8 Mei 2014

[BONGKAR] Siapa Yang Reka/Sunting Rakaman Audio MH370?


MH370: Rakaman audio disunting terlebih dahulu?

PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

“Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit,” katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

“Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti,” kataya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru. -SH




ULASAN GB

Bahan bukti direka, diusik, diubah, diedit sesuka hati sudah menjadi rampan di dalam negara ini. Ia seperti wujudnya hasrat pihak tertentu untuk mempastikan bahan bukti itu berpihak kepadanya. Ia semacam mengesahkan tentang wujud sebuah konspirasi.

Di dalam isu MH370 sebelum kejadian rakaman perbualan audio disunting seperti laporan di atas, telah timbul juga kes dimana gambar fotokopi dua penumpang misteri bertindih. GB pernah membuat ulasan, petikan:

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,"

Itu jawapan polis apabila isu gambar suspek yang meragukan itu timbul.

Di dalam hal sebegini penting, bolehkan hendak fotokopi pun tak faham-faham?

Bukankah itu menunjukkan tidak profesyenalnya anggota polis di dalam melakukan kerja yang begitu kecil? Jika kerja sebegitu kecil seperti fotokopi pun melakukan kesilapan apatah lagi di dalam hal-hal yang lebih besar?

Satu-satu maklumat penting yang diedarkan kepada umum tidak sepatutnya mempunyai kesilapan apatah lagi kesilapan yang bersifat kecuaian.

Ini mengingatkan kita tentang kisah pegawai penyiasat polis bernama Jude Blacious Pereira yang didakwa telah mengusik sample bahan bukti dengan memotong plastik yang sepatutnya sampel itu TIDAK sepatutnya diusik lansung bagi mempastikan TIADA KERAGUAN terhadap bahan bukti berkenaan. Ia membuka ruang untuk pihak tertentu untuk memanipulasi bahan bukti.

Kita bukan nak merendah-rendahkan kewibawaan pihak polis tetapi ruang masih banyak untuk PDRM menngkatkan professionalismenya dan mutu kerjanya supaya ia tidak menjadi isu seperti kes gambar photofit warga Iran berkenaan.

Yang peliknya di Malaysia ini, bahan bukti yang tercemar dan bahan bukti rekaan/suntingan boleh diterima oleh hakim-hakim mahkamah!





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukti yang meragukan sepatutnya tidak diterima. Ingat Hakim yang membuat tindakan undang - undang secara tidak adil akan dikenakan balasan Allah SWT. dengan lebih teruklah. Mahkahmah di dunia lu boleh rasuah mahkahmah di akhirat lu tak dapat rasuah bahkan duit rasuah yang lu ambil semasa hidup akan jadi saksi di mahkahmah akhirat kelak.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg sebenarnya berlaku kpd MH370..Adakah ada kaitan dgn lawatan 3 hari oleh seorang pemimpin hebat dunia yg dianggap pelik oleh sesetengah pihak...

Tanpa Nama berkata...

Bukti yang direka, diubahsuai dan yang tak lengkap boleh diterima oleh hakim-hakim mahkamah kerana mereka sudah di"kau tim" oleh "Wang Yang Maha Kuasa".

Tanpa Nama berkata...

MEREKA MEREKA ITU BUKAN HAKIM SEBENAR, TETAPI IBLIS DAN SETAN YANG MEMANG DIAKUI SUKA MELAKUKAN PERKARA PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK ALLAH. MEREKA TAK TAKUT PADA ALLAH HANYA TAKUT PADA PIHAK BERKUASA YANG ZALIM.

Tanpa Nama berkata...

Inilah hasil benih2 yg kita semai dahulu.benih x elok.so hasilnya semakin hari semakin busuk.Apa yg rakyat mahukan skrg?Suka kena bodoh?bodoh dah jadi makanan ruji sampai tak reti nak menilai.adakah ini yg dikatakan bala or azab dr maha pencipta.benar firmannya.takutilah kamu semua akn fitnah(bala) yg mana ia bkn hanya menimpa khusus kpd org2 yg zalim di kalangan kamu.(al baqorah)
Allahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

Jual enjin jet,komisyen kapalselam,letup orang semua lepas tiada rayuan.Dengan yakin nak cuba kes kapalterbang pasal ada banyak pengalaman dari fitnah sodomi 1,11,rampas perak,sunting video lucah sebab buat macam-macam aku dan geng masih berkuasa.

gel pelangsing perut berkata...

semoga cepatlah terungkap kecurangan tsb

Tanpa Nama berkata...

Kes serta bahan bukti perhatian dunia pun BN boleh buat tahi inikan pula kes Anwar....kih...kih.

Sekarang tiba2 nak sokong hudud pulak...tapi wanita amno isteri menteri banyak yang tak menutup aurat. Menasabah ke amno hendak hudud. Ini baru dinamakan hudud politik...konon2nya ingin menyunting PAS.

Tanpa Nama berkata...

Hebat lu umno.....
dulu tipu malaysia guna spr....
skrang dah masuk antarabangsa
lu dah bole tipu dunia....
budak umno memang havoc....

tipu jgn x tipu.....

Tanpa Nama berkata...

ENDLESS POSSIBLITIES...

Tanpa Nama berkata...

Doa org yg dizalimi diterima Allah tanpa hijab... ingat tu najib and the geng....
Bila bala datang bertalu2 lu jng menyesal...
makan rm10.00 sakit jiwa 5 tahun kerana bala datang tak henti samada di darat... sulu... laut 370... taufan ribut banjir rompak bunuh.... hem bnyak lagi..

Tanpa Nama berkata...

adakah anda ingat? siapa yang padamkan maklumat kemasukan ALTANTUYA (dalam jabatan imegresen) ke negara ini?

Tanpa Nama berkata...

Tidak keterlaluan jika saya katakan UMNO BN ni pakar dalam kerja PENIPUAN, termasuk tipu bukti kes liwat, PRU, delete daftar imigresen dan banyak lagi yang semuanya boleh terlepas dengan memperbodohkan rakyat jelata melalui kaki ampusana dan ampusini.

Kali ni bila yang cuba di tipu pakar-pakar antarabangsa dalam siasatan MH370 maka terkedulah mereka.Itu pun cuba dinafikan juga.

Tanpa Nama berkata...

Udah aku bilang.. Ini angkara zion.. Kapal ini tak terhempas kat mana x2 pun.. GB tak cayo lagi kaa..?