12 Okt 2010

Hanya Negara Afrika Turut Serta Sidang Wanita Pertama?

Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang?

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Jangan Biarkan Lebih Ramai Terkorban

Usah biar lebih ramai terkorban Oleh Ratinawati Rasidi(BH)



SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya.

Adakah perlu untuk kita melihat lebih ramai lagi terkorban dek kelewatan melaksanakan apa juga bentuk peraturan dan polisi. Kerajaan berusaha sedaya mungkin memperkenalkan peraturan mahupun jalan penyelesaian, tetapi adakah ia memadai? Sejauh manakah semua peraturan itu benar-benar difahami dan diamalkan. Adakah perlu kita gunakan alat perakam maklumat seperti kotak hitam atau menguatkuasakan penggunaan had kelajuan kenderaan untuk memantau sikap pemandu.

Tidakkah semua ini dilihat umpama memantau kanak-kanak yang belum mampu mengerti apa itu bahaya, mahupun kematian. Berapa banyak lagi akta atau peraturan yang perlu kita perkenalkan semata-mata memantau pelakuan pemandu atau pihak berwajib bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang.

Baru kelmarin kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 penumpang bas, kereta, van dan seorang penunggang motosikal.

Ops sikap ke-22 lalu mencatatkan 16,817 kemalangan berlaku dan angka ini sudah cukup membuktikan betapa pengguna jalan raya kurang mengambil iktibar daripada setiap kemalangan yang berlaku. Benar ia dilaporkan menurun 9.5 peratus, berbanding Ops Sikap ke-21 tetapi kemalangan ngeri tetap berlaku dan ia sebenarnya mampu dikurangkan jika semua pihak bekerjasama.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku tetapi tragedi tetap berlaku atas sebab dan alasan tersendiri. Apa yang pasti, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat secara terperinci kemalangan itu.

“Di negara ini, apabila sudah berlaku kemalangan, baru orang sibuk memperkatakan siapa yang bersalah, ngerinya kemalangan dan punca kemalangan. Sebaliknya, kita gagal mengambil iktibar. Kita tidak pernah mengharapkan semua ini berlaku dan kita tidak mahu pun ia berlaku. Apa yang penting, sudah tiba masanya pengguna bekerjasama dengan kerajaan. Kerajaan tidak mampu bertepuk sebelah tangan dan jangan hanya memandang ia sebagai tragedi,” katanya.

Prof Dr Ahmad yakin sudah tiba masanya semua pengusaha bas mempraktikkan secara keseluruhan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) bagi mengurangkan kemalangan terutama bas ekspres. Kod amalan itu, mencakupi komitmen pengurusan tertinggi syarikat terhadap keselamatan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko dan perjalanan dan pengurusan dokumen pengurusan kenderaan.

SHE tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Kod ini diperkenalkan pada 2007 dan Kabinet memutuskan untuk mewajibkan semua pengusaha kenderaan melaksanakan Kod Amalan SHE.

Mengulas penggunaan Alat Sistem Kedudukan Global (GPS), Prof Dr Ahmad berkata, penggunaan ‘technology in a vacuum’ bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana Kod Amalan SHE dilihat lebih sesuai berbanding kebergantungan terhadap alat elektronik.

Walaupun diperkenalkan tiga tahun lalu, masih ramai pengusaha bas tidak memahami kod amalan SHE, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib lesen. Perkara ini pernah didedahkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Apabila kita ambil keputusan jadikan SHE syarat lesen, rupanya hampir semua syarikat tak faham apa itu jawatankuasa dan polisi SHE, inikan pula nak tubuhkan audit dalaman... mereka tak faham apa patut dibuat. Oleh kerana mereka tidak faham, kita tak dapat kuatkuasakan SHE.

“Jadi, sekarang kita nak beri kefahaman kepada mereka dulu. Justeru, selepas kita selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai SHE, kita akan beri mereka tempoh tiga bulan untuk bangunkan ketiga-tiga elemen ini dan kemudian baru boleh kenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:

R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Timbalan Presiden: Kedudukan Nurul Izzah Masih Tergantung

Senarai Terakhir Pencalonan 30 Cabang PKR Bakal Tentukan Nasib Nurul Izzah

Jika baki 30 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mencalonkan Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti, maka sah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tidak layak merebut jawatan nombor dua itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Molly Cheah memberitahu mStar Online, data lengkap berkaitan pencalonan Nurul Izzah masih tidak diperoleh oleh pihaknya.

Sebaliknya, ia hanya akan diketahui sebaik sahaja kesemua baki 30 cabang parti terbabit menyerahkan senarai pencalonan mereka kepada Ibu Pejabat PKR.

"Saya sendiri tak begitu pasti mengenai kedudukan terkini senarai pencalonan bagi mereka yang layak.

