29 Dis 2010

[Video] Malaysia Juara Piala AFF Suzuki - Agregat 4-2, Safee Penjaring Gol Terbanyak - updated


Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sekalipun tewas 1-2 dengan Indonesia sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti. -BH

Safee calon penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki


PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali kini akan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF pada tahun ini selepas menjaringkan satu lagi gol pada perlawanan akhir kedua malam ini.

Dua jaringannya di perlawanan pertama dan satu lagi di malam ini membolehkan dia mengumpul lima gol keseluruhan mengatasi ayam tambatan Indonesia, Cristian Gonzales yang gagal menembusi gawang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus kekal dengan tiga gol setakat ini.











Berita sebelum ini

TERKINI : Malaysia 1 Indonesia 2 - updated

TERKINI : Malaysia 1 Indonesia 2 - updated




Muhammad Ridwan mencetak gol yang membuat Indonesia unggul 2-1 atas Malaysia, pada minit ke-85, leg kedua, final Piala AFF 2010, di Gelora Bung Karno, Rabu (29/12/2010). Menguasai bola di luar kotak penalti, ia menggiring bola sebelum menembakkan bola. Bola sempat membentur pemain lawan sebelum mendesak jaring gawang pasukan Malaysia. -kompas

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-2 .

Berita Sebelum

JAKARTA: Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71 bagi menjadikan kedudukan kini terikat 1-1 pertemuan dengan Malayssia pada final kedua Piala Suzuki AFF, di Stadium Gelora Bung Karno.

Sebelum itu, Malaysia melakukan jaringan awal menerusi penyerang Safee Sali pada minit ke-53.

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-1 selepas Malaysia menang 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pada babak pertama, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.


Berita Sebelum
Malaysia kini mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Ini menjadikan kedudukan agregat 4-0 selepas Malaysia menang 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Sementara itu tribunnews.com melaporkan dua penyokong pasukan Indonesia di Stadiun Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) diberitakankan dibawa ke Rumah Sakit Angkatan Laut (RSAL) Mintoharjo, Rabu (29/12/2010).

Informasi ini didapat dari akun twitter milik Palang Merang Indonesia (PMI), @palangmerah "Dua orang penonton di GBK luka terkena runtuhan pagar, dirujuk ke RSAL Mintoharjo. 2 ditangani di ambulans PMI," begitu bunyi mesej yang ditulis palang merah diakaun Tweitter-nya.

Jumlah penonton di SUGBK memang sesak. Selain sekitar 80,000 penonton di dalam stadiun, ribuan penyokong juga memadati bagian luar stadion untuk menonton pertandingan dari layar lebar.

Kompas.com pula melaporkan ribuan penyokong Indonesia langsung meninggalkan kompleks Stadion Utama Gelora Bung Karno ketika Timnas Indonesia tertinggal 1-0 saat final kedua Piala AFF melawan Timnas Malaysia, Rabu ( 29/12/2010 ) malam. Mereka pergi dengan raut wajah kecewa dan kesal.

Pantauan Kompas.com di sekitar sektor 13, ribuan penyokong langsung keluar dari tribun atas maupun bawah dan turun ke ring luar stadion ketika pemain Malaysia M Safee membobol gawang yang dijaga Markus Horison pada menit ke-54. Umpatan kekecewaan terlontar dari mulut para suporter.

Begitu pula ribuan penyokong yang menonton di layar besar di luar stadiun. Mereka langsung berdiri dan berjalan keluar GBK. Kali ini, tak banyak tiupan terompet. Padahal, tiupan terompet terdengar di mana-mana sebelum M Safee mencetak gol.

Pasukan Malaysia merayakan gol mereka ke gawang Indonesia dalam pertandingan putaran kedua AFF Suzuki Cup 2010 di Jakarta, Rabu, 29/12/2010).


Piala Suzuki AFF: Indonesia 0 Malaysia 0

JAKARTA: Selepas separuh masa pertama berakhir sebentar tadi, kedudukan pertemuan Indonesia-Malaysia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno terikat 0-0.

Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.

Masih Seri, Penyokong Indonesia Baling Botol

Pasukan Indonesia seri tanpa gol dengan Malaysia pada leg final kedua Piala AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu (29/12/2010) di separuh pertama. Indonesia dapat menutup babak pertama dengan keunggulan minimal 1-0 seandainya penalti Firman Utina tak ditangkap penajaga kol Khairul Fahmi bin Che Mat, kompas.com melaporkan.

Bermain sebagai tuan rumah dengan keadaan kalah agregat 0-3, Indonesia bermain agresif dan ofensif sejak minit awal. Sayangnya, usaha itu tak diimbangi dengan ketenangan dan fokus tinggi. Pada momen-momen tegang, Indonesia kerap melakukan kesalahan umpan atau terburu-buru melakukan sepakan.

Pada minit ke-14, misalnya, Arif Suyono mengirim umpan silang. Muhammad Ridwan berusaha menjangkaunya, tetapi didahului Khairul Fahmi.

Dua minit berselang, giliran Irfan Bachdim menyuntek bola liar di kotak penalti.

Tendangannya memang tepat, tetapi terlalu lemah sehingga bisa ditangkap Khairul Fahmi.

Di tengah kesulitan itu, Indonesia mendapat hadiah penalti, menyusul handsball yang dilakukan Mohd Sabre bin Mat Abu pada minit ke-18. Firman Utina yang dipercaya menendang bola mengirim bola secara tepat ke sudut kiri bawah gawang. Sayangnya, tendangan terlalu lemah sehingga mudah ditangkap Khairul Fahmi.

