27 Nov 2012

Kerajaan Dicabar Dedah Konsesi AES Kepada Umum

Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat konsesi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan sebagai dokumen awam.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu bahawa perjanjian itu tidak boleh dikeluarkan kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun menurutnya, tiada keperluan perjanjian itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi kerana tidak mengandungi perkara rahsia mengenai keselamatan yang perlu dilindungi daripada pengetahuan umum apatah lagi musuh negara.

“Kerajaan perlu ada ketelusan dalam mengendalikan urusan negara kerana ia berkaitan dengan pembayaran yang dibuat kepada syarikat ini daripada wang rakyat yang dikatakan melakukan kesalahan,”katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, sama seperti duit tol yang dibayar kepada syarikat konsesi, saman berkenaan dibayar kepada syarikat konsesi AES daripada kesalahan iaitu kompaun atau denda seperti diputuskan mahkamah, seharusnya rakyat perlu mengetahui butiran perjanjian antara kerajaan dan kedua-dua syarikat tersebut.

Katanya, kerajaan mempunyai kuasa dan hak untuk mengeluarkan dokumen ini dari klasifikasi OSA menjadi dokumen awam yang boleh dimiliki dan diteliti oleh semua orang khususnya Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dalam negara ini.

“Bagi saya banyak perkara perlu diteliti, bagaimana syarikat yang mendaftar pada 2004 sudah tahu bahawa pada 2007, 2008 dan 2009 mendapat kontrak AES.

“Ada juga syarikat yang mendaftar pada 2009 iaitu selepas menerima kontrak ini.

Situasi ini menimbulkan kontroversi kepada projek tersebut yang menyentuh soal kepentingan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sehingga kini sebanyak 300 saman AES seluruh Malaysia telah dikemukakan kepada Kase, 30 daripadanya di Perak.

Kase akan mengendalikan kes pertama AES pada 6 Disember ini di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. -SH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya OSA tidak memberi apa-apa manfaat selain menipu Rakyat dan menutup perbuatan keji mereka. Hapuskan OSA.

wak sughiman berkata...

Wak setuju kalau diOSAkan kerana alasan keselamatan negara, ancaman kepada rakyat jelata tetapi ini ancaman apekebendenyer ? Apa pun jangan le nak cong !

Tanpa Nama berkata...

OSA patut dihapuskan kerana akta ini digunakan untuk menyembunyikan segala perjanjian haram oleh pemerintah dan kroni2 dengan mengaut keuntungan yang amat tinggi berlipat2 kali ganda menggunakan wang rakyat. Tiada ketelusan dan maklumat yang rakuat boleh lihat demi menjaga kepentingan rakyat marhaen. Hapuskan OSA segera!!

Tanpa Nama berkata...

Kami mahasiswa tolak. AES yang mengkayakan UMNO......

Tanpa Nama berkata...

UMNO HANYA BUAT SLOGAN JAGA RAKYAT, TAPI MENINDAS RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Mahfuz pemimpin yang membela rakyat tertindas

pemerhati bebas berkata...

hapuskan osa... hapuskan ameno apco b-end
hehehe