Alor Gajah - “Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak kejam dengan meragutnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang.
Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit.
"Saya baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa dan melalui jalan kampung untuk pulang ke rumah.
"Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter," katanya, semalam.
Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya.
"Kedua-duanya berkulit gelap.
Mereka yang kelihatan panik berpura-pura bertanyakan keadaan saya.
"Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng.
Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit.
"Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh," katanya.
Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh.
"Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan," katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta.
“Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500.
“Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

3 ulasan:
Itulah sebabnya mengapa hukum Hudud perlu dilaksanakan supaya orang-orang yang berhasrat untuk meencuri berfikir berkali-kali sebelum melakukan perbuatan sedemikian.
Saya percaya polis akan menambah kawalan dan rondaan sebab suspek malaun tu mesti akan melakukannya lagi dengan modus operandi yang serupa atau hampir sama. Orang ramai juga kena peka. Orang awam pula kena elak daripada berseorangan atau melelui kawasan atau laluan sunyi. BERSAMA CEGAH JENAYAH.
Komen2 di atas tu saya setuju.
Nak tambah, kpd wanita2 khasnya, janganle tayang barang2 kemas berlebih2an sbb mudah mengundang kes2 mcm tu, (rompak emas mmg berbaloi sbb mahal skrg).
Di samping tu (utk kita semua), mohon & berdoalah sentiasa pada Allah, ditambah dgn zikir2, agak dilindungiNya daripada musibah.
Catat Ulasan