"Setahu saya ada kira-kira 30 cabang lagi yang belum menyerahkan senarai pencalonan," katanya di sini, Selasa.

Molly berkata demikian ketika ditanya mengenai status pencalonan Nurul Izzah bagi bertanding jawatan berkenaan.

Sehingga kini, difahamkan Nurul Izzah hanya menerima satu pencalonan iaitu dari Keningau, Sabah.

Mengulas lanjut, Molly berkata perkara tersebut masih belum dapat dipastikan secara rasmi.

"Saya tak pasti mengenainya kerana kita masih belum terima senarai pencalonan daripada cabang-cabang berkenaan.

"Dalam 30 cabang itu, mungkin ada yang calonkan Nurul Izzah (jawatan Timbalan Presiden) atau mungkin juga tidak... anda kena tunggu senarai rasmi nanti," jelasnya. -mstar


Timbalan presiden: Nurul tunggu notis rasmi pencalonan

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini.

Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menunggu notis rasmi tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan tertinggi parti sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya sedang menunggu kenyataan rasmi dari pejabat pusat tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan-jawatan tertinggi parti.

“Bila keluar kenyataan rasmi barulah keputusan boleh dibuat,” katanya.

Tiga pemimpin sudah mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang masing-masing merupakan naib presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kelmarin Khalid telah mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor dua PKR.

Sebelum ini Nurul Izzah berkata akan mengumumkan pendiriannya kelmarin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.

Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR disebut-sebut akan bertanding kerusi ini, minggu lalu menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing jawatan timbalan presiden. -TMI



Kes Aminulrasyid: 19 Peluru Ditemui, Polis Memang Nak Kasi Budak Itu Mati

19 peluru ditemui di kawasan Aminulrasyid ditembak

SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.

Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.

Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.

Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.

Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.

Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.

Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.

Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.

Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.

Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.

Ulasan GB

19 peluru digunakan untuk menembak seorang remaja 15 tahun!

Tidak ada apa yang dapat menjelaskannya kecuali sememang ia satu modus operandus polis untuk menembak mati "at all costs" remaja berkenaan.

Itulah persepsi rakyat terbanyak.

Pelajar Sekolah Diantara 12 Pencuri Motosikal Yang Ditahan

Curi Motosikal: 12 Termasuk Sembilan Pelajar Sekolah Ditahan Polis

Gambar: Ketua Polis Daerah Yan, DSP Ismail Abu melihat rangka motosikal curi yang ditemui dalam dua sungai berasingan iaitu Sungai Segantang Garam dan hutan paya bakau Sungai Pial semalam, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

YAN: Dua belas orang termasuk sembilan pelajar sebuah sekolah di sini berumur antara 15 dan 21 tahun ditahan polis dalam dua operasi berasingan pada 4 Okt dan semalam kerana mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata dalam operasi Ops Lejang Bersepadu semalam, polis menahan lima suspek, termasuk tiga pelajar sekolah, iaitu dua ditahan di sekolah dan tiga lagi di rumah masing-masing di Singkir Badung di sini.

"Polis telah merampas tiga buah motosikal curi dan sebuah motosikal yang menggunakan komponen yang dicuri manakala polis juga turut merampas empat rangka motosikal dan beberapa komponen yang lain yang telah dibuang ke dalam sungai," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini pada Isnin.

Beliau berkata selepas kelima-lima suspek itu ditahan, mereka telah membawa pasukan polis ke Sungai Segantang Garam dan menunjukkan tempat rangka dan komponen motosikal itu dibuang.

"Semua suspek ini mempunyai pertalian persaudaraan dan rumah mereka juga berdekatan," katanya.

Ismail berkata dalam operasi berasingan iaitu pada 4 Okt lepas, polis telah menahan tujuh suspek termasuk enam masih bersekolah kerana melakukan kes yang sama.

"Mereka juga berasal dari kampung dan sekolah yang sama dengan kes semalam tetapi mereka itu adalah kumpulan yang berbeza.

"Suspek telah membawa pihak polis ke hutan paya bakau Sungai Pial dan polis menjumpai sebuah rangka motosikal di situ," katanya.

Beliau berkata semua suspek direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Dengan tertangkapnya dua kumpulan ini, kita telah menyelesaikan banyak kes kecurian di sekitar daerah ini dan Sungai Petani," katanya. - BERNAMA

Ribut Di Pokok Sena, Beberapa Rumah Dan Kedai Rosak Teruk

20 Rumah, Kedai Makan Rosak Teruk Akibat Ribut Di Pokok Sena

Gambar: Beberapa rakan-rakan pemilik kedai makanan, Abd Ghani Yahya, 52, memotong sebatang pokok yang meranapkan kedai tersebut dalam kejadian angin kencang petang semalam di Kampung Tengah Tualang dekat sini, hari ini. Foto: Bernama

POKOK SENA, 12 Okt (Bernama) -- Sebanyak 20 rumah dan kedai makan di tiga kampung di sini rosak teruk dalam satu kejadian angin kencang dan ribut petang Isnin.

