19 peluru ditemui di kawasan Aminulrasyid ditembak
SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.
Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.
Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.
Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.
Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.
Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.
Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.
Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.
Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.
Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.
Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.
Ulasan GB
19 peluru digunakan untuk menembak seorang remaja 15 tahun!
Tidak ada apa yang dapat menjelaskannya kecuali sememang ia satu modus operandus polis untuk menembak mati "at all costs" remaja berkenaan.
Itulah persepsi rakyat terbanyak.

Tanya polis tu dia tau ka dalam kereta tu ada remaja 15 tahun ?
BalasPadamapa jenayah budak ni? Bn memerintah terlalu lama...
BalasPadamanon 7.47
BalasPadambukan pasal budak tu remaja 15 tahun, tapi tak kira siapa pun, dlm kes sedemikian polis akan bertindak "kasi mati" x kira siapa.
itu yang dipersoalkan skrg.
polis salah....budak pun salah....malangnya...budak tu mati....polis jd mangsa..kalau budak tu hidup...confirm...x jd isu...isunya....prosuder tindakan...luar negara...selagi suspek x tembak..tidak akan ada tembakan polis dilepaskan...tp M.siaku lain....tembak dulu...bukti boleh reka...malngnya...yg ni silap...letak parang ...x masuk akal..budak tu nk buat pa dgn parang...lps tu ada saksi hidup..so...benda ni berlaku nk kita yg hidup...pikir...sampai bila negara kita ni nk diperintah mcm ni...ada paham?????
BalasPadamPolis yang tembak tu mungkin terpengaruh dengan drama 'Gerak Khas'.
BalasPadamAnon 8.21 Betui kata anda. Budak salah dan polis pun silap tapi jangan lupa MAK BAPAK lagi salah....
BalasPadamjangan nak salahkan sapa2... prosedur polis tu dah betul... polis dah kejar...mangsa tak berhenti...mana2 polis pun akan anggap orang yang bawak kereta tu adalah penjenayah merbahaya... lagipun mangsa dah langgar sebuah kereta dan sebuah motorsikal.... dalam keadaan gelap macam tu takkan nampak budak kecik atau orang tua yang bawak kereta tu... pertimbangan polis tu cuma... seorang yang disyaki penjenayah sedang melarikan diri secara merbahaya...memang polis tu tak patut tembak..just perlu tahan... tapi fikir kan kalau pertimbangan polis tu betul...jika selepas kereta tu berhenti..lalu keluar seorang lelaki dengan mesin gun...
BalasPadammampukah abang polis tu lawan dengan berbekalkan pistol cabuk? yang family mangsa pulak..100% persalahkan polis... pihak diorang pulak? anak bawak kereta curi2 pun tak tahu... anak keluar malam2 pun tak ambik peduli...
last sekali...kenapa laporan akhbar menggunakan gambar mangsa ketika kanak2... adakah nak bagi impression pada pembaca betapa 'innocent' nya mangsa...
dan kenapa tukang komen diatas politikkan kes ni... adakah mangsa tu penyokong parti pembangkang lalu ditembak polis?...
bagi saya... kes ini diibaratkan macam 'wrong place in a wrong time'
'wrong judgment in a wrong situation'.... takziah pada keluarga mangsa...