan kita.
“Tambah menjelekkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri pada Julai 2012 pernah menyebut bahawa kadar jenayah negara membimbangkan sehingga menggesa kerajaan tidak menyorok keadaan sebenar kepada rakyat,” ujarnya. -KD

1 ulasan:
Polis oh polis, kami nak ingat kau sekali lagi tugas kamu orang adalah menjaga keselamatan, menyiasat dan menangkap atau buru penjenayah sampai ke lubang cacing. Bukan buat kerja macam ajen Perisik Yahudi iaitu jadi bodyguard parti UMNO dan hantar SB kacau ceramah atau himpunan Pakatan Rakyat. Kalau tak faham tak apa nanti PR memerintah akan ajar kamu orang sampai faham apa tugas polis sebenarnya.
Catat Ulasan