Kejadian yang melibatkan Kampung Tengah Tualang, Kampung Permatang Limau dan Kampung Gulau itu, yang pertama kali terjadi di kawasan tersebut, berlaku kira-kira pukul 5.20 petang semalam, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Saksi kejadian, Loo Boon Wah, 53, berkata pada waktu kejadian dia dan lima rakannya sedang minum di sebuah kedai makan.

Tiba-tiba dia ternampak satu pusaran angin kuat menghala ke kedai makan itu sebelum pokok besar di belakang kedai berkenaan tumbang lalu menghempap kedai tersebut.

"Masa pusaran angin yang pertama datang ranting-ranting kayu jatuh atas bumbung kedai seperti hujan sebelum saya menjerit suruh mereka lari apabila nampak ada pusaran angin kedua yang terlalu kuat sehingga menumbangkan sebatang pokok besar yang berusia kira-kira 300 tahun dan menghempap kedai makan berkenaan.

"Pada masa itu kami tidak dapat menyelamatkan barangan dan kenderaan lain kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya kepada pemberita.

Abu Bakar Said, 49, berkata kejadian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di kampung berkenaan dan tidak menyangka kejadian seperti itu boleh merosakkan kediaman dan kedai makan yang sudah lama dibina di kawasan itu.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Abd Ghani Yahya, 52, berkata dia kerugian RM10,000 apabila kedai makan miliknya ranap dihempap pokok dalam kejadian ribut itu.

Akibat kedai yang ranap, semua peralatan di kedai makan itu rosak dan lima motosikal milik pelanggannya turut mengalami kerosakan yang teruk akibat dihempap serpihan dahan pokok dan bumbung kedai berkenaan.

"Semasa kejadian hanya ada lima pelanggan sahaja dalam kedai dan kebetulan pada masa itu saya pulang ke rumah yang berhampiran dengan kedai," katanya.

-- BERNAMA

"Kencing Tikus" Serang Artis Malaysia

Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"

Gambar: Aaron risau jika dia terkena virus kencing tikus seperti arwah Din Beramboi.

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).

Menurut Aaron, dia telah mengalami demam panas yang teruk selepas pulang daripada penggambaran filem, Endless Day, di hutan Changi, Singapura baru-baru ini.

"Sejak 30 September lalu, saya sibuk dengan penggambaran filem daripada produksi Akanga Films Asia yang memerlukan saya menjadi seorang lelaki yang memiliki semangat harimau.

"Kebanyakan babak memerlukan saya berguling serta merangkak di hutan sampai muka pun kotor-kotor. Saya perlu melalui cabaran itu selama seminggu pada setiap malam.

"Jadi bila pulang ke Kuala Lumpur, saya mengalami demam panas sehingga suhu badan saya mencecah 40 darjah Celsius. Isteri saya terus mengajak saya ke hospital dan terkejut bila mendapat tau saya dikatakan dijangkiti penyakit kencing tikus," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Aaron, ketika doktor memberitahu tentang penyakitnya itu, dia mula risau sekiranya keadaan kesihatan dia menjadi semakin serius.

"Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapatkan rawatan, saya dibenarkan keluar wad pada Sabtu lalu selepas diberi beberapa suntikan antibiotik. Doktor kata, jika saya melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan, berkemungkinan besar penyakit saya boleh jadi lebih teruk.

"Bayangkan ketika penggambaran di Singapura, saya terloncat sana sini di dalam hutan walaupun hujan. Mungkin penyakit saya alami itu berpunca dari sana. Doktor menasihatkan saya untuk rehat selama beberapa hari dan saya diminta untuk mengurangkan apa-apa aktiviti di hutan kerana takut jika penyakit itu datang semula.

"Apa-apa pun, mujurlah pihak produksi tersebut memberi insurans kepada setiap pelakonnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya yang gembira kerana sempat menyambut ulang tahun hari lahir anak sulungnya, Danish yang ke enam pada Ahad lalu.

Sementara itu, Aaron juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang melawatnya di hospital baru-baru ini. -mstar

Perencanaan Najib Akan Terus Gagal..

Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA di sini.

Najib berkata, rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.

Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Najib yang juga Presiden Umno dipetik Bernama.

“Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.

“Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia,” kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Beliau berkata dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif.

Beliau berkata semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global.

“Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia,” katanya.