Sementara itu botol-botol minuman air mineral berkali-kali melayang di luar Stadium Utama Gelora Bung Karno atau SUGBK ketika pertandingan final kedua Piala AFF, Rabu (29/12/2010), antara pasukan Indonesia dan pasukan Malaysia. Botol minuman itu dilemparkan para penyokong yang menonton bersama di layar besar.

Berdasarkan pantauan Kompas.com di sekitar Pintu VII, perbuatan tidak terpuji diperlihatkan penyokong Indonesia terhadap Malaysia. Mereka melempari layar berukuran 4 x 6 meter itu dengan botol ketika lagu kebangsaan Malaysia dikumandangkan. Begitu pula ketika kamera menyorot pelatih pasukan Malaysia, Rajagopal.

Botol kembali melayang ketika para penyokong di barisan depan berdiri saat pemain Indonesia masuk ke pertahanan Malaysia. "Woiii, duduk," teriak penyokong di barisan belakang sambil melempar botol ke barisan depan. Penyokong lalu duduk. Botol kembali melayang ketika pemain Indonesia mendekati gawang.

Panitia memasang empat layar besar di luar stadion untuk penyokong yang tidak memiliki tiket. Di layar di sekitar Pintu VII, ribuan penyokong duduk berkerumun menghadap layar. Bahkan, penyokong yang telah masuk ke dalam stadium ikut menyaksikannya melalui layar. Mereka duduk di luar tribun menghadap layar.


Gambar-gambar Sebelum Sepakan AFF Suzuki Bermula

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.



KAIN rentang larangan membawa masuk peranti laser digantung di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebelum bermulanya perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara Indonesia menentang Malaysia di Jakarta, malam ini.


kompas.com melaporkan jumlah penyokong Malaysia yang mendukung pasukannya langsung di Stadiun Gelora Bung Karno kemungkinan antara ratusan dan ribuan orang.


Penyokong Pasukan Indonesia melukis tubuhnya untuk mendukung Indonesia pada pertandingan semi final leg kedua di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta.




ANTARA provokasi penyokong bola sepak Indonesia yang turut mengaitkan watak animasi Upin & Ipin ke dalam kancah perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia.


Penyokong pasukan Indonesia, di Stadiun Utama Gelora Bung Karno, Rabu (29/12/2010). Perjuangan Indonesia menuju tangga juara sangat berat, kerana dipukul 0-3 oleh Malaysia pada leg pertama, dan mesti menang minimal 4 gol tanpa balas


Pemuda disyaki pencopet ditahankan polis di Gelora Bung Karno



ANTARA 9,000 polis yang ditugaskan menjaga kenteteraman awam semasa berlangsungnya perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. 29 Dis. 2010.


POLIS Republik Indonesia memeriksa sebahagian penyokong bola sepak Indonesia yang hadir pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. 29 Dis. 2010


ANTARA penyokong Indonesia dengan sepanduk yang memberikan gambaran provokasi yang memberi maksud "kalahkan "perompak" sia" pada aksi akhir Piala Suzuki AFF di Gelora Bung Karno, Indonesia

Kereta Terbabas Masuk Ke Dalam Kedai Emas - Pelanggan & Pekerja Hampir Maut

Pelanggan, Pekerja Nyaris maut, Kereta Rempuh Kedai Emas

PETALING JAYA: Tiga pelanggan dan 10 pekerja di sebuah kedai emas di Sungai Way, di sini pada Rabu, nyaris maut apabila sebuah kereta merempuh ke dalam kedai berkenaan ketika mereka sibuk berurus niaga.

Pengurus kedai itu Kevin Wong berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.35pagi dan kereta berkenaan dipandu oleh seorang wanita warga emas berusia dalam lingkungan 60-an.

"Ketika itu wanita itu nak 'parking' keretanya di hadapan kedai ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Wong berkata beliau difahamkan kejadian berpunca daripada botol air mineral yang tersekat pada brek kaki, menyebabkan pemandu gagal memberhentikan keretanya dan merempuh bahagian depan kedai itu.

Kejadian itu yang menyebabkan sebahagian besar cermin pameran pecah bagaimanapun tidak mencederakan mereka yang berada di dalam kedai, katanya.

Wong berkata kereta itu kemudian ditunda oleh polis yang tiba 10 minit selepas kejadian.- BERNAMA

Mayat Lelaki Ditemui Tersandar Di Dalam Kereta Buruk

Mayat lelaki ditemui dalam kereta buruk

Gambar: Beberapa anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Kuantan mengangkat mayat Rosmadi Rahim yang ditemui dalam kereta buruk di Kampung Tanah Putih.

KUANTAN: Mayat seorang lelaki ditemui tersandar di bahagian tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta buruk di bengkel tidak berpenghuni di Tanah Putih di sini, petang semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata mangsa yang dikenali sebagai Rosmadi Rahim, 30, dijumpai dalam keadaan tidak berbaju serta berbau, dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Beliau berkata, mangsa kali terakhir dilihat beberapa kenalannya pada Khamis lalu.

"Ketika itu mangsa ada mengadu demam kepada kenalannya, sebelum meminta
mereka menghantarnya ke sebuah bengkel kereta lama di Tanah Putih," katanya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mangsa ditemui mati pada 5 petang semalam oleh orang awam di kawasan itu.

