Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.
Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.
Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama
ULASAN GB
Sungguh menghairankan. Modus operandi tembakan hampir serupa. Dua orang bermotosikal menembak mangsa yang berada di dalam kereta. Suspek menggunakan topi keledar full face. Seperti skrip yang berulang.
Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan. Petikan:
Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.
Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara!
Dan nampaknya, dengan maaf, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Itulah "aura" yang dibawa oleh Menteri KDN dan KPN kita.
Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.

Lelaki Ditembak Mati Di Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Anson
GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.
Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis
Menurut Ketua Polis Daerah George Town Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.
Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.
Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.
Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.
Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.
Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. -mstar
ULASAN GB
Sungguh menghairankan. Modus operandi tembakan hampir serupa. Dua orang bermotosikal menembak mangsa yang berada di dalam kereta. Suspek menggunakan topi keledar full face. Seperti skrip yang berulang.
Apa yang GB katakan sebelum ini menjadi kenyataan. Petikan:
Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.
Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadapematian tahanan di dalam penjara!
Dan nampaknya, dengan maaf, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini. Itulah "aura" yang dibawa oleh Menteri KDN dan KPN kita.
Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.
6 ulasan:
Penat dah nak komen pasal "kecekapan" Menteri Dalam Negeri ni dan polis kita...penat sekali!! Saya juga tersangat malu kepada kawan2 dari luar negara yg takut hendak melancung ke Malaysia!! Seramai 11 orang kawan saya bersama isteri masing dari luar negara pada mulanya hendak melancung ke Malaysia, namun, mereka telah menukar haluan ke Singapura dan Bangkok....PADAN MUKA kita semua...hilang sumber pertukaran mata wang asing dll. WELL DONE ZAHID....YOU ARE THE BEST MINISTER THAT MALAYSIA EVER HAD!!!WELL DONE TO THE POLICE TOO!!!
Kan kerajaan Malaysia suka ikut USA style sekarang sudah pun ikut USA style dimana penggunaan senjata satu perkara yang normal, automatic kadar jenayah meningkat sama macam USA akibat penggunaan senjata.
plot utk kekalkan ISA?
bala Allah SWT datang dengan berbagai cara ! ABU jangan lupa !
dlm Islam dah lama diperjelaskan bahawa jangan sesekali kamu mengangkat orang orang yang jahat lagi zalim dikalangan kamu sebagai ketua dan pemimpin. maka inilah natijahnya bila perintah Allah dilanggar. cai cai umno tak faham perkara ini sebab depa tak pernah pi masjid tadah kitab...tambahan.pulak otak pula kat kepala lutut...alahai cai....
Setuju bala Allah krn umno mghina n mnprsndakan hukum2 Allah.
Catat Ulasan