12 Mei 2009

Nizar Zambry : Krisis di Perak Sudah Jadi Politik Kartun

Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato' Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.

Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

"Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar," katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

"Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

"BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu," ujarnya.

Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih. -Zuharman MN

Bekas Calon UMNO Ditangkap Polis

Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir ditahan polis pagi tadi bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada 13 April lalu.

Ugutan bunuh itu berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?

Polis mempunyai bukti bahawa beliau terbabit menghantar SMS yang mengandungi ugutan bunuh itu kepada Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd Jamil yang mengesahkan penangkapan tersebut.

Semalam, polis mendapatkan perintah waran tangkap kepadanya apabila gagal hadir ke balai polis selepas tempoh tiga hari yang diberikan untuk memberi keterangan mengenai sms ugutan itu yang berakhir pada jam 3 petang semalam.

Pada malan 13 April lalu, Ramzi turut mengiringi Zakaria dan Abdul Halim membuat laporan polis berhubung sms ugutan bunuh itu di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Beliau yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu sebagai calon BN bagi Parlimen Marang tewas kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 2,747 undi. -siasahdaily



NIZAR ZAMBRY : Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memperbaharui gesaannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, tambah beliau yang juga bekas Peguam Negara.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," katanya.

"Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak, " kata beliau

Sebelum ini pemimpin berpengalaman Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyokong pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan di negeri itu.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tambahnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."


KHIR TOYO DENGAN 4 ADUN UMNO HADIR DI HADAPAN SELCAT

Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo hari ini dipanggil memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor kerana enggan hadir pada perbicaraan awam, pertengahan Mac lalu.

Khir juga didakwa mengikut Seksyen 70, Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan media yang menghina dewan.

Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Umno Barisan Nasional turut dipanggil memberi penjelasan kerana mengeluarkan kenyataan di bawah Enakmen Penghinaan DUN Selangor 2008.

Mereka ialah ADUN Sabak Bernam, Warno Dogol, ADUN Hulu Bernam, Mohamed Idris Abu Bakar, ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim dan ADUN Dengkil, Marsum Paing.

Kesemua mereka, termasuk Khir Toyo diwakili 7 orang peguam, termasuk peguam bela Kamarul Hisham, yang mengendalikan kes pembunuhan model Mongolia, Altuntuya Shariibu.

Khir Toyo bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media selepas menghadiri perjumpaan tertutup lebih sejam di bangunan Annex, Shah Alam.

Khir sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau tidak takut untuk membuat sebarang penjelasan terhadap dakwaan atau tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan isterinya.

Sementara itu, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim yang ditemui kemudian, juga tidak mendedahkan butir-butir yang dibincangkan dalam perjumpaan itu.

Katanya, keputusan mengenai kedudukan Khir dan empat ADUN itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN Selangor pada 19 Mei ini.

Teng berkata, jika mereka didapati bersalah, Jawatankuasa yang dipengerusikan olehnya, boleh sama ada memberi teguran, amaran, menggantung keahlian atau meluputkan gaji mereka sebagai wakil rakyat.

Dalam pada itu, Teng berkata jawatankuasa itu juga telah membuat laporan polis minggu lalu berhubung keenggan isteri Khir, Zaharah Kechik hadir pada perbicaraan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Mac lalu.

Menurut Teng, disebabkan Zaharah bukan wakil rakyat dan tidak tertakluk kepada peraturan dewan, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan membuat laporan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Jika sabit kesalahan, Zaharah yang dituduh mengikut Seksyen 3(b) Enakmen Penghinaan Dewan Undangan Negeri Selangor 2008, boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda tidak lebih RM5,000.

Khir dan isterinya enggan hadir pada perbicaraan hampir 2 minggu itu dengan mendakwa jawatankuasa Selcat berkenaan tidak diiktiraf oleh Peguam Negara.

Seramai 14 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) yang dipengerusikan oleh Zaharah Kechik. -tva


Kemelut Nizar Zambry : Pilihanraya Mandatori Perlu Untuk Tamatkannya

Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.

Aku terima satu cadangan daripada seorang pemanggil ke telefon bimbit aku sekejap tadi. Cadangan itu sangat baik. Kita boleh dapatkan pilihanraya secara mandatory. Tanpa perlu perkenan Sultan. Tanpa perlu surat perletakan jawatan. Mahkamah pun tak boleh masuk campur. Bagaimana? ..... empat lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) mati!

Kata pemanggil itu "kita dapatkan perkenan Tuhan untuk mengadakan pilihanraya, Tuhan cabut nyawa empat lima ekor wakil rakyat BN, terutamanya yang melompat-lompat tu, apa lagi yang boleh menghalang diadakan pilihanraya?"

