Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Hud: 113
12 Okt 2010
Lagi Gambar-gambar Kemalangan Ngeri Di Km 223 PLUS
"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.....
Seorang lagi mangsa yang selamat, Nur Najlaa Aquilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terhoyong-hayang.
"Saya terhantuk dan kepala pening sebaik sahaja bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah," katanya.
gambar dari: anaksungaiderhaka.
masya'allah....
BalasPadamajal tp aku salahkan pihak berkuasa & kerajaan. Tiap kali jadi tragedi, mesti byk cadangan & idea kluar. Tp satu pon x amik action. Sampai la jadi another tragedy
BalasPadamAda sesuatu yang tak kena dengan sistem pengangkutan awam negara, bas masih dipandu laju. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghalang bas dipandu laju. Nampaknya walaupun Malaysia mempunyai berpuluh2 universiti, tapi masih gagal memberi sebarang idea. Inilah padahnya bila negara tidak demokrasi, rakyat dikekang dari berfikir lebih dari kemampuan kerajaan berfikir. Hasilnya lahirlah rakyat yang tidak kreatif, tepu dan takut mencuba. Lihatlah berapa lagu popular yang mampu dihasilkan komposer Malaysia setahun berbanding komposer Indonesia.
BalasPadamkenapa setiap kali perkara yang buruk berlaku kita perlu tundingkan jari menyalahkan pihak yang lain. masing-masing ambik la iktibar. allah turunkan sesuatu kejadian/malapetaka tu ada sebabnya.kalau kita masih lagi selesa dengan menyalahkan orang lain bermakna kita tidak belajar dari apa yang dijadikan. sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan....insyaALLAH
BalasPadam