7 Jul 2015

PAS Kini Hanya Untuk Ulama, Bukan Lagi Pas For All..

Tidak ada rekonsilisasi lagi dalam PAS, berpatah arang berkerat rotan

Selepas sebulan berlalu muktamar tahunan PAS yang penuh pecah belah, harapan untuk penyatuan semula atau rekonsilisasi antara puak progresif dan ulama sudah terpadam, bahkan sudah menjadi perumpamaan 'berpatah arang, berkerat rotan'.

Bukan sahaja pihak yang kalah, malah pihak yang menang juga, masing-masing kini membawa diri mengikut jalan sendiri.

"Dahulu ketika mula-mula perpecahan berlaku, saya menjangkakan rekonsilisasi boleh berlaku antara yang menang dan yang kalah tetapi ia tidak begitu.

"Masing-masing sudah mengambil jalan masing-masing," kata pengkaji politik dari Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.

Menurut bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu, sikap pihak yang menang dalam PAS sudah tidak menampakkan usaha untuk membawa pihak yang tewas pulang semula, kerana mereka dianggap 'sudah mati'.

Ekoran itu, katanya, pihak yang kalah tidak ada jalan lain melainkan menubuhkan parti baru sebagai satu pilihan terbaik berbanding beberapa pilihan lain, termasuk menyertai parti yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP
.

"Mereka dianggap sudah mati oleh PAS. Takkan mereka (yang terpinggir) nak jaga cucu sahaja selepas ini," kata beliau merujuk kepada sikap pimpinan baharu PAS terhadap bekas pimpinan yang tewas.

Pada pemilihan parti awal Jun lalu, golongan ulama menyapu bersih semua jawatan dalam jawatankuasa PAS Pusat, menumpaskan semua calon dari puak progresif, dengan memenangi 22 daripada 23 jawatan yang dipertandingkan.

Susulan itu, kumpulan yang tewas bersatu membentuk kumpulan yang kini dikenali sebagai G18 dan pemimpinnya menonjolkan diri sebagai mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, mulai semalam, kumpulan itu berkata ia kini mahu dikenali sebagai “Gerakan Harapan Baru”.

Sementara itu, salah seorang pelopor gerakan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kedua-dua pihak kini sudah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik kembali.

"Mereka terlalu sombong dan angkuh. Keadaan sekarang umpama berpatah arang berkerat rotan. Hanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti sahaja yang akan menyedarkan mereka," kata bekas timbalan pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Wan Rahim meramalkan, berdasarkan simulasi yang dibuat pihaknya, jika 10% sahaja sokongan lari dari parti itu, PAS akan kalah teruk, termasuk kehilangan kerajaan negeri Kelantan dalam PRU14 kelak.

Wan Rahim yang memimpin PAS kawasan Kota Baru sejak sekian lama juga meramalkan, nasib parti baharu yang bakal dibentuk mereka juga tidak sebaik mana selepas berpisah dari PAS, namun mereka mempunyai kelebihan berbanding parti lama mereka.

"Kelebihan kita adalah bersama dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang dibentuk. Jadi, saling tumpang menumpang ini memberikan kelebihan kepada kita, terutama di pantai barat," katanya.

Harapan terbesar parti baru ini terletak pada kerusi campuran yang sebelum ini ditandingi PAS.

"Kerusi yang mempunyai komposisi Melayu tidak sampai 50% adalah tunggak utama kita untuk menang, di samping kerusi yang mempunyai komposisi bukan Melayu yang melebihi 20%," katanya. –TMI

ULASAN GB

Semalam GB sudah nyatakan. Petikan:

Pakatan 2.0 tidak perlu lagi menghiraukan PAS.

Kerana PAS mahu pilih jalannya sendiri - menuruti jejak langkah UMNO yang berjuang di atas dasar assabiyah. Rujuk: [VIDEO] UMNO & PAS Kini Berlumba Untuk Jadi Juara Rasisma

PAS seperti telah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP. Menuduh DAP sebagai "cauvinis" walhal empat jari menunjuk kepada diri sendiri...

Malah salah seorang AJK Pusat nya menyatakan: .


