7 Jul 2015

Nakhaei Sindir Hadi & PAS: Hanya PAS Boleh Selamatkan UMNO Melalui UG...

Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno, kata bekas pemimpin

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG).

"Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang.


"Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan.

Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Semalam, Sarawak Report pula mendedahkan gambar Najib bersama seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan keluarganya bercuti di atas kapal mewah.

Pada masa yang sama, PAS juga diambang perpecahan selepas kumpulan yang disingkirkan dari pucuk kepimpinannya baru-baru ini sedang merangka pembentukan parti baharu.

Pemimpin utama PAS pula sering dilihat membela Najib dalam banyak hal termasuk pendedahan media antarabangsa WSJ.


Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Namun begitu, pada Ogos 2014, Nakhaie yang pernah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertindak keluar Umno.


Selepas Mursyidul Am PAS, giliran Hadi pula bela Najib

Selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, giliran Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan perdana menteri bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya mestilah dikemukakan saksi.

Presiden PAS itu berkata, ini sama sahaja seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil," kata Hadi merujuk kepada laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan berbilion ringgit wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani Online di Kota Baru, Kelantan mengulas kenyataan Haron pada Ahad yang mempertahankan Najib daripada skandal terkini seperti didedahkan WSJ.

Haron sebelum ini dilaporkan menyifatkan dakwaan WSJ sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu sambil mengatakan, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, akaun sulit akan digunakan dan bukannya akaun peribadi.

Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan laporan WSJ berhubung dokumen siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap syarikat sarat hutang yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 dan 2015.

Najib menafikan dakwaan itu dan menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai dalang di belakang pendedahan tersebut.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Sabtu mengatakan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Gani turut mendedahkan, pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Najib, dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu.

Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.
-TMI


ULASAN GB

Nakhaei dah duduk dalam UMNO, kemudian mungkin dia tak tahan dengan "busuknya" tong najis itu. Lantas beliau keluar UMNO pada 2014.

Rupa-rupanya beliau masih mengikuti perkembangan PAS. Dia tahu mengenai UG. Justeru itu dia menyatakan "Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang!"

Kebetulan pula hari ini Hadi buat kenyataan yang seolah-olah mempertahankan Najib di dalam isu WSJ... perlu ada 4 saksi, katanya.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil,"

Setiausaha Politik Hj Hadi, Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar pula cuba menafikan tajuk Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) "Like Anwar, the must be four witnesses for Najib".

Berdasarkan kenyataan Haji Hadi, GB tidak nampak apa-apa kesalahan pun di dalam tajuk malaysiakini itu.

Malah ramai juga mempersoalkan kenyataan haji Hadi itu, semasa membuat tuduhan pil kuda dan kominis dahulu, ada tak Haji Hadi kemukakan empat orang saksi?


Walaupun kes itu telah selesai dengan kemenangan di pihak Haji Hadi, namun ia tetap telah menjatuhkan reputasi Haji Hadi dimana hakim mahkamah tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa menyatakan "Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah..."

26 ulasan:

  1. Pemimpin yang bodoh lahir dari pemilihan ahli yg berfikiran teramat bodoh. "Bodoh ada makne tu....."

    BalasPadam
  2. Salam gb
    Slmt ber ug ug wahai pas..ni kn ke kehendak sume perwakilan muktamar ari tu

    BalasPadam
  3. Haji Hadi ada penyakit.

    Penyakit, yang Allah SWT berikan kepada pemimpin Islam yang buta kebenaran.

    BalasPadam
  4. Bukan pas for all....skrg pas for ghanimah

    BalasPadam

  5. Malang sungguh PAS Mempunyai 2 ulamak yg di kira maksum oleh ahli2 taksubnya.


    Bila Haron Din di ajukan soalan masaalah Najib, jawapan yg diberikan:

    1.Takkan Najib nak simpan berbilion dalam bank tempatan,kenapa tak simpan diluar tempat rahsia///.

    sebab-sebab-nya:
    a/Najib rasa selamat simpan di Malaysia, dia boleh control semua orng di Malaysia ini.Dia PM,Dia menteri keewangan.b/Bila duit berada dalam negeri,senang CASH out,senang HULUR kat ketua bahagian,yg PENTING PR13 Dapat rasuah rakyat dgn cepat.
    2. Tak logik betullah takkan Najib buat??
    a/Penyamun,perompak,orng2 jahat memanglah buat benda yg tak logik.
    statement hadi:
    3. "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil,"

    a/Sejak bila haji hadi prihatin dgn Anwar???, anwar dibicara dimahkamah sivil, mana ada 4 orng saksi.hanya saiful sahaja jadi saksi.Proceeding mahkamah tunggang -terbalik.Bila anwar nak ka mahkamah shariah tak dapat.
    b/Saksi-saksi utuk najib ramai, lebih dari 4 orang: WSJ,AG,IGP,BNM, kalau sesiapa ikut temuramah CNBC, rasa2 million orng dah menonton.


