9 Jun 2012

Sama Macam Lembu NFC, Nong Chik Diberi Projek Pada 2006 Tetapi Ditandatangani 2010

Nong Chik tak jawab persoalan kontrak anak RM30 juta- Zuraida

KUALA LUMPUR 9 Jun: Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjawab persoalan berhubung kontrak RM30 juta diterima anaknya, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau mengulas jawapan Raja Nong Chik yang tidak menafikan kontrak kepada Istijuara Sdn Bhd milik anak perempuannya, seperti dilapor portal Malaysiakini hari ini.

Nong Chik dalam jawapannya berkata projek bagi memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor itu diberi pada 2006. Manakala kontrak tersebut pula dimeterai pada 2010.

Zuraida berkata, isu utama bukan tahun kontrak itu dimeterai, tetapi wujud konflik kepentingan atas sebab penganugerahan kontrak berkenaan.

“Malah, jawapan Raja Nong Chik menimbulkan banyak persoalan lain. Mengapa kontrak hanya dimeterai pada tahun 2010 sedangkan projek diberi pada tahun 2006?

“Bagaimana jika terdapat masalah dari segi mutu dan prestasi (ketika projek berjalan)?” soalnya lagi yang mengaitkan isu sama dengan National Feedlot Corporation (NFC) yang menerima pinjaman mudah RM250juta sebelum kontrak rasmi dimeterai.


“Justeru kalau kerajaan Umno BN benar-benar telus dan mahu berubah, perkara ini mesti disiasat supaya nama beliau dapat dibersihkan,” katanya ketika dihubungi.

17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010. Anak beliau, Raja Farhana Raja Nong Chik adalah salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu. -KD


Anak Raja Nong Chik Diberi Kontrek Bernilai RM30.8 Juta Oleh Kem Belia Dan Sukan!

Syarikat milik Raja Farhana Raja Nong Chik, anak kepada Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar diberikan kontrek memasang dan penyelenggaraan bernilai rm30.8 juta oleh Kementerian Belia Dan Sukan. (sila lihat dokumen dibawah)

Syarikat tersebut adalah Istijuara Sdn Bhd dimana Raja Farhana memiliki 399,999 dari sejumlah 400,000 saham. Syarikat ini ditubuhkan 20 tahun dahulu semasa Raja Farhana masih bersekolah di darjah satu.

Ini menunjukkan bahawa Raja Nong Chiklah yang selama ini menguruskan syarikat tersebut.


Syarikat Istijuara Sdn Bhd juga dikatakan menanggung beban hutang sebanyak rm400,000 dan dipercayai dengan kontrek bernilai RM30.8 juta ini, syarikat milik anak Raja Nong Chik dapat menyelesaikan semua hutang-hutangnya.

Dari dulu lagi Raja Nong Chik adalah seorang kontraktor kerajaan yang sangat berjaya dan apabila beliau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan maka terbuka luaslah peluang bagi beliau mengembangkan karier beliau sebagai kontraktor kerajaan!

Raja Nong juga sebelum ini pernah diberi rm1.5 bilion oleh Najib bagi membantu penduduk yang gagal mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah dan dikatakan bantuan ini telah pun ditawarkan kepada penduduk di Lembah Pantai.

Raja Nong Chik dikatakan berminat bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Lembah Pantai pada Pililihanraya Umum ke13 akan datang.

Setelah seorang menteri yang salahguna wang rakyat rm250 juta dalam skandal NFC bertanding dan kecundang di Parlimen Lembah Pantai pada PRU ke12 , kini seorang lagi menteri yang memang sudah terkenal dengan salahguna kuasa dan duit rakyat dijangka akan mewakili UMNO/BN.

Apakah calon jenis ini yang dimahukan pengundi di Lembah Pantai bagi mewakili mereka?








2 ulasan:

Amuraria berkata...

BEGITULAH ADANYA DAN ADANYA DAN ADANYA LAGI DAN LAGI ,TAK AKAN HABIS BEGITU SAJA SKANDAL GEROMBOLAN SEKUTU APCO ! LAGI DISIASAT LAGI TIMBUL SEGALA 'TAIK-TAIK' YANG CUBA DIKAMBUS MACAM TAIK KUCING ! TAPI TAK BOLEH KAMBUS DAA KERANA BUSUKNYA TERLAMPAU-LAMPAU HINGGA HIDUNG YANG HIDU PUN BOLEH HILANG ! SILAP HARIBUAN JADI MACAM HIDUNG MAMAK MADEY KUTTY ! ABU SAJA PENYELAMAT MALAYSIA !

Tanpa Nama berkata...

Bongkar jangan tak bongkar bagi seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa kerajaan BN/UMNO adalah kerajaan RASUAH tahap kronik.