Kenyataan di atas itu BUKTI nyata mereka ingin sendirian, mereka tidak mampu dan tidak berupaya untuk bersama dengan orang lain lantaran kejumudan mereka. Saranan Ketua Ulamak Sedunia, Yusof Al-Qardhawi yang menyuruh tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan hudud, itu sendiri pun mereka bantah.

Perbuatan pimpinan PAS memfitnah dan memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur seperti Jebon, Anwarinas, tolol dan seumpamanya menunjukkan mereka adalah golongan jumud dan tertutup.

Perbuatan menghina ahli sendiri...menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang bukan Islam... Adakah ini sebuah parti yang dikatakan Islam?

Justeru itu biarlah mereka menyalak sendirian, kabilah Pakatan 2.0 perlu berjalan terus untuk tumbangkan BN.


12 ulasan:

  1. Bro, Silap. pas bukan untuk ulama,tetapi untuk "ulama pas suci mulia berilmu tinggi"

    BalasPadam
  2. Sudah sudah tak payah cerita pasal pas pis pus

    Pas dah arwah...

    Hadi minta bukti tudunan Najib

    Aik masa Anwar kena jail tak pulak hadi minta bukti... Dendam ayoh Ping marang kpd Anwar mcm dendam Ibrahim katak kpd Anwar..

    Nak bela Najib mcm haram djin... Tengok gambar Najib main atas kapal layar dgn jolok dan putera as saud dah kluar...

    Kih kih kihhb betul kata firaun bahawa Najib menipu

    BalasPadam
  3. Yang memang ulama PAS mulia...MULIA? ULAMA PAS...
    1-Suka terjerit-jerit spt dalam muktamar macam orang gila.
    2-Suka mencerca, memaki hamun org lain dengan berbagai gelaran tak ubah perangai SYIAH.
    3- suka menyokong musuh, sama seperti Harun Din sokong Najib dan PAS sokong UMNO.
    4- janji TAK TEPATI...munafik. Janji dalam PR tapi PAS "buka" ikatan PR atas alasan kena buli, hudud dsb agenda konon; semua sebab satu iaitu PAS DAN NAK KAWIN DGN UMNO.
    5- Ulama-ulama PAS nampak semakin "materialistik"
    6-Kelakuan ulama-ulama PAS lebih buruk lagi dgn cina kafir DAP. Mereka tak ubah seperti SAMSENG KAMPUNG DUSUN. Ada yg nak "menyiku" atau "melututkan" musuh, dan adakah ayat begini sesuai dikeluarkan dalam Muktamar. Ini ayat samseng dan bahasa PELACUR !

    Berslogankan nak bawa HUDUD, PAS tipu satu Malaysia. Sebenarnya PAS tahu bhw PAS belum mampu bawa hudud kerana belum menawan Putrajaya TETAPI PAS termakan hasutan UMNO utk pecahbelahkan Pakatan. (Berapa juta Ku Nan bagi kat kamu, tolong bagitau?" Sekarang, perkataan HUDUD pun dah hilang...kenapa? Kerana HUDUD adalah mainan Ulama PAS BUKANNYA apa yg DIPERJUANGKAN PAS.

    ULAMA PAS BERBOGEL walaupun hakikatnya berjubah. Jubah pakaian sunnah TAPI kelakuan orang yg memakai jubah itu amat TERKUTUK !

    AURA ULAMA pada Harun Din pun dah hilang, wajah berserinya juga "sudah ditarik balik" oleh Yang Maha Kuasa. Mungkin sebab cinta dunianya sekarang melebihi cintakan ukhrawi. Harun Din bukan lagi ULAMA sekarang.

    Aduh, aku tak larat nak taip....banyak lagi fakta...

    BalasPadam
  4. mereka ni lupa ke tentang ayat yang mneyatakan jangan kita tersa nak skong pun peminpin yang zalaim nanti kita akan disambar api nereka,takakan mereka ni tak sedar kot,Najib tu peminpin zalin,tindas rakyat.aku tak redha aku kena GST wahai hadi dan haron weh

    BalasPadam
  5. Mereka bukan ikut ayat alquran pun.pandai baca je pastu jdikan modal ceramah sana sini.mrk xlayak pun digelar ulamak.hanya layak dgelar walaon=malaun

    BalasPadam
  6. MANA AZMIN?

    siri jelajah mencari Azmin...