    DALAM SOAL INI KENAPALAH KE DUA-DUA PEMIMPIN INI, TAK TANYA NAJIB, CONFIRM TAK ACCOUNT NO NI NAJIB PUNYA??? kenapa BNM dan AMBANK membisu.Kenapa mereka tak menafikan.Haron dan hadi tak terfikir kah kamu nak tanya AG, Sebab AG mengaku dia ada document itu.

    MACAMALAH NAK MEMIMPIN MALAYSIA,Benda-benda yg simple pun tak boleh fikir.No wonder PAS akan bercelaru selagi mereka ini menguasai PAS, manakala TITM,ust Idris tak tegur pun pemimpin ini.

    ada persamaan CASE ini dgn Al-Tantuya.
    Tanya lain jawab lain//:Najib diberitakan ada scandal dgn al-tantuya, gambarnya sdg dinner di PARIS ada bersama kawan al-tantuya,di mahkamah kawannya beritahu pernah tenguk gambar najib dgn altantuya, tapi hakim tak bagi dia buat statement.Bila rakyat tanya najib betul ka najib ada scandal dgn al-tantuya???
    Apa jawapan najib: saya tak kenal altantuya. saya dah bersumpah di mesjd,saya tak kenal al-tuya.....

    Tentang issue accont:Orang tanya betul ka acconut datok sri..blaa..blaa di ambank???:Najib jawab: Tak kanlah saya nak simpan duit sebanyak itu di Malaysia, Haron din pun kata tak logik.

    SUNATULLAH ALLAH BERJALAN, dgn cara kita tidak sedari.

    BalasPadam
  6. mahkamah tak kesian ke kt hadi denagn mengatakan itu hanya fitnah,kan dalam islam fitnah itu lebih teruk dari membunuh,takakn hadi tak tahu ,kesian dia.mamai dengan pil kuda,

    BalasPadam
  7. kesian pada mereka yang mengaku ulamk ,hadi dikatan ulamak dunia lagi,malu nya kita ada hularmak seperti ini.dia tak sedar e apa yang sedang berlaku di malysia ni? mereka ni berada di mana yer?.munkin dia dalam khayal di kahyalkan oleh jin.menyampahnay aku bila tenguk muka merka ni,tak tahu mengapa.

    BalasPadam
  8. Pasti ada HABUAN dari 42 BILION tu

    Kalau tangan KOSONG SAJA tak mungkin ulamak ulamak PAS sanggop memBODOH kan diri mereka

    Tak mungkin Pemimpin PAS BODOH tahap BERUK.

    BalasPadam
  9. ada sapa-sapa kat sini teringat Hussain Ahmad Najadi, Pengasas bank arab mati ditembak 2013 dulu?

    BalasPadam
  10. AmBank significant events.

    March 21st 2013. CheatKor AmBank account received a deposit of USD620millions.

    March 22nd 2013. AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Malaysia that a significant amount of money was deposited into CheatKor personal account.

    March 25th 2013. CheatKor AmBank account received a deposit of USD60millions.

    March 26th 2013. AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Malaysia that a significant amount of money was deposited into CheatKor personal account.

    May 5th 2013. Malaysia General Election.

    Every Month AmBank reported to BNM that significant amount of money was withdrawn from the CheatKor account.

    28th July 2013. AmBank founder went to file a police report on the matter above due to BNM non action.

    29th July 2013. AmBank founder Hussain Ahmad was shot dead in a car park.

    30th Aug 2013. All CheatKor accounts in AmBank was closed and money transfer overseas.

    Sept 2013. At AmBank all IT department heads was sack and replaced.

    http://video.cnbc.com/gallery/?video=3000393721

    BalasPadam
  11. Kerana duit,manusia sanggup jual agama....jgnla pas nk cakap pasal hudud...buat modal je hudud tu...walaon malaon bolehla percaya.rakyat biasa soryyla.next pru babaila pas duduk kat dlm utan buat negeri sendiri.kahkahkah

    BalasPadam
  12. Dengan berUG, tuang presdeng boleh menggantikan bajib sebagai PM. Harun Din boleh dicalonkan sebagai TPM. Pas akan untung berganda kerana hudud dapat dilaksanakan.

    BalasPadam


  13. Mengapa?

    MENGAPA & kenapa??

    Mengapa org2 umno pon nampak senyap aje???

    Kenapa org2 umno TAK sebut pon soal logik @ TAK logik????



    TUP-tup!

    MENGAPA tiba2 ularrrmak siku-LUTOT mmbela PM sesumpah rak-bagai nak gila?

    Kenapa ularrmak si-bapakFITNAH meroyan tahap GABAN bercakap pasal 4 org saksi??

    BUKAN..bukankah disebalik sgl "FITNAH" itu tersembunyi umpan-BANGKAI-songlap-RASUAH???

    LOGIK...logik kah silebai kopiah-SORBAN-jubah telah pon menelan BANGKAI-songlap-RASUAH????



    SEMOGA

    Semoga CAHAYA

    Semoga CAHAYA maha7TERANG akan bnar7MENYULOH dgn seterang2nya akan sgl rahsia disebalik FITNAH pilKuda yg sgt2 hampir sblum pru-13 itu..



    2013

    pru-13

    Akaun duit masuk pon 2013?

    FITNAH pilKuda pon 2013 juga??

    WATIKAH 3penjuru pon sarat trjd 2013???

    Mintak Tengku Razaligh jd PM pon Pru-13 jugak????



    Oh! TUHAN..

    "Rabbana ma holakta haza BATIILA.."

    ..."ariinal haqqa-HAQQAN.."

    Berikan lah kami sbnr7CAHAYA utk mmbuka sgl makna/ERTI/definasi "RAHSIA" ddlm hidup ini..

    BalasPadam


  14. Mengapa?

    MENGAPA & kenapa??

    Mengapa org2 umno pon nampak senyap aje???

    Kenapa org2 umno TAK sebut pon soal logik @ TAK logik????



    TUP-tup!

    MENGAPA tiba2 ularrrmak siku-LUTOT mmbela PM sesumpah rak-bagai nak gila?

    Kenapa ularrmak si-bapakFITNAH meroyan tahap GABAN bercakap pasal 4 org saksi??

    BUKAN..bukankah disebalik sgl "FITNAH" itu tersembunyi umpan-BANGKAI-songlap-RASUAH???

    LOGIK...logik kah silebai kopiah-SORBAN-jubah telah pon menelan BANGKAI-songlap-RASUAH????



    SEMOGA

    Semoga CAHAYA

    Semoga CAHAYA maha7TERANG akan bnar7MENYULOH dgn seterang2nya akan sgl rahsia disebalik FITNAH pilKuda yg sgt2 hampir sblum pru-13 itu..



    2013

    pru-13

    Akaun duit masuk pon 2013?

    FITNAH pilKuda pon 2013 juga??

    WATIKAH 3penjuru pon sarat trjd 2013???

    Mintak Tengku Razaligh jd PM pon Pru-13 jugak????



    Oh! TUHAN..

    "Rabbana ma holakta haza BATIILA.."

    ..."ariinal haqqa-HAQQAN.."

    Berikan lah kami sbnr7CAHAYA utk mmbuka sgl makna/ERTI/definasi "RAHSIA" ddlm hidup ini..

    BalasPadam
  15. Wah seronok betul kita dihiburkan dengan lawak kelas tinggi abd hadi dan haron din. Oleh kerana sekarang mereka rapat betul dengan najib. Tak kan tak boleh telefon dan tanya sendiri. "Betul ke akaun tu atas nama kau jib? Aku dengar ambank pun tak nafikan'

    Kalau jib jawab atau tidak pertanyaan itu, pasti abd hadi sebagai ulamak boleh buat keputusan sendiri. Buat masa ni tak sesuai nak memandai2 membela najib dalam keadaan tak tentu hujung pangkal.

    Tak tau nak kata apa dah kelaku abd hadi ni. Orang2 baik makin jauh dengan najib, dia pula makin dekat dan membela pula manusia ni.

    Agak2 rasanya sekarang ni geng2 najib dah siap2 tak nak cabut lari. Cuba cek tengok ada ke puak2 ni dah beli tiket. Tak kan tak ada anggota imigresen kita yang ikhlas dan luhur boleh memantau puak2 ni. Cek semua pintu keluar masuk semua saluran darat, laut dan udara.

    Ingat. Kalau geng2 ni terlepas, mereka bakal jadi jutawan mendadak. Duit simpanan berpuluh2 bilion tu pulak dah jadi berlipat2 banyaknya kerana kenaikan nilai dollar. Mana2 bank2 mafia tak akan layan negara mana pun yang datang merayu2 nak tuntut balik duit tu. Walau pun bank itu tahu ini duit hasil keringat dan darah rakyat yang teraniaya, bank2 tersebut tidak akan sekali2 memulangkannya kepada yang berhak. Mereka tetap beriman teguh kepada kitab kapitalis sampai habis umur dunia..

    Maka ketahuilah wahai abd hadi. Umur kamu yang ada sekarang hanyalah subsidi Allah taala semata2. Jangan sia2kan usia emas ini. Agar kamu mengambil peringatan bahawa tiap2 manusia ada karuniaNya yang paling bernilai yakni akal. Gunakan akal kamu wahai abd hadi. Jangan sekali2 kamu membela pemimpin2 bermasalah. Berilah nasihat semata2, " Jib, hati2. Jangan buat hal yang Allah tak suka. Tak elok kalau betul kau sapu duit negara dan simpan atas nama kau. Berdosa jib. Aku ni nak berkawan dengan kau. Kalau kau tak betul, nanti aku juga kena tempias"

    Ini kita baru diperdengarkan pula saranan dari husam musa. Dia suruh pakdin pi mengadap agong. Minta ambil alih kuasa ganti najib. Bang husam yang kita tahu tenggelam dan tidur panjang apahal pula kautim dengan pakdin ni? Walaupun bang husanm tak pernah hadir program G18, kami anggap reputasi bang husam sangat cemerlang. Seboleh2nya jangan buat keputusan sendiri kacau daun hal2 bn ni.

    Pakdin orang bersih. Dia tak ada kawan baik2 dalam kabinet nak pikul balak2 besar tu. Nanti kalau dah jadi ketua dia kena bertanggung jawab dengan perbuatan geng2 najib. Ini betul2 kes naya. Silap2 pakdin kena jadi pak sanggup.

    Bang husam. Tak payah pedulikan masalah bn ye. Kalau sapa pun naik memimpin bn, semuanya sama sahaja kelakunya. Biarkan sahaja isu2 ini berjalan sampai tamat kisahnya. Rakyat nak tengok ramai2 apa kesudahannya.

    Nanti sampai masanya rakyat betul2 lapar dan terjerut dengan bermacam2 masalah kewangan, bang husam tengoklah sendiri apa bakal terjadi. Sama2 kita saksikan ye bang...

    BalasPadam
  16. Nakhaei memang tahu mengenai UG dan kemungkinan kerana sebab UG lah Nakhaei keluar dari UMNO. Nakhaei masuk UMNO sorang-sorang tapi Hj Hadi masuk UMNO dengan parti-parti sekali dia bawak.

    Apa pun ayat-ayat 'sama-sama kongsi ghanimah' ini bukan datang dari pro profesional tetapi dari bekas ahli PAS-UMNO.

    Sekurang-kurang Nakhaie kembali ke pengakalan jalan dalam usia begini.

    BalasPadam
  17. Dulu aku respek haron din sbb dikatakan hebat begitu begini....rupanya hampeh...sama taraf ahmad maslan jugak...nyesai aku sokong pas dulu....skrg dan selamanya aku xkan pangkah pas lg dah....aku benci sgt kalo jumpe rase nk ludah2 je pemimpin pas ug ni..br aku tau betapa marahnye nik aziz smpi sanggup kata nk ludah sesiapa ckp pasal ug...mmg btl pun, jijik sgt pemimpin pas ug ni....niz aziz satu2 nya pemimpin paling aku hormati....kalau nik abduh-mcm org bodoh.hahahaha

    BalasPadam
  18. KO Najib dengan PAS sekali ikut KO.

    Bank dah beku 3 akaun dan sepatutnya bukan akaun bank saja yang dibeku tapi paspot Najib dan Rosmah juga di rampas.

    Gerentilah bila dengar ura-ura paspot nak kena rampas, Najib mesti letak jawatan lah.

    Yang sama taraf otak nya ialah perwakilan UMNO dengan perwakilan PAS. Dua-dua pertahan Presiden yang bermasalah. Kita tunggu pulak Barisan 2.0 HAHAHA !!

    BalasPadam
  19. UG? Ya. Dengar harapan Umno boleh sokong hudud. Itu sahaja yang PAS mahu. Jika PAS konservatif bergabung dengan Umno ini yang akan berlaku:
    1. Separuh ahli PAS akan keluar dan separuh ahli Umno pun akan keluar parti.
    2. Berlaku perebutan kerusi dalam PU. Ingat apa yang berlaku antara PAS dan PKR dam PU13? Perkara yang sama akan berlaku antara PAS dan Umno.
    3. PAS akan kongkong Umno. Pasti PAS mahukan lebih dari hudud. PAS akan ke arah talibanisma. Umno kecut perut.
    4. Bukan Melayu tidak akan sokong Umno lagi. Percaturan politik di Sabah dan Sarawak akan berubah. Tidak memihak kepada Umno lagi.
    5. Sebenar PAS sekarang sudah menjadi duri dalam daging bagi mana parti politik. Dan nampaknya PAS yang sudah ke zaman lampau akan disingkir rakyat Malaysia.

    BalasPadam

  20. MSU akan bermesyuarat lepas raya samada nak terima laporan WSJ itu atau tidak.

    Sementara itu MSU akan terus bersama jibby.

    Orang ramai diminta jgn gelojoh. nanti tenggelam.

    Contoh Trengganu n Kedah dah terlepas pasai tak ikut nasihat n wala.

    BalasPadam
  21. hari tu hadi kata najib tk seteruk firaun... maknanya hanya firaun kecil la

    hari ni hadi kata kes najib mesti dikira mcm kes anwar, kena ada 4 saksi... huh pedih najib fikir hadi ni sokong ke atau hentam aku.

    mesti najib fikir hari tu aku penjarakan anwar tkde 4 saksi pun, yg ada saksi hanyalah bontot saifool yg tidak berbasuh dan seluar dalam melekit.

    sah hadi perli aku ni kata najib.

    hahahaha

    agaknya hadi nk ada 4 saksi duit tu dimasukkan ke akaun najib. saksi yg tidak fasik dan melihat duit itu masuk mcm btg celak masuk ke lubang celak.

    ni kes kewangan la hadi. dokumen2 sah boleh menjadi saksi dan individu terlibat tentunya lebih ramai dpd 4 org. tunggulah sikit masa lagi, jika masuk mahkamah ramai akan dipanggil jadi saksi. kes ini terlibat ramai pihak dan dokumen.

    jgn sokong lebih2 sangat nnti sama2 rebah.

    ghanimah tak dapat nnti jadi hj misai kontot 20 % pulak. kena lelong murah2.

    BalasPadam
  22. ahli pas tak rasa malu ka dgn pendirian tghh dan harun djin terhadap najib? klu setakat menasihati najib kira ok lagi tapi ni dok sokong bulat2 najib sedangkan 1malaysia dah nak nyahkan najib

    BalasPadam
  23. Terserlah bodoh dan biol hadi dan harun...tu je aku blh komen..

    BalasPadam
  24. Aku setuju dengan pendapat July 8, 2015 12:08 AM di atas.

    Ini kes berkaitan kewangan bukan berkaitan seks yang memerlukan 4 orang saksi yang benar. Pada zaman sekarang ini, orang transfer wang tanpa perlu melalui orang tengah. Ada nombor akaun, dah boleh transfer wang dari akaun ke akaun lain dengan adanya teknologi komputer sekarang ini. Malah RASUAH pun boleh berlaku melalui transfer akaun tanpa perlu jumpa orang dimana-mana tempat dan ambil wang di bawah meja seperti zaman dahulu.

    BalasPadam



  25. Kapten kapal PAS datang untuk menyelamatkan kapal lanun UMNO.

    Memang tepat lah keputusan mereka yang kalah kerana cai meninggalkan kapal sebab tak bersetuju dengan kapten kapal.

    Hj Hadi kata sikap yang baik kita sokong tetapi Hj Hadi sendiri yang menyebut perlu mengemukakan saksi yang kemudian dinafikan pulak oleh Setiausaha Politik sendiri.

    Kes ini tak perlu saksi atau siasat ke hulu ke hilir. Jumlah duit dalam akaun Najib dalam bank yang tak munasabah banyak nya sudah cukup heret Najib ke Bukit Aman. Mana datang nya duit tersebut? Jadi tidak masuk akal kalau siasatan nak mengesahkan samada lapuran tersebut palsu atau betul.

    Kerja petugas siasatan ialah terus mengumpul bukti, 'bukan mengumpul bukti' seperti kes liwat. Kalau siasatan tidak dijalankan dengan tulus dan adil, yang kena dakwa ialah kerani bank kerana cuai semasa melakukan transaction.

    Berbalik kepada PAS sebagai penyelamat UMNO samalah jugak dengan UMNO yang telah menguna kan dubur menyelamatkan UMNO !!. Kalau sehina-hina sialfool sebab dubur je tapi sehina-hina PAS kerana agama nya !! Mana letaknya taraf dan nilai agama PAS sekarang ?

    Kepada Allah kita kembalikan.


    BalasPadam
  26. Saya cadangkan kepada tuan2 semua, bangunkah sebentar di tengah malam untuk solt hajat dan solat istikharah. Mohon Allah beri petunjuk kebenaran. Jangan menulis ikut nafsu yg dikawal oleh syaitan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.