12 Okt 2010

Ribut Di Pokok Sena, Beberapa Rumah Dan Kedai Rosak Teruk

20 Rumah, Kedai Makan Rosak Teruk Akibat Ribut Di Pokok Sena

Gambar: Beberapa rakan-rakan pemilik kedai makanan, Abd Ghani Yahya, 52, memotong sebatang pokok yang meranapkan kedai tersebut dalam kejadian angin kencang petang semalam di Kampung Tengah Tualang dekat sini, hari ini. Foto: Bernama

POKOK SENA, 12 Okt (Bernama) -- Sebanyak 20 rumah dan kedai makan di tiga kampung di sini rosak teruk dalam satu kejadian angin kencang dan ribut petang Isnin.

Kejadian yang melibatkan Kampung Tengah Tualang, Kampung Permatang Limau dan Kampung Gulau itu, yang pertama kali terjadi di kawasan tersebut, berlaku kira-kira pukul 5.20 petang semalam, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Saksi kejadian, Loo Boon Wah, 53, berkata pada waktu kejadian dia dan lima rakannya sedang minum di sebuah kedai makan.

Tiba-tiba dia ternampak satu pusaran angin kuat menghala ke kedai makan itu sebelum pokok besar di belakang kedai berkenaan tumbang lalu menghempap kedai tersebut.

"Masa pusaran angin yang pertama datang ranting-ranting kayu jatuh atas bumbung kedai seperti hujan sebelum saya menjerit suruh mereka lari apabila nampak ada pusaran angin kedua yang terlalu kuat sehingga menumbangkan sebatang pokok besar yang berusia kira-kira 300 tahun dan menghempap kedai makan berkenaan.

"Pada masa itu kami tidak dapat menyelamatkan barangan dan kenderaan lain kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya kepada pemberita.

Abu Bakar Said, 49, berkata kejadian seumpama itu adalah yang pertama berlaku di kampung berkenaan dan tidak menyangka kejadian seperti itu boleh merosakkan kediaman dan kedai makan yang sudah lama dibina di kawasan itu.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Abd Ghani Yahya, 52, berkata dia kerugian RM10,000 apabila kedai makan miliknya ranap dihempap pokok dalam kejadian ribut itu.

Akibat kedai yang ranap, semua peralatan di kedai makan itu rosak dan lima motosikal milik pelanggannya turut mengalami kerosakan yang teruk akibat dihempap serpihan dahan pokok dan bumbung kedai berkenaan.

"Semasa kejadian hanya ada lima pelanggan sahaja dalam kedai dan kebetulan pada masa itu saya pulang ke rumah yang berhampiran dengan kedai," katanya.

-- BERNAMA

4 ulasan:

  1. Salam,

    Macamane, ribut kat negri pimpinan PR ni x nak kata balasan Allah ke atas penyelewengan krajaan negri?

    Apsal masa ribut kat mlaka masa bln pose aritu cepat je nak tuduh tuhan turunkan bala psl mlaka nak buat skolah pelajar mngandung.

    Kita jgnlah cepat nak menghukum, ujian Allah x sape buleh duga.

    Camanapon hanya simpati yang dapat diucapkan ke atas kerugian hartabenda yg dialami oleh mangsa2 ribut trsbut.

    BalasPadam
  2. Alham, bukan bala kerana kerajaan negeri tapi kerana adanya kemaksiatan oleh segelintir manusia...mungkin Alham, mungkin saya juga, astaghfirullah....

    BalasPadam
  3. bala turun kerana banyak berlaku perkara maksiat sedangkan ujian ALLAH berlaku keatas orang beriman samaada nak pertingkatkan iman atau sebaliknya.

    BalasPadam
  4. Salam, non penang,

    Itulah maksud saya, bala Allah boleh turunkan mungkin atas sebab kemaksiatan atau sbg ujian .... moralnya, jgnlah pihak PR cepat sgt nak menjatuhkan hukum yg bala dari allah atas sbb dosa2 krajaan shj.

    x de sape yg maksum, apa yg kita rasa btul hri ni mungkin esok dah x btul.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.