    BalasPadam
  7. Pas sememangnya tidak mengharapkan profesional dan progresif kembali ke pangkuan untuk menguatkan parti. Bagi Pas, mereka sudah terlalu kuat kerana barisan pimpinan mereka adalah golongan ulama. Pas adalah parti Islam yang seharusnya dipimpin oleh barisan ulama. Itu hanya tanggapan mereka, kerana ulama tidak dapat mempakari semua bidang. Dalam kepimpinan mereka, tidak ada seorang pun yang pakar ekonomi, atau kewangan atau perhubungan antarabangsa, melainkan ramai yang pakar dalam syar'iyah dan usuludin sahaja. Tukarkan sahaja slogan "Pas For All" kepada "Pas For All Ulama".

    Pas hanyalah wadah politik. Pas bukannya agama. Keluar dari Pas bukan bermakna keluar Islam. Golongan profesional yang telah usai disingkirkan melalui Muktamar 2015 adalah aset negara. Rakyat Malaysia memerlukan kaliber mereka dalam mewarnai senerio politik negara. G18 yang tersingkir adalah pejuang-pejuang yang sudah terbiasa dengan denyut nadi penderitaan rakyat. Golongan ulama Pas tidak akan mampu menyelami masalah rakyat melainkan lantang memberikan ceramah-ceramah yang berapi-api, namun penyelesaian kepada tiada. Pas berjaya melahirkan pemidato-pemidato yang hebat, tetapi gagal menampilkan pemimpin yang hebat membantu rakyat.

    Barangkali situasi berpatah arang dan berkerat rotan antara pemimpin-pemimpin Pas yang menang dengan calon-calon yang kalah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Malaysia tidak sesuai lagi dengan pemimpin-pemimpin yang pidato-pidatonya bombastik. Sebaliknya Malaysia memerlukan pemimpin yang pidatonya seiring dengan aktiviti-aktiviti membantu rakyat. Rakyat Malaysia memerlukan barisan pemimpin-pemimpin pembangkang yang mampu merehatkan Umno / Barisan Nasional melalui PRU 14.

    BalasPadam
  8. betul ke mereka tu ulamak.. perangai tk mcm ulamak pun.. memalukan Islam dan melayu ada la..

    BalasPadam
  9. Orang Orang BAHALOL tidak akan kemana mana pon.

    Obama pon mula di Kenya ke Indonesia ke Hawaii dan terus ke Chicago dan Washington DC

    Kalau sudah Bahalol dari sana akhirnya ke aana jugak

    Macam mana nak maju

    Serban Kopiah pon buatan China kot

    Serban Kopiah saja sudah jalan jalan ber hijrah tapi pemakai nya tetap BAKUL

    Bodoh lah jika ada pengikut tak guna Otak Akal yang ALLAH SWT bagi

    BalasPadam
  10. Ramai pemimpin PAS yang ada dalam kumpulan ulamak boleh dikatakan tidak berhati perut dan buta hati kalau menyokong UMNO apatah lagi kalau bersekongkol dengan UMNO. Berapa ramai pemimpin dan ahli PAS yang telah dizalimi oleh kerajaan UMNo? Ada yang dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja, rumah diroboh, bantuan disekat, surau diroboh, ada yang dipenjara dan ada juga yang dibunuh!!. Tiba-tiba datang pemimpin-pemimpin tak sedarkan diri ini mengambilalih parti dan semua itu dilupakan. Teringat saya akan Almarhum Datuk Ishak Baharum yang diberhentikan oleh Kerajaan UMNo Selangor semata-mata kerana menjalankan tugasnya!!Sudah tiba masanya masyarakat menilai semula pemberian gelaran kepada orang-orang yang berpendidikan ugama. Jangan sewenang-wenangnya mengelar orang ustaz, tuan guru dan ulamak.Kalau setakat ada ijazah pertama memadailah dipanggil Encik sahaja.

    BalasPadam
  11. no more PAS FOR ALL

    hanya tinggal PAS FOR ULL (ullamak)

    BalasPadam
  12. Tukang hukum tukang lebel mana boleh bergaul dengan orang lebih2 lagi dengan bukan islam..mcm mana mau dakwah.... ini bukan rahmat tapi bala...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.