Seramai 137 terima bantuan Sultan Kelantan
Seramai 137 penduduk miskin termasuk 29 daripada kalangan Orang Asli di Gua Musang menerima bantuan zakat dan rumah yang disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam.
Daripada jumlah itu, 129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan dalam satu majlis di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B di Gua Musang.
Selepas penyampaian itu, Sultan Muhammad V turut berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, yang menghidap asma kronik di RKT itu.
Sudin ketika ditemui Bernama selepas itu meluahkan rasa terharu dengan kunjungan Sultan Kelantan tersebut.
Kunjungan baginda adalah bukti Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap rakyat pedalaman, katanya.
Sementara itu, seorang penerima bantuan rumah, Asiah Ahmad, 57, berkata dengan adanya rumah baru itu dia sekeluarga tidak perlu lagi tinggal dalam keadaan daif. --Bernama
Berita Berkaitan
Sultan Yang Benar-benar Berjiwa Rakyat Ditemui Di Kelantan
Ulasan GB
Perhatikan, mencemar duli duduk bersimpuh bersama rakyat di rumahnya tanpa memakai pakaian kebesaran. Mana nak jumpa Sultan sebegini di negara ini? Hanya di Kelantan.
Tanpa niat menderhaka mana-mana raja atau sultan, namun Sultan Kelantan ternyata tak seperti adanya sesetengah sultan (dengan maaf) yang angkuh sehingga ada yang bertindak jauh menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Sultan Kelantan inilah yang bakal menyelamatkan institusi raja Melayu dihantar ke muzium seperti yang dibimbangkan oleh Sultan Perak sebelum ini.
GB dah berpesan sebelum ini di sini:
Petikan:

Namun, jika benar Tuanku mengikut hati bukan akal, ertinya Tuanku sendiri menumbangkan institusi raja - jangan disesal beban menjalar, jangan disalahkan ibu mengandung lantaran dilahirkan dari kerabat diraja kerana mengalihkan istitusi raja ke muzium seperti yang diminta.
Subhanallah semoga allah lanjutkan usia tuanku.
BalasPadamdaulat tuanku,semuga ALLAH lanjutkan usia dalam keadaan barakah.
BalasPadamDalam Islam hanya ada Khalifah..sahabat nabi taraf pemimpin paling tinggi dan gelarannya bukan seorang sultan!!
BalasPadamDAULAT TUANKU !
BalasPadamTAKBIR.... DAULAT TUAKU, SEMOGA ALLAH LANJUT KAN USIA UNTUK MEMERINTAH KELANTAN BERTERAS KAN AJARAN ISLAM SEBAGAIMANA NABI MUHAMAD S.A.W YANG BERPANDU KAN AL QURAN .
BalasPadamMarilah kita sama-sama mengubah negara Malaysia bersama-sama tuanku.
BalasPadam