Doa orang yang dizalimi akan dimaqbulkan Tuhan. Rakyat Perak telah dizalimi dengan dahsyat sekali. Bahkan sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dizalimi oleh UMNO-BN. Mengapa tidak kita manfaatkan tawaran 'maqbul' doa orang yang dizalimi itu?

Apa kata kalau secara serius dan besar-besaran seluruh umat Islam bermunajat dan solat hajat setiap hari secara berterusan memohon secara specific agar Allah cabut nyawa empat lima orang ADUN BN. Orang bukan Islam pun boleh berdoa juga kerana mereka pun sama dizalimi. Majlis munajat dan solat hajat itu diadakan beramai-ramai di masjid, surau dan markaz. Munajat dan solat hajat secara individu juga dilakukan di rumah masing-masing.

Macam mana? Salahkah cara begini? Nabi Muhammad SAW pun berdoa agar musuh Allah yang memeranginya dihancurkan oleh Allah SWT. UMNO sememangnya musuh Tuhan. Mereka memusuhi keadilan yang diwajibkan oleh Allah. Mereka memerangi hak rakyat. Mereka menentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka anti sistem hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tak bolehkah kita mendoakan supaya musuh-musuh Allah itu dibinasakan? Kalau UMNO tak puas hati kerana mereka dilabelkan sebagai musuh Allah, itu hak mereka. Kalau UMNO tak puas hati kerana kita mendoakan ADUN mereka mati, itu hak mereka. Kalau mereka yakin doa kita itu tak akan dimaqbulkan Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka percaya bahawa mereka bukan musuh Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka nak kata bahawa kitalah yang memusuhi Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka pun nak berdoa supaya kita pula dibinasakan oleh Tuhan, itu hak mereka. Buatlah.

Majoriti besar ulama' tempatan dan ulama' seluruh dunia mengakui UMNO zalim. Kecuali dua tiga kerat ulama' UMNO yang hidup semata-mata nak cari makan. Majoriti cerdik pandai tempatan dan antarabangsa mengesahkan UMNO zalim, jahat, melanggar undang-undang, merosak demokrasi dan rasuah parah. Krisis rampasan kuasa negeri Perak hanya cebisan kecil daripada amalan kesyaitanan UMNO yang maha mega.

Kalau kita (penyokong PR) tak dapat mencari hujah untuk menolak keabsahan dan kewajaran cadangan pemanggil itu, maka eloklah kita gerakkan majlis munajat dan solat hajat bermai-ramai itu secara serius. Setiap individu penyokong PR juga bermunajat dan solat hajat setiap hari di rumah masing-masing. Siang dan malam. Mohon kepada Allah secara khusus. Minta matikan lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) supaya pilihanraya kecil dapat diadakan. -cyberboron


Tiada Mahkamah Yang Isytiharkan Zambry Menteri Besar Yang Sah

Semua berita tengahari tadi melaporkan:

"Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut."


Saya ada sedikit kemusykilan tentang keputusan Mahkamah Rayuan itu. Saya ingin bertanya kepada mereka yang arif dalam bidang undang-undang, kerana saya memang tidak tahu jawapan kepada soalan berkenaan. Jika hendak kata soalan saya ini soalan bodoh, silakan, kerana saya akui saya memang jahil tentang undang-undang (walaupun semasa belajar di sebuah IPTA tertua negara ini dulu saya pernah ambil dua kertas undang-undang untuk suka-suka dan lulus dengan baik pula tu).

Soalan saya ialah:

i) Adakah Mahkamah Rayuan tengahari tadi ada memutuskan Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah seperti keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah?

ii) Adakah Mahkamah Rayuan tengahari tadi ada memutuskan Nizar bukan Menteri Besar yang sah sehingga keputusan sebaliknya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan?

iii) Adakah Mahkamah Rayuan tengahari tadi ada mengeluarkan apa-apa arahan kepada Nizar untuk mengosongkan pejabat Menteri Besar yang didudukinya sehingga tengahari tadi, seperti arahan Mahkamah Tinggi yang meminta Zambry dan Exconya mengosongkan pejabat mereka?

Jika semua jawapan kepada soalan itu ialah "tidak", jadi mengapa Zambry tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke pejabat Menteri Besar pada esok pagi dan siapa yang mengarahkannya berbuat demikian?

Bagi sesiapa yang mahir undang-undang, boleh tak tolong luangkan masa memberitahu saya apa jawapannya. -pendikargunungkeriang



Umno Guna Segala Cara Kerana Takut Pilihanraya Di Perak

Kini hanya tinggal satu pilihan, bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menyelesaikan segala kemelut politik di Perak.

Tanpa tindakan tersebut rakyat negeri terbabit akan terus menjadