29 Mac 2011

Dirogol Kenalan Facebook

Ayer Keroh - Perkenalan menerusi laman sosial Facebook membawa kepada titik hitam bagi seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah apabila dia menjadi mangsa rogol.

Pelajar terbabit dikatakan dirogol rakan lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, perkenalan mereka membawa padah apabila lelaki yang bekerja sebagai pembantu periklanan di sebuah pasar raya di negeri ini akhirnya dituduh di Mahkamah Sesyen, semalam kerana merogol gadis berkenaan.

Tertuduh, Wong Hee Seong, 20, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol seorang gadis bawah umur yang berusia 14 tahun 6 bulan di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam kira-kira 11.30 malam, 18 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada penjara antara lima dan 20 tahun serta sebatan.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazwani Ishak, ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah wang jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.

Hakim Abu Bakar Qatar kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh kes disebut semula, 26 Mei depan. -SH

Ulasan GB

Meskipun beliau bukan Islam, namun pengajarannya untuk semua. Berhati-hati dengan FACEBOOK itu. Ada banyak hantu, perogol, penyamun dsbnya di situ.

pssssttt... menteri tu pun ada facebook.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya la..skrg dah melampau dia orang bi