Alor Setar:Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.
"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.
Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.
Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.
Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.
Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.
Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Sangka tembak tupai
ALOR SETAR: “Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana,” kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam.
Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu.
“Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain,” katanya.
Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian.
Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai.
“Setengah jam kemudian, saya lihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan pintu Istana Anak Bukit sebelum orang ramai mengerumuni bahagian depan istana berkenaan,” katanya. -hm
2 ulasan:
Budak-budak muda yg tak boleh control emosi tak patut diberi senjata. Kalau senjata ditangan, bertekak sikit je mula la hilang pedoman.
AzMiR
Rasuah!!!!!!!!!!! Tak rasuah tak Nasional. Yang rasuah tu semuanya Barisan Nasional.
Kakitangan yang rasuah patut dibuang kerja terus bukan ditukar-tukar tempat.
Begitu jugak PDRM. Kalau anak buah yang kuat makan dari bos, kenalah jaga hutan..... jadi Polis Hutan. Lagi meriahlah PATI masuk keluar hutan dapat IC biru.
Yang paling teruk... kena tukar jadi 'guard', tegak berdiri dipintu istana setaip hari. Apa nak dihairankan kalau berlaku kes sebegini. Sepatutnya ocpd2 dan bos2 jenayah yang kuat makan besar patut dijadikan penjaga pintu bukan konstabel bawahan.
Catat Ulasan