Polis sedang menyiasat punca kematian, namun ia dipercayai tiada unsur jenayah, katanya. - BERNAMA

5 Maut Terhidu Gas Akibat tak Matikan Enjin Kereta

Lima remaja mati akibat keracunan gas karbon monoksida berpunca daripada enjin kereta yang tidak dimatikan ketika ia diletakkan di sebuah garaj tertutup di bawah bilik motel penginapan mereka di Florida Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Tragedi itu disedari oleh seorang pekerja Motel Presidente, tempat mereka menginap berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kelmarin.

Pekerja wanita itu menghubungi pihak berkuasa menerusi talian kecemasan 911 pada pukul 2 petang waktu tempatan.

Dia yang mengintai dari sebuah tingkap, melihat kelima-lima remaja itu terbaring dalam keadaan berpakaian lengkap.

Evans Charles, 19, Jonas Antenor, 18, Peterson Nazon, 17, dan Jean Pierre Ferdinand, 16, telah menyewa bilik motel berkenaan untuk menyambut hari jadi ke-19 rakan mereka, Juchen Martial.

Sebuah kereta Kia Optima merah yang dipinjamkan kepada mereka oleh seorang rakan dibiarkan dalam keadaan enjinnya hidup di dalam garaj berkenaan.

Enjin itu dihidupkan bagi mengecas bateri kenderaan tersebut. Mereka kemudian membiarkan pintu masuk dari garaj itu dalam bangunan hotel berkenaan terbuka yang menyebabkan gas karbon monoksida memenuhi tingkat atas di bilik mereka.

"Ini memang satu kemalangan yang tragis," kata seorang jurucakap polis Florida, Carl Zogby.

Rakan-rakan mereka yang lain yang berkumpul di luar hotel berkenaan berkata, mereka tidak mematikan enjin kereta itu untuk mengecas baterinya.

Enjin kenderaan itu masih hidup ketika polis tiba di tempat kejadian. Polis berkata, tiada alkohol, dadah atau barangan lain yang mencurigakan ditemui di dalam bilik hotel penginapan mereka. - Agensi

Kerana Kalah 3-0 Di Bukit Jalil, Lamanweb Malaysia Dihacked

Sebuah portal berpusat di Indonesia, detikinet.com melaporkan beberapa lamanweb di Malaysia telah menjadi sasaran para penceroboh internet ekoran kekalahan pasukan Indonesia di dalam leg pertama final Piala AFF Suzuki 2010.

Tumbangnya pasukan nasional di kandang Malaysia dalam leg pertama final Piala AFF 2010 menyisakan kekesalan tersendiri bagi kalangan hacker Tanah Air. Tapak web Malaysia pun jadi sasaran pelampiasan, detikinet dipetik.

Menurut Irvan Nasrun, seorang yang mahir internet dan jaringan, ada sejumlah tapak web Malaysia berakhiran .my yang menjadi sasaran sebaik saja Indonesia tewas tiga gol tanpa balas di Stadium Bukit Jalil tersebut.

Beberapa di antaranya adalah tapakweb milik Sony Music Malaysia, efurniture, food-beverage, dan beberapa lagi lainnya. "Gara-gara Indonesia kalah lawan Malaysia, Hacker Indonesia menyerang web Sony Music Malaysia dan beberapa web lain," ujar Irvan kepada detikINET.

Kondisi hubungan Indonesia-Malaysia di dunia maya memang tak ubahnya di dunia nyata, sering mengalami pasang surut. Saling serang antara pengguna maya kedua negara pun sering terjadi di internet.

Belum diketahui apa ada serangan balasan dari hacker Malaysia atas kejadian ini. Berikut beberapa tapakweb Malaysia yang dilaporkan telah menjadi korban serangan hacker Indonesia:

http://directory.klang.net.my/
http://efurniture.com.my/
http://food-beverage.com.my/
http://k9.com.my/index.htm
http://blog.realestate.net.my/
http://www.verisance.com.my/manuals/index.htm
http://vmart.skymobile.com.my/osc/images/index.htm
http://galeri.seripekan.edu.my/
http://ari.uitm.edu.my/cache/
http://bin.my/cache/
http://www.sonymusic.com.my/images/a.txt

Plat Kereta MCA1 Berharga RM300,100.00 Dimenangi Oleh...

Plat MCA 1 cecah nilai RM300,000

KUALA LUMPUR - Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my mulai pagi ini.

Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan 'MCA', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lepas.

"Antara nombor pendaftaran yang ditender pada harga tertinggi adalah nombor pendaftaran 'MCA 1' pada harga RM300,100, 'MCA 2' pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168," menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini semalam.

Katanya, tender nombor pendaftaran terbanyak diterima oleh JPJ adalah 'MCA 888' dengan 15 bidaan tender yang ditawarkan pada harga RM15,400.

Nombor pendaftaran siri 'MCA 1' merupakan nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri 'TAY 1' yang ditender pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' yang ditender pada harga RM200,900, katanya.

Katanya, menerusi bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA', JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kerajaan.





Menjelang Final AFF Suzuki: Tiket Palsu Berleluasa, Penonton Resah

Tiket Palsu Merajalela

Rahmad menunjukkan dua tiket, satu tiket (bawah) terbukti palsu yang dibelinya dari penjual di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Selasa (28/12/2010). Adanya tiket palsu membuat calon penonton pertandingan Indonesia - Malaysia dalam leg kedua Final Piala AFF 2010 29 Desember resah.

Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak. Peribahasa ini sepertinya layak untuk pemuda berasal Bekasi, Boy (24), lapor kompas.com

Dalam tiket asli logo ini terlihat mengilap dan rapi, sedangkan pada tiket palsu logo tersebut terlihat melumer warnanya. Perbedaan juga terlihat pada bagian kanan tiket, di mana tiket asli terdapat bekas sobekan, sedangkan pada tiket palsu tidak terlihat

Bersama seorang temannya, Boy rela datang dari jauh untuk membeli tiket pertandingan leg kedua final Piala AFF 2010 yang mempertemukan Indonesia dengan Malaysia yang akan berlansung pada Rabu (29/12/2010) malam ini.

Pada awalnya, dia memang berniat beratur untuk membeli kupon tiket, tetapi kecohnya sistem penjualan tiket yang menyebabkan berlaku penyerbuan para peminat ke padang pada Isnin (26/12/2010) kelmarin meranapkan harapan Boy. Kini, dia harus menghadapi kenyataan yang lebih kurang sama pahitnya. Ia mendapatkan lima tiket palsu.

Tiket tersebut dibelinya dari seorang penjual di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Selasa (28/12/2010). "Kurang lebih jam 12-an tadi, saya beli dari calo. Satu tiket saya beli Rp 110.000, apes deh," ujarnya.

Kalau dilihat sepintas lalu, baik tiket asli maupun palsu tidak ada bezanya. Namun, perbezaan akan tampak nyata pada logo Piala AFF 2010 yang berupa bola dan coretan tiga warna (merah, hijau, dan kuning).


Dalam tiket asli logo ini terlihat mengilap dan rapi, sedangkan pada tiket palsu logo tersebut terlihat kabur warnanya. Perbezaan juga terlihat pada bahagian kanan tiket, di mana tiket asli terdapat bekas koyakan, sedangkan pada tiket palsu tidak terlihat sama sekali.

Meskipun sama-sama ada tanda hologramnya, kalau tidak teliti, barangkali anda yang ghairah ingin menonton perlawanan ini boleh bernasib sama seperti Boy.

Boy dan seorang temannya mengaku akan mencari penjual tersebut. Ia kesal tindakan penjua tersebut. "Saya akan cari sampai dapat tuh calo, tadi sudah ke kantor PSSI, tapi ternyata kosong," tambahnya.

Harimau Malaya Sedia Mengaum Malam Ini

Ini sukan... tak perlu takut'

SEGELINTIR penyokong Indonesia yang melakukan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia, Hotel Sultan di Jakarta semalam.


“TIADA apa yang nak ditakutkan. Ini acara sukan, bukan medan peperangan.” Itu tegas para penyokong Malaysia meskipun ada keraguan berhubung tahap keselamatan pada perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta malam ini.

Sekumpulan 300 penyokong skuad kebangsaan tetap mahu bersama skuad negara apabila menentang Indonesia pada perlawanan akhir kedua itu malam ini.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta semalam bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC, Mohd. Nasir Mohd. Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di Indonesia telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

“Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium, namun saya ingatkan penyokong negara agar sentiasa berwaspada,” katanya semalam.

Semalam, beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan negara kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Sehingga kini belum diketahui jumlah penyokong Malaysia yang akan bertandang ke stadium tersebut walaupun dilaporkan sejumlah 5,000 tiket telah diperuntukkan untuk mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika ditanya di Jakarta berkata, penyokong Malaysia tetap ada, namun dijangka tidak seramai penyokong Indonesia semasa perlawanan di Bukit Jalil.

Pada Ahad lepas, kira-kira 15,000 penyokong Indonesia berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama.

Kehadiran mereka dilayan dengan baik tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Begitu juga yang kami harapkan apabila penyokong Malaysia datang ke Jakarta untuk menyaksikan perlawanan ini,” kata Mohd. Nasir.

Beliau dan penyokong lain berharap dapat mengiringi kepulangan skuad kebangsaan bimbingan jurulatih K. Rajagopal itu bersama Piala Suzuki.

Sementara itu, kumpulan Ultras Malaya juga akan mengumpulkan peminat bola sepak tempatan menonton siaran langsung perlawanan tersebut menerusi skrin besar di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam seawal pukul 7 malam ini.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Azrul Mohd. Hussin, 25, berkata, mereka berjaya mengumpul lebih 100 penyokong untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua ketika Malaysia menentang Vietnam pada 18 Disember lepas dan kali ini berharap lebih ramai akan turut sama.

Sementara itu, sebilangan penyokong pasukan Indonesia berkumpul di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta untuk menunjuk perasaan ekoran tidak puas hati selepas pasukan mereka tewas 0-3 pada aksi pertama di Bukit Jalil, Ahad lepas.

Mereka membawa kain rentang yang ditulis perkataan: Tak Ada Tempat Yang Aman Untuk Penonton Timnas Malaysia Di Jakarta!!!; “Raja Gombal..” Di Jakarta Kami Hancurkan; ‘No Laser, Only Football’.

Begitupun, tindakan penyokong Indonesia itu tidak menjejaskan fokus skuad negara dan mereka menghadapinya dengan tenang tanpa ada perasaan gementar.

Apa yang pasti, tindakan penyokong pasukan tuan rumah itu sangat memalukan kerana pasukan mereka disambut dengan penuh hormat ketika bertandang ke Kuala Lumpur.

Ia juga membuktikan bahawa skuad Indonesia tidak ada keyakinan pada diri sendiri dengan meminta sokongan peminat berbuat demikian dengan harapan dapat melunturkan semangat pemain negara. -kosmo


Subahan: Pemain tidak gentar

BARISAN wira negara yang akan berjuang menjulang nama Malaysia di bumi Indonesia malam ini kecuali Amirulhadi Zainal (berdiri tiga dari kanan) dan Mahali Jasuli (depan dua dari kanan) yang terlepas aksi akibat menerima kad kuning kedua.


JAKARTA - Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal sudah mendapat hadiah hari jadi ke-45 yang cukup bermakna pada Ahad lalu apabila Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF 2010.

Namun, kejuaraan mutlak hanya akan diperoleh jika Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan tersebut selepas tamat aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam ini.

Menurut Subahan, beliau cukup yakin bahawa barisan pemain muda negara tidak akan menghadapi masalah untuk menangani tekanan yang bakal dihadirkan para penyokong fanatik Indonesia sepanjang baki 90 minit perlawanan.

"Saya rasa mental para pemain tiada masalah. Sebelum latihan semalam (kelmarin) saya sudah jumpa mereka dan meminta agar beri fokus sepenuhnya. Jangan fikir hal-hal lain.

"Saya yakin para pemain mampu menyerap tekanan walaupun penyokong Indonesia ini agak fanatik. Kami tak gentar dan yakin Piala Suzuki AFF akan dijulang Malaysia," katanya ketika ditemui di Hotel Sultan di sini semalam.

Subahan yang sudah setahun setengah menggalas tugas seba- gai pengurus skuad kebangsaan berkata, kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada 1 Disember lalu menjadi titik kebangkitan mereka pada kejohanan kali ini.

"Situasi kita ini sama seperti Sukan SEA 2009 apabila kita tewas kepada Vietnam pada aksi pertama tetapi akhirnya menewaskan lawan yang sama pada final.

"Pada Piala Suzuki AFF ini, selepas tewas 1-5 kepada Indone- sia, saya beritahu pemain bahawa kita mesti muncul juara dan berjumpa semula Indonesia di final. Misi ini hampir tercapai," jelasnya.

Subahan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut kesal dengan media Indone- sia yang gagal membantu menjernihkan ketegangan kedua-dua negara.

"Saya lihat media di sini langsung tidak membantu. Mereka lebih mengapi-apikan penyokong Indonesia dengan membangkitkan pelbagai isu remeh dan laporan berunsur provokasi.

"Apa yang saya nampak, mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang pasukan mereka tewas 0-3 di tangan kita," ujarnya. -kosmo

Ini Dia Sultan Yang Benar-benar Berjiwa Rakyat

Seramai 137 terima bantuan Sultan Kelantan

Seramai 137 penduduk miskin termasuk 29 daripada kalangan Orang Asli di Gua Musang menerima bantuan zakat dan rumah yang disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.

Daripada jumlah itu, 129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan dalam satu majlis di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di Gua Musang.

Selepas penyampaian itu, Sultan Muhammad V turut berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, yang menghidap asma kronik di RKT itu.

Sudin ketika ditemui Bernama selepas itu meluahkan rasa terharu dengan kunjungan Sultan Kelantan tersebut.

Kunjungan baginda adalah bukti Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap rakyat pedalaman, katanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan rumah, Asiah Ahmad, 57, berkata dengan adanya rumah baru itu dia sekeluarga tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan daif. --Bernama

Berita Berkaitan

Sultan Yang Benar-benar Berjiwa Rakyat Ditemui Di Kelantan

Ulasan GB

Perhatikan, mencemar duli duduk bersimpuh bersama rakyat di rumahnya tanpa memakai pakaian kebesaran. Mana nak jumpa Sultan sebegini di negara ini? Hanya di Kelantan.

Tanpa niat menderhaka mana-mana raja atau sultan, namun Sultan Kelantan ternyata tak seperti adanya sesetengah sultan (dengan maaf) yang angkuh sehingga ada yang bertindak jauh menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Sultan Kelantan inilah yang bakal menyelamatkan institusi raja Melayu dihantar ke muzium seperti yang dibimbangkan oleh Sultan Perak sebelum ini.

GB dah berpesan sebelum ini di sini:

Petikan:

Namun, jika benar Tuanku mengikut hati bukan akal, ertinya Tuanku sendiri menumbangkan institusi raja - jangan disesal beban menjalar, jangan disalahkan ibu mengandung lantaran dilahirkan dari kerabat diraja kerana mengalihkan istitusi raja ke muzium seperti yang diminta.



MB Selangor Tidak Lewat Serah Surat, Istana Terlibat Dgn Konspirasi Jatuhkan K'jaan Pilihan Rakyat

MB Selangor lewat serah surat

SHAH ALAM: Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

"Menteri Besar tidak ada kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan Menteri Besar, " katanya.

Ulasan GB

Surat penyerahan tiga nama dihantar pada 7 Disember (Selasa) sedangkan Sultan melakukan memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember (jumaat).

Mana mungkin berlaku kelewatan penyerahan surat? Kerana ia berlaku di hari bekerja.

Sebenarnya Inilah bukti peranan, perencanaan dan sikap jahat PM yang bernama DS Mohd Najib Abd Razak. Memperalatkan raja dan istana untuk merampas negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ia adalah perulangan apa yang berlaku di dalam coup de tat Perak sejurus sebelum Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dimana raja dan istana diperkudakan untuk menjayakan cita-citanya sehingga sebuah kerajaan yang berdaulat, yang dipilih oleh rakyat, diturunkan dengan rampasan kuasa paling jijik pernah dilakukan oleh kerajaan pusat.

Dan kini di Selangor. Kali ini, bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara tidak akan lagi mengizinkan hal yang sama seperti di Perak berulang.


Tragedi Langkawi: 70 Rumah Musnah Dan 200 Mangsa Hilang Tempat Tinggal

Berzikir mohon kebakaran reda

LANGKAWI: Ketika orang dewasa bertungkus-lumus membantu memadamkan api dalam kebakaran besar yang memusnahkan 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, di sini, malam kelmarin, lebih 30 kanak-kanak yang berhimpun di surau kampung itu berzikir memohon pertolongan Allah untuk meredakan api daripada memusnahkan penempatan itu.

Seorang warga emas yang juga ibu tunggal, Halijah Baharin, 60, berkata, kanak-kanak terbabit yang berusia antara enam dan 13 tahun terdiri daripada pelajar sekolah agama rakyat di kampung itu diarahkan berzikir oleh imam kampung sebagai sebahagian ikhtiar untuk meredakan api yang sedang marak.

Malah, ada di antara kanak-kanak terbabit adalah pelajar sekolah pondok yang kebetulan pulang untuk cuti persekolahan.

Surau berkenaan terletak kira-kira 30 meter dari kawasan kebakaran dan bangunan yang terselamat itu dijadikan tempat perlindungan sementara kepada mangsa kebakaran terbabit.

“Kami bersyukur kerana berkat zikir kanak-kanak terbabit selama hampir satu jam ketika kebakaran itu mendapat izin Allah, sekali gus menyebabkan api reda dan dapat dikawal daripada merebak ke lebih banyak rumah penduduk yang rapat,” katanya ketika ditemui.

Dalam kebakaran kira-kira jam 11.40 malam itu, 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan di situ musnah dan disifatkan kejadian terburuk di daerah ini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, pasukan bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran hanya dapat dikawal sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian, lima jentera bomba bersama 40 anggota diketuai Pegawai Operasi, Yaakob Hassan, bertungkus lumus memadamkan kebakaran dengan dibantu orang ramai kerana kedudukan rumah yang berdekatan antara satu sama lain itu menyebabkan api marak dan cepat merebak.

Cuaca panas dan berangin selain tekanan air rendah menyukarkan tugas anggota bomba memadamkan kebakaran dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM1 juta.

Seorang mangsa, Hafisah Yahya, 49, yang lebih lima tahun tinggal di kawasan itu berkata, beliau tidak sempat menyelamatkan harta benda kerana ketika kebakaran berlaku, beliau sedang bersiap untuk tidur.

"Walaupun tidak sempat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting, saya bersyukur kerana tiga anak perempuan saya berusia 12, 13 dan 16 tahun selamat," katanya yang juga seorang penjual kuih.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung berkenaan, Ismail Musa berkata, kawasan itu mempunyai kira-kira 750 buah rumah dengan jumlah penduduk mencapai 2,000 orang.

"Mengikut bancian awal, sebanyak 70 buah rumah dan kira-kira 200 mangsa kehilangan tempat tinggal berikutan kejadian kebakaran kini ditempatkan sementara di surau kampung ini.

"Sebahagian besar penduduk bekerja sebagai nelayan dan beragama Islam, selain sudah lama menetap di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. -BH

Berita sebelum ini

Kebakaran Besar Di Langkawi, Blog GB Benar Tentang Serangan Obor-obor Sebelum Ini

Pemandu Maut Dalam Nahas Lebuhraya KM182.4

Jasin: Seorang kakitangan awam berusia 25 tahun dari Pontian, Johor, terbuuh selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya menghentam belakang sebuah lori 10-ton di KM182.4 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) disini jam 12.30.

Berkhidmat sebagai pegawai di Jabatan Statistik Johor, Shahrul Nizam Ahmad cedera parah di kepala di Hospital Besar Melaka pada jam 2.40am sewaktu menerima rawatan, manakala rakannya Julia Yazmeen Ali Sabri, 21, dari Seremban, Negri Sembilan yang dimasukkan di dalam hospital yang sama, juga mengalami kecederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin Che Suza Che Hitam apabila dihubungi menyatakan kemalangan itu dipercayai berlaku disebabkan oleh kesesakan akibat dari satu lagi kemalangan yang berlaku sebelumnya di KM183.2 ddi lebuhraya yang sama.

"Kejadian berlaku apabila pengguna lebuhraya menuju arah utara terpaksa memperlahankan kenderaan ekoran satu lagi kemalangan melibatkan dua buah lori two trailer di KM183.2.

"Akibat kesesakan di hadapan, pengguna lebunraya termasuk lori berkenaan mula melencongkan kenderaan masing-masing dan menggunakan lorong pantas, setelah dua lorong lain ditutup.

"Namun, tidak lama selepas kesesakan bermula, pemandu lori itu, yang memandu secara perlahan, tiba-tiba mendengar satu dentuman kuat sebelumkeluar dari kenderaan untuk melihat apa yang berlaku. Beliau kemudian mendapati sebuah kereta Perodua Viva di dalam keadaan remuk, dengan kedua-dua mangsa cedera parah," tambahnya.

Beliau menyatakan mangsa dipercayai memandu dengan laju, berdasarkan penemuan tanda brek sejauh 15 meter dari lokasi kemalangan. -terjemahan bebas dari NST

Penyokong Fanatik Indon Ganggu Latihan Skuad Harimau Malaya

Rajagobal kena hina

SKUAD kebangsaan terus tidak tenang apabila diganggu penyokong fanatik Indonesia ketika sesi latihan terakhir berhampiran hotel penginapan, semalam.

Kira-kira 20 penyokong Indonesia dilihat menjerit ke arah pemain kebangsaan yang menjalani latihan ringan selama satu jam.

Malah mereka membentangkan kain rentang seperti 'Laser No...Football Yes' (Laser Tidak...Bola Sepak Ya) dan 'Raja Gombal pasti hancur'. Gombal membawa maksud kain yang digunakan untuk mengelap kekotoran.

Gangguan itu menyebabkan Rajagobal tidak dapat mencuba keupayaan pemain dan membuat latihan taktikal bagi berdepan Indonesia, malam ini.

Terdahulu skuad kebangsaan terpaksa mengubah lokasi latihan yang disediakan pihak penganjur iaitu padang ABC Senayan yang berhampiran dengan stadium kerana bimbang terhadap keselamatan pemain berikutan kehadiran kira-kira 40,000 penyokong Indonesia yang sedang berasak-asak mendapatkan tiket asli sejak awal pagi.


Mereka kemudiannya dicadangkan untuk menjalani latihan di Stadium Lebak Bulus yang terletak di Jakarta Selatan dan mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan kerana kesesakan lalu lintas walaupun hanya terletak kira-kira 15 kilometer dari hotel penginapan pasukan.

Namun usaha itu juga gagal apabila skuad kebangsaan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, sekali gus memaksa Rajagobal mengatur latihan ringan berhampiran hotel penginapan yang turut dikawal tiga pengawal keselamatan.

Latihan rasmi kedua-dua pasukan itu tidak dapat dilakukan di Gelora Bung Karno kerana stadium itu masih dalam proses membaik pulih padang. -hm


Rajagobal Minta Media Indonesia Hentikan Provokasi Melampau

JAKARTA, 28 Dis (Bernama) -- Media Indonesia diminta menghentikan provokasi melampau dalam laporan mereka yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat kesukanan antara Malaysia dan Indonesia dalam keghairahan pertandingan Piala AFF Suzuki 2010.

Jurulatih bola sepak Malaysia K Rajagobal yang membuat gesaan itu berkata tidak ada pihak yang mendapat keuntungan daripada provokasi berkenaan.

Bercakap pada sidang akhbar di sini Selasa, Rajagobal berkata pertemuan Malaysia dan Indonesia di gelanggang bola sepak selama ini sering diberi perhatian yang signifikan dalam erti hubungan akrab kedua-dua negara.

Beliau turut meminta semua pihak menerima hakikat bahawa menang dan kalah adalah lumrah dalam pertandingan sukan.

Merujuk kepada kekalahan 1-5 Malaysia kepada Indonesia pada peringkat kumpulan, Rajagobal berkata beliau menerima kekalahan itu dengan tenang dan sabar sekalipun dikritik pedas oleh media Indonesia.

"Pasukan Malaysia pernah tewas 5-1 kepada pasukan Indonesia dan kami menerimanya dengan cukup tenang biarpun kami dikritik teruk oleh media di sini (Indonesia).

"Apabila Indonesia tewas 3-0 baru-baru ini, kenapa pula ia menjadi isu kepada anda (media) di sini? Saya mahu anda menjawab soalan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Indonesia mengenai isu pancaran laser yang kononnya menjadi punca kekalahan 'Garuda' pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Rajagobal berkata beliau sentiasa mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam membimbing anak buahnya dan berharap penyokong serta media Indonesia mengamalkan prinsip yang sama.

Beliau juga mengulangi keyakinan bahawa pasukan Malaysia mempunyai peluang untuk menang pada perlawanan akhir kedua malam esok.

"Seperti jurulatih Indonesia yang yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya, saya juga optimis dengan kemampuan pemain-pemain bimbingan saya. Sehingga ke hari ini mereka mempamerkan skill permainan yang cukup baik.

"Saya juga berkali-kali mengingatkan pemain-pemain saya agar sentiasa fokus pada permainan dan jangan diganggu oleh faktor-faktor luaran yang negatif khususnya menjelang hari perlawanan nanti," katanya.

Rajagobal bagaimanapun tidak menafikan kemampuan pasukan Indonesia yang dianggapnya cukup cemerlang ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. -- BERNAMA


Mengapa Ramai Perempuan Inggeris Pilih Islam?

Mengapa Perempuan Moden Inggeris Memilih Islam?


Ipar tiri Tony Blair, Lauren Booth, ternyata tidak sendirian memilih Islam sebagai agama barunya sekembalinya melawat kota suci Qom, Iran. Pilihan iman wartawan dan penyiar television Iran itu rupanya juga diikuti sejumlah perempuan moden Britain lainnya.

Eve Ahmed, perempuan yang bertugas sebagai penulis adalah di antara yang dimaksudkan. Eve dilahirkan di London, ibunya orang Inggeris sementara ayahnya Muslim berasal Pakistan. Dari kecil, ia dibesarkan sesuai dengan iman ayahnya. Namun sesungguhnya dia tak dapat menerimanya. "Ketika berusia 18 tahun dan kuliah, saya menolaknya."


Islam, selama ini, selalu ditolak Eve. Menurut pengakuannya, banyak hal yang remeh temeh dilarang oleh Islam. Misalnya, tak boleh mengunyah chewing gum, menunggang motosikal, berhias, mempertontonkan lekuk tubuh, tak boleh makan di jalan, memotong rambut atau mengecat kuku.

Semua larangan itu tak pernah dijelaskan oleh ayah Eve, termasuk mengapa tak boleh memelihara anjing. Dan, tentu saja, duduk bersama lelaki, bersalaman, serta berhubungan badan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya.

Nilai-nilai Islam semacam itu dipaksakan ayahnya agar dia boleh mejadi seorang Muslimah yang baik. Sebagai perempuan merdeka yang dibesarkan di Britain, sikap ayahnya ditolak keras. Dia memilih gaya hidup perempuan modern. Namun, kini nilai-nilai Islam yang diajarkan ayahnya dinikmati di tengah kehidupan moden Britain .

Selain Eve, ada Lauren Booth, 43 tahun. Jurnalis dan penyiar television itu setelah menjadi mualaf kini mengenakan jilbab setiap keluar rumah, solat lima kali sehari dan berjamaah di Masjid setempat, "bila ada kesempatan."

Booth memutuskan menjadi Muslimah beberapa bulan lalu sebaik selesai melawat ke tempat suci Fatima al-Masumeh di kota Qom seraya berkata "pada satu Selasa petang, saya duduk bersila di bawah seperti mendapatkan suntikan rohani, sebuah kebahagiaan tak terhingga."

Sebelum bekerja di Iran, dia simpati dengan Islam dan menghabiskan waktunya bekerja di Palestin. "Saya senantiasa terkesan dengan kekuatan dan Islam memberikan sesuatu," ujarnya.

Kristane Backer pula, 43 tahun, adalah bekas pengacara MTV di London. Sejak belia, pilihan hidupnya adalah menjadi perempuan bebas, bergaya hidup Barat, modern, dan liberal. Namun, apa alasannya memilih Islam?

Perkenalannya terhadap Islam bermula saat bertemu dengan bekas pemain kriket Pakistan, Muslim Imran Khan, pada 1992, di kala kariernya meroket, selanjutnya pemuda itu mengajaknya ke Pakistan. Dari sinilah dia mulai tersentuh dengan nilai-nilai spiritual yang tak pernah dirasai dan terkesan dengan kehangatan masyarakat.

Kristiane katakan, "Sejak itu saya mulai belajar Islam dan menukar agama saya. Sebabnya alami. Saya telah wawancara dengan sejumlah bintang-bintang Rock, melakukan perjalanan ke seluruh dunia namun demikian saya merasa kosong. Kini, semua telah berlalu. Saya menikmati kebahagiaan sebab Islam telah memberikan tujuan hidupku."

"Di Barat, kami hidup dengan alasan-alasan dangkal seperti soal pakaian. Di Islam, setiap orang nampak memiliki tujuan yang agung. Setiap hal dilakukan atas nama Allah.

"Saya membesar di Jerman dalam sebuah keluarga Protestan yang tidak begitu pegang nilai agama. Saya mabuk dan suka pesta. Kini saya memiliki tujuan hidup yang baik. Kami bertanggungjawab atas seluruh perbuatan."

Lyne Ali, 31 tahun. Perempuan asal Dagenham, Essex, pertama kali bersentuhan dengan Islam melalui sahabatnya beragama Islam. Dia mengaku selama ini merupakan tipikal perempuan yang suka berpesta.

"Saya suka mabuk bersama teman-teman, mengenakan pakaian ketat, menanggalkan baju, dan berdating dengan lelaki," ujar Lyne. "Saya juga bekerja sebagai DJ separuh masa. Saya dulu berdoa layaknya seorang Kristen, namun saya menggunakan Tuhan sebagai doktor sementara."

Namun ketika bertemu dengan sahabatnya, Zahid, di universiti atau kadang-kadang dalam suasana dramatis. Lalu, "Saudara perempuannya berbicara tentang Islam, dan hal tersebut meresap dalam kalbu saya. Saya fikir, saya harus mencari sesuatu dan saya merasa kebiasaan saya mabuk dan berpesta tak ada gunanya."

Lynne pindah agama pada usia 19 tahun. "Saat itu juga saya mengenakan jilbab," jelasnya. Sekarang, "saya tak pernah lagi mempertontonkan rambut saya di depan awam. Di rumah, saya akan mengenakan pakaian Barat hanya untuk suami, tapi kalau keluar tak pernah."

Camilla Leyland, 32 tahun. Guru yoga ini tinggal di Cornwall memilih Islam sebagai agama baru. Ibu dari anak tunggal, Inaya, memeluk Islam di tengah maraknya diskusi soal "feminisme" di Barat.

Membesar di Southampton, ayahnya seorang pengarah Institut Pendidikan Shoutampton dan ibunya guru ekonomi. Camilla tertarik pada Islam sejak di bangku sekolah.

Dia melanjutkan pendidikan di universiti dan mengambil gelar master bidang Kajian Timur Tengah. Selanjutnya bekerja di Syria. Mengenal Islam melalui teman-temannya.