Najib juga meminta pemimpin MCA, terutama di peringkat akar umbi supaya melipatgandakan kerja dan khidmat mereka bagi menarik semula sokongan rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata selain menjadi suara masyarakat Cina, para pemimpin itu perlu berusaha mendekati rakyat dan berkhidmat dengan jujur daripada menggunakan jalan mudah dengan meminta dana daripada kerajaan pusat dengan menganggap wang dan projek dapat menarik sokongan dan menyelesaikan semua masalah.

“(Dengan memberikan dana) ia terbukti tidak akan berjaya. Rakyat tidak menyokong anda bukan kerana anda memberikan mereka wang tetapi kerana mereka suka atau membenci anda.

“Semuanya dari dalam hati.

“Berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum. Jangan hanya meminta wang untuk projek tapi sebagai pemimpin kita mesti dekat dengan rakyat, jangan memencilkan diri atau sombong. Sentiasa bersedia dan mudah didekati rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata kepimpinan MCA perlu berusaha mengaktifkan semula jenteranya di peringkat akar umbi yang disifatkannya sebagai lesu dan hilang motivasi.

Dalam perkembangan lain, Najib juga memuji kepimpinan baru MCA yang dipimpin Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam usaha untuk bergabung dan memulihkan semula parti berikutan krisis dalaman selama setahun setengah.

Ini merupakan kali pertama Perdana Menteri merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA sejak beliau memegang tampuk kepimpinan negara tahun lepas.

Beliau juga menyifatkan perhimpunan itu sebagai penting dan signifikan kerana ia boleh dianggap sebagai satu persidangan untuk memulakan titik pembaharuan dan pemulihan MCA.

“Tak ada permintaan lain bagi saya selain untuk melihat sebuah MCA yang kukuh dan berkesan. Dan hari ini, saya boleh berkongsi keyakinan dan optimis yang amat tinggi di sini kerana saya melihat bahawa kepimpinan baru telah muncul sebagai sebuah pasukan bagi mengukuhkan parti.

“Tahniah saya ucapkan kepada Chua kerana memulihkan semula MCA, dan saya puji beliau atas kejayaan itu,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Jelas kini, diakui sendiri oleh Najib, apa pun yang dilakukan adalah untuk menang pilihanraya umum yang akan datang.

Lantaran itu, program dan slogan yang diketengahkan TIDAK BERJAYA. Sebab ia bertitik tolak dari tujuan yang tidak jujur - iaitu untuk memancing unding demi pilihanraya.

Slogan 1Malaysia, KPI, NKRA, Pelan Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, RMK10 dan lain-lain hanyalah tambahan kepada produk-produk kosmetik UMNO BN untuk "menang pilihanraya".

Najib di dalam keadaan trauma apabila UMNO BN hanya memenagi pilihanraya yang lalu dengan majoriti mudah. Dan beliau tertekan apabila PR semakin mengasak ke Putrajaya. Justeru kini beliau menggerakkan segala jetera kerajaan bagi mempastikan UMNO BN dapat memperkukuhkan kuasa di dalam pilihanraya akan datang.

Bermulalah kosnpirasi demi konspirasi, tekanan malah rampasan terhadap kerajaan negeri pimpinan PR, penyalah-gunaan kuasa dengan memperalatkan badan-badan kerajaan, pendakwaan selektif dan sebagainya.

Bagi Najib, UMNO BN have to win the next election, by hook or by crook.

Tiada kejujuran dan penumpuan untuk benar-benar menghayati setiap satu programnya. Rasuah hendak dibendung, tetapi apa jadinya? Ia semakin menjadi-jadi apabila ianya hanya ditumpukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan membiarkan kerajaan negeri-negeri di bawah UMNO BN terus-terusan didiami oleh "tikus-tikus tanah" yang membuncitkan perutnya dengan memakan harta rakyat.

Jenayah tidak dapat dibendung, kerana kekuatan polis diperalatkan untuk mempertahankan kuasa kerajaan pusat bukan untuk tujuan membendung jenayah habis-habisan. Kes Sosilawati adalah satu daripada sekalian banyak kes yang diturunkan Tuhan untuk menyedarkan polis terhadap peranan mereka. Tetapi apakah mereka sedar?

Bagi Pakatan Rakyat, semakin ia ditekan, rakyat semakin membuka matanya. Dan PR semakin gagah dengan derap sepatunya mara ke Putrajaya. Ini amat menggusarkan Najib.


Rakyat Perlu Tahu Apa Hak Mereka

Kesedaran hak dapatkan bantuan guaman masih kurang

SUNGAI PETANI, 12 Okt — Kesedaran masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman atau diwakili peguam sekiranya ditahan atau ditangkap pihak polis masih kurang.

Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Kedah/Perlis (PBGKP), Victor Paul Dorairaj berkata orang ramai perlu tahu mengenai hak mereka kerana setiap individu yang ditangkap perlu diberi penerangan tentang alasan mengapa mereka ditahan.

“Orang yang ditahan hendaklah dimaklumkan segera mengapa dia ditangkap dan dibenarkan berbincang serta diwakili pengamal undang-undang pilihan mereka,” katanya pada majlis perasmian Minggu Kesedaran Undang-undang Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk badan kehakiman serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan kepada orang awam berkenaan hak-hak mereka.

Katanya salah guna kuasa akan berkurangan sekiranya rakyat mengetahui hak-hak mereka dan akses untuk mendapatkan keadilan adalah tidak bermakna jika orang ramai tidak mengetahui hak mereka.

“Setiap orang mesti mengetahui hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan dan adalah hak mereka untuk berbincang Perlembagaan Persekutuan secara terbuka tanpa prejudis atau dituduh berat sebelah.

“Setiap masalah yang dihadapi adalah masalah perundangan dan peguam boleh membantu, golongan kurang berkemampuan boleh mendapat khidmat guaman di pusat-pusat bantuan guaman,” katanya.

Menurut Dorairaj PBGKP merupakan salah satu daripada 15 pusat bantuan guaman yang ditubuhkan di bawah Majlis Peguam Malaysia dan sehingga kini terdapat tiga cawangannya iaitu di Kangar, Alor Setar dan Sungai Petani.

Sementara itu menurut beliau, pada 2008 daripada 108,000 kes jenayah yang didengar di mahkamah Majistret di negara ini, lebih 84,000 individu tidak diwakili peguam.

Katanya sebanyak RM1.3 juta hasil sumbangan pengamal undang-undang MPM diperuntukkan untuk pusat-pusat bantuan guaman bagi 2010. — Bernama


1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.


Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.

Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam. Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan
seorang Majistret untuk proses reman


Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, biro bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.

8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
- pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.


Pengajaran: Apa Kata Anda Selepas Saksikan Gambar Ini?

Tercampak merata tempat

SEREMBAN: “Saya nampak ada beberapa penumpang tercampak di merata tempat dalam bas yang bergolek selain jeritan penumpang yang cedera dan ketakutan,” kata seorang penumpang bas ekspres yang cedera dalam kemalangan mengorbankan 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pedas, dekat sini, petang kelmarin.

Pelajar kolej, Tew Chi Ling, 18, berkata keadaan dalam bas ketika itu amat kelam kabut selepas penumpang yang cedera menjerit kesakitan manakala beberapa yang lain tidak bergerak dipercayai sudah mati.

“Sebelum kemalangan, saya terasa bas yang dipandu seorang lelaki terhoyong-hayang hingga ia gagal dikawal lalu terbalik beberapa kali dan masuk ke laluan bertentangan di sebelah.

“Sejurus selepas kemalangan, saya dapati tangan berdarah dan menggagahkan diri keluar dari bas yang terbalik,” katanya yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

Menurut Tew, dia dan seorang rakan yang menaiki bas berkenaan merangkak keluar untuk menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.

Dia yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota, menaiki bas berkenaan dari Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 6 petang selepas pulang bercuti hujung minggu di rumah keluarganya. -hmetro


Keluarga dakwa bantuan lewat

BATU PAHAT: Kelewatan pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 223 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), petang kelmarin, dikatakan punca ramai mangsa gagal diselamatkan.

Keluarga Goo Chuan Heng, 34, pemandu van yang maut di tempat kejadian sedih perkara terbabit berlaku kerana berpendapat, kematian anak keenam daripada 10 beradik itu dapat dielak sekiranya bantuan perubatan segera diberikan.

Abang mangsa, Goo Chuan Seng, 37, berkata, tidak logik semua mangsa diberikan bantuan selepas kira-kira dua jam kemalangan berlaku sedangkan terdapat hospital di kawasan berhampiran.

“Saya menerima panggilan telefon daripada kakak, Ai Wah, 42, yang turut berada di dalam van ketika kejadian pada jam jam 6.45 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama bapa, Ah Leng, 70 dan ibu, Tan King Choo, 65.

“Kami tiba di Melaka jam 8.30 malam dan disebabkan kesesakan lalu lintas, kami berhenti pada jarak empat kilometer dari lokasi kejadian sebelum menahan motosikal untuk tiba ke sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Taman Maju.

Menurut Seng, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat adiknya berada dalam van tanpa diberikan sebarang bantuan sebelum dia sendiri memberanikan diri dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu.

“Ketika itu, saya dapati dia tidak bernyawa tetapi yang menghairankan, mengapa tiada anggota daripada pihak berkaitan menghulurkan bantuan dan mengeluarkannya dari van berkenaan terlebih dulu.

“Saya memandu dari Batu Pahat dan jika diikutkan, jarak saya lebih jauh berbanding mereka yang bertugas bagi membantu mangsa di lokasi,” katanya.

Menurut Seng, selepas semua mayat dikumpulkan pada jam 9.30 malam, ambulans menghantar semua mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, menyebabkan mereka bergegas ke sana.

Katanya, apabila tiba di hospital berkenaan dan menunggu hampir dua jam, dimaklumkan mayat adiknya itu dihantar ke Melaka. -hmetro


Ulasan GB

MasyaAllah, memang menyedihkan malah mengerikan. Itu sahaja ungkapan yang dapat dilahirkan apabila melihat gambar berkenaan.

Dan tragedi sebegini menuntut erti kemanusiaan, tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, politik dan apa juga perbezaan diantara kita.

Kelewatan bantuan memang berlaku kerana kemungkinan kesesakan yang berlaku di sepanjang lebuhraya berkenaan. Namun dari ribuan manusia yan memenuhi tempat kejadian kurang pula yang datang untuk membantu. Sekadar menjenguk dan merakamkan kejadian.

GB mencadangkan, jika boleh, Unit Amal menyediakan "on call services", dimana petugas Unit Amal bersedia sepanjang masa apabila berlaku kemalangan-kemalangan sebegini, tidak terhad kepada program dan aktiviti yang dirancang.

Berita kemalangan ngeri ini dilaporkan paling awal oleh harakahdaily, sejurus menerima laporan dari pengarang beritanya, Roslan Abd Hamid yang kebetulan hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya itu. Satu yang baik apabila harakahdaily menjadi pihak yang pertama dapat melaporkan kepada rakyat mengenai peristiwa tragis berkenaan.

Namun adalah menjadi harapan kita semua jika pihak berkenaan sudah boleh menggerakkan misi bantuan pada ketika juga, dimana pengarang tersebut atau harakahdaily sendiri telah terus dapat memaklumkan kepada Unit Amal untuk disegerakan misi bantuan.

Dan kita melakukan dan menggerakkan misi bantuan di atas nama kemanusiaan, di atas nama keprihatinan, di atas nama Tuhan.


Rakyat Berhak Untuk Berasa Bimbang Terhadap Kes Sosilawati

Pembunuhan kejam Sosilawati: Polis tak mahu terburu-buru: Bakri

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara apabila segala fakta dan bukti yang dikumpul sepanjang proses siasatan termasuk penyiasatan kes lain yang dikaitkan dengan suspek, dilengkapkan sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, sehubungan itu meminta semua pihak bersabar dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan terperinci kes itu bagi memastikan mereka yang didapati terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau berkata, polis tidak terburu-buru dalam melengkapkan kertas siasatan kerana proses penyiasatan yang dijalankan perlu dilakukan secara terperinci termasuk mengemukakan bukti dan fakta bagi membantu mengukuhkan proses pendakwaan.

“Kita tidak boleh terburu-buru (menyiapkan kertas siasatan) bagi kami ruang dan jangan ‘push’ kami untuk siapkan siasatan dengan segera kerana kita tidak mahu ada perkara yang mungkin menjejaskan penyiasatan.

“Apabila siap semua siasatan (termasuk kes lain yang terbabit), kita akan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk menilainya dan membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, polis dilapor menubuhkan dua pasukan petugas khas iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang di-kaitkan dengan suspek.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan perunding kewangannya, Noorhi-sham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Tanjung Sepat, Morib pada 30 Ogos lalu.

Susulan itu, polis menahan reman lapan suspek termasuk dua peguam adik beradik bagi membantu siasatan. Sebaik tempoh reman 14 hari tamat, mereka ditangkap semula bagi membantu siasatan kes bunuh ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan.

Semua suspek ketika ini sedang direman bagi membantu siasatan kes kehilangan kontraktor dari Sungai Petani, Kedah, Shafik Abdullah, 37, bersama rakannya yang dilaporkan hilang sejak lima bulan lalu.

Jabatan Peguam Negara sebelum ini mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan Sosilawati kepada polis pada 21 September lalu untuk diperincikan lagi.

Mengulas lanjut, Mohd Bakri memberi jaminan, akan ada satu keputusan yang diperoleh pada akhir siasatan kes pembunuhan kejam itu.

“Akhirnya nanti akan ada individu didakwa... tetapi tunggulah sehingga kita menyelesaikan sepenuhnya siasatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kertas siasatan yang akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara nanti membabitkan tiga kes berasingan atau disatukan semua kes yang disiasat pihaknya.

Tiga Suspek Kes Sosilawati Mohon Perintah Lanjutan Penahanan Mereka Disemak Semula

KUALA LUMPUR: Peguam dua beradik dan seorang suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya pada Isnin memfailkan permohonan supaya perintah lanjutan tahanan reman terhadap mereka yang diperoleh pihak polis, disemak semula.

Permohonan itu difailkan peguam Ravi Nekoo pagi tadi di pejabat pendaftaran jenayah Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Hakem Arabi & Associates.

Dalam permohonan itu, Ravi menyatakan bahawa berbuat demikian selepas mendapat arahan anak guamnya dan isteri suspek ketiga berhubung perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Ahmad Shakib Ismail pada 8 Okt bagi membenarkan tahanan mereka dilanjutkan.

Beliau meminta Mahkamah Tinggi menyemak perkara itu mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketiga-tiga suspek berkata mereka telah ditahan pada 11 Sept di alamat No.109, Jalan cempaka, Taman Seri Teluk Datuk, Banting dan ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan polis berhubung laporan kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain.

Bagaimanapun, Ahmad Shakib membenarkan permohonan polis dan memerintahkan tahanan reman ketiga-tiga suspek dilanjutkan sehingga 13 Okt.

Dalam permohonan untuk semakan, Ravi meminta Mahkamah Tinggi meneliti beberapa isu termasuk kegagalan majistret berkenaan menimbangkan permohonan bagi perintah tahanan reman secara individu berbanding "omnibus".

Ravi mendakwa majistret berkenaan telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah lanjutan tahanan reman tersebut, sementara alasan yang diberikan polis adalah tidak relevan.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ravi berkata mahkamah belum menetapkan sebarang tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Selain Sosilawati, 47, turut menjadi mangsa pembunuhan kejam ialah pemandu peribadi Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawanagn Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept, polis mengesahkan keempat-empatnya dipukul sehingga mati, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor. - BERNAMA



Sukar uji tulang

PETALING JAYA: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain masih belum selesai berikutan terlalu banyak tulang yang perlu dianalisis.

Ini memerlukan masa yang panjang untuk membuat ujian berkenaan.

Difahamkan, serpihan tulang yang dipercayai milik individu yang dibunuh di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, di sini pada 30 Ogos lalu agak sukar diuji berikutan keadaan tulang yang dibakar selain berada terlalu lama dalam air.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia, N Hithaya Jeevan berkata, pihaknya masih menjalankan ujian terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan meminta masyarakat bersabar. “Siasatan kes ini tidak mungkin siap dalam masa terdekat. Masih banyak yang perlu dilakukan. Beri ruang kepada kami (Jabatan Kimia) untuk melakukan tugas supaya hasil diperolehi tepat. “Dakwaan ujian DNA kes pembunuhan itu dapat disiapkan dalam tempoh terdekat tidak tepat. Saya sendiri belum mengetahui tarikh sebenar ia akan dilengkapkan berikutan banyak lagi bukti masih dikumpul polis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persaraannya di Jabatan Kimia, Petaling Jaya, di sini, semalam.

Difahamkan, kes pembunuhan kejam membabitkan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, adalah kes paling sukar yang pernah dikendalikan Jabatan Kimia.

Menurutnya, kes itu memerlukan penelitian yang tinggi selain memerlukan jangka masa yang panjang berbanding kes biasa yang mengambil masa tujuh hingga 14 hari bagi mendapatkan keputusan ujian DNA.

Ketika ditanya berhubung proses menjalankan ujian DNA itu, beliau yakin pihaknya akan memperolehi keputusan ujian memandangkan kepakaran dan peralatan yang digunakan jabatannya setanding dengan makmal di luar negara.

“Tidak timbul sebarang masalah berhubung kes ini kerana walaupun serpihan tulang yang ditemui itu terbakar tetapi ujian masih boleh dijalankan bergantung kepada suhu tulang yang dianalisis. “Kami menjalankan analisis mengikut prosedur dan protokol biasa. Apabila semuanya sudah selesai kami akan maklumkan kepada polis,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar bahawa pihaknya sudah dapat mengenal pasti identiti tiga mangsa pembunuhan kejam terbabit melalui ujian dijalankan terhadap beberapa sampel yang ditemui di lokasi kejadian termasuk serpihan tulang.

Hithaya Jeevan mengharapkan tiada lagi individu yang cuba menimbulkan sebarang spekulasi walaupun beliau sedia maklum semua ternanti-nanti keputusan ujian DNA kes pembunuhan kejam yang akan merungkai seribu satu persoalan mengenai misteri cebisan tulang yang ditemui. -hmetro


Ulasan GB

Rakyat BERHAK untuk merasa bimbang di dalam kes pembunuhan Sosilawati. Apa tah lagi kini sudah ada permohonan oleh peguam suspek untuk disemak penahanan lanjutan reman anak guam mereka yang membawa kemungkinan mereka boleh terlepas.

Sejak awal rakyat mersa cemas dengan kurangnya kecekapan pihak polis dimana dilaporkan sebelum ini polis telah menghidu pembunuhan yang hendak dilakukan oleh suspek apabila pihak polis seperti dilaporkan oleh penduduk tempatan, "telah berkampung" berhampiran tempat kejadian sebelum pembunuhan itu berlaku. Sementelah lagi pejabat guaman suspek di Banting benar-benar berada berhadapan dengan Balai Polis. Ini menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap polis: Apakah polis tidak menyedari kegiatan suspek setelah bertahun-tahun suspek menjalankan kegiatannya di depan sebuah balai polis? Atau apa?

Bekas Ketua Negara pula, Tan Sri Musa Hassan pula hanya mempu mendedahkan kenyataan bahawa wujudnya campurtangan pegawai KDN di dalam siasatan polis yang sehingga kini, belum ada penahanan dan siasatan terhadap pegawai yang dimaksudkan. Penangkapan suspek dibuat di hari terakhir beliau berkhidmat. Penggantinya pula dilihat "slow" walaupun ada mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras.

Kini timbul pula wujudnya perlindungan politik yang diberikan oleh seorang ADUN yang juga seorang bekas Exco dari UMNO terhadap kegiatan-kegiatan suspek. Pun tidak ada penahanan dan siasatan. Baca Abdul Rahman Palil Beri Perlindungan Politik Kepada Suspek Pembunuhan Sosilawati?

Pemimpin negara pula seperti acuh tidak acuh dengan kes seberat kes Sosilawati ini apabila Perdana Menteri dan timbalannya sendiri tidak memandangnya sebagai kes penting kerana percaya kes tersebut tidak mampu menggugat kedudukannya. Malah beliau memuji polis kerana kecekapan mereka. Aneh, kes belum selesai dah diberikan pujian oleh PM yang bernama Najib ini.

Justeru itu, memang rakyat wajar berasa bimbang dengan kedudukan terkini kes Sosilawati ini.

Sharene Sofia Merajuk Dan Menemui Ajalnya..

Ajal lepas merajuk

“Tak sangka, kami ‘lepaskan’ dia sekejap saja, tetapi dia pergi buat selama-lamanya. Itulah kali pertama dia menaiki bas ekspres sepanjang hayatnya, tapi menjadi yang terakhir,” rintih Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18.

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

Gambar: SEDIH...Fadzry dan Rohanta memujuk Natasha (dipangku), kelmarin.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.

Jenazah Allahyarham Sharene Sofia dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, di tanah perkuburan Islam Umbai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang kelmarin, bas ekspres Delima yang membawa 34 penumpang, terbabas dan memasuki laluan bertentangan lebuh raya dan menghempap beberapa kenderaan menyebabkan 12 terbunuh.

Akar Umbi Tolak Penyertaan Chong Meng Ke PKR

Bekas pengerusi MCA Bukit Bintang MCA, Dr Lee Chong Meng, yang sedang berusaha untuk menyertai PKR, terus berdepan dengan bantahan dari ahli parti tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, sekumpulan ahli PKR berkata, antara lain, latar belakang Chong Meng adalah meragukan kerana dia pernah dituduh memukul bekas isterinya.

Ini didasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh bekas isterinya - Liaw Kuei Hsiang pada 2000, yang disertakan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan yang dialaminya.

Menurut laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, dokumen tersebut telah diedarkan secara meluas sebelum pilihan raya umum 2008 oleh beberapa pertubuhan wanita.

Ketika itu, mereka juga meminta Chong Meng menjelaskan tuduhan kekerasan rumahtangga adalah alasan mengapa dia digugurkan daripada menjadi calon BN dalam pilihan raya umum 2004.

Sidang akhbar oleh ahli-ahli PKR hari ini dihadiri oleh ketua publisiti
Wanita, Elizabeth Wong dan ahli jawatankuasa sayap itu, Gan Pei Nei (kanan).

Gan berkata Wanita PKR tidak akan menerima sesiapa pun, yang mempunyai sejarah keganasan terhadap wanita, menyertai parti itu dan menggesa kepimpinan pusat mengambil pendirian yang serupa.

"Pemimpin nasional parti tidak harus menerima Chong Meng kerana perjuangan membela hak-hak wanita, merupakan sebahagian daripada agenda parti," katanya.

Mereka yang menghadiri sidang akhbar itu juga membawa sepanduk dalam bahasa Inggeris mengecam Chong Meng, termasuk yang berbunyi "PKR bukan bakul sampah" dan "PKR tolak Dr Ayam". -mk

Lagi Gambar-gambar Kemalangan Ngeri Di Km 223 PLUS


"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.....

Seorang lagi mangsa yang selamat, Nur Najlaa Aquilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terhoyong-hayang.

"Saya terhantuk dan kepala pening sebaik sahaja bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah," katanya.























gambar dari: anaksungaiderhaka.