29 Dis 2010

MB Selangor Tidak Lewat Serah Surat, Istana Terlibat Dgn Konspirasi Jatuhkan K'jaan Pilihan Rakyat

MB Selangor lewat serah surat

SHAH ALAM: Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

"Menteri Besar tidak ada kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan Menteri Besar, " katanya.

Ulasan GB

Surat penyerahan tiga nama dihantar pada 7 Disember (Selasa) sedangkan Sultan melakukan memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember (jumaat).

Mana mungkin berlaku kelewatan penyerahan surat? Kerana ia berlaku di hari bekerja.

Sebenarnya Inilah bukti peranan, perencanaan dan sikap jahat PM yang bernama DS Mohd Najib Abd Razak. Memperalatkan raja dan istana untuk merampas negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ia adalah perulangan apa yang berlaku di dalam coup de tat Perak sejurus sebelum Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dimana raja dan istana diperkudakan untuk menjayakan cita-citanya sehingga sebuah kerajaan yang berdaulat, yang dipilih oleh rakyat, diturunkan dengan rampasan kuasa paling jijik pernah dilakukan oleh kerajaan pusat.

Dan kini di Selangor. Kali ini, bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara tidak akan lagi mengizinkan hal yang sama seperti di Perak berulang.


6 ulasan:

  1. Raja pulak sdg bercuti celebrate xmas & new year. Raja meLAYU berfahaman kristian. Rakyat biasa terutama meLAYU tak pernah tahu kelaku raja-raja meLAYU mereka. Nampak mcm betul2 meLAYU dlm adat istiadat formal tapi tiada siapa tahu sikap mereka di belakang tabir. Serupa bila kita tgk raja sehari dlm majlis2 kahwin. Raja sehari tersebut kelihatan sopan dgn pakaian meLAYU & keris palsu tersisip di pinggang. Perangai sebenar pengantin tersebut hanya Allah yg mengetahui.

    BalasPadam
  2. Pelek tetapi benar, surat YAB MB dihantar 7hb. manakala surat perlantikan SUK baru diperkenan oleh Baginda 10hb. Apa surat YAB tu dihantar dengan cara Pos biasa setem 60 sen, Courrier service, pos Laju atau DENGAN TANGAN'? Sehingga mengambil masa begitu panjang untuk sampai dan ditatapi oleh Baginda?

    Anda fikir-fikirkan lah........

    BalasPadam
  3. pr selangor kena berhati jangan ada adun pr yang akan dibeli terutama adun keadilan dan dap,rakyat memilih anda supaya mejadi pemerentah yang adil dapat mejalankan tugas sebagai wakil rakyat bukan untok kepentingan peribadi seperti beberapa ekor katak yang lepas,bn terutama umno tidak mempunyai maruah mereka akan melakukan apa saja demi kedudukan dan kuasa, mereka sedar tampa kuasa mereka akan kehilangan segalanya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum SEMUA, Jelas disini kita lihat SULTAN diperalatkan olih BN = UMNO = Melayu, siapa Melayu ini sama2 lah Tuan-Tuan menilai. Elok juga perkara ini berlaku. Moga yang bangsa yang buMelayu ( Cina n India ) tahu bahawa, Melayu yang tiada pegangan agama Islam pasti akan mengamalkan budaya ant-Islam atau Islam ikut cita rasa Melayu2 itu.. Ganti kan pemerintahan yag sedia ada..TOLAK BN = UMNO..

    BalasPadam
  5. inilah yg dilakukan kepada kami penduduk seksyen 8 shah alam bila mereka merampas surau itu...

    walhal ahli qariah (ahli umno biasa, pas & pkr) telah sebulat suara memilih ajk yg akan mentadbir surau tersebut... yg dilantik dari latar belakang profesional, ahli ilmuan & ulama..

    tapi disebabkan gila kuasa dan ingin mengaut untung hasil surau...mereka bertindak melalui pintu belakang dan pembantunya tidak lain si jawa jusa gred C...

    BalasPadam
  6. Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru sebagai muktamad adalah duri beracun sedang dicucuk kedalam daging Kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

    Ini bukan tipu muslihat tapi kerajaan pusat melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani secara terang-terangan mencabuli pentadbiran Menteri Besar dengan mencabar kedudukannya dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959....

    Kerajaan pusat telah memulakan perangnya terhadap kerajaan Pakatan Rakyat melalui istana.

    Kita lihat sikap Sultan Selangor terhadap krisis ini. Apa kah benar kata Setiausaha Sulit kononnya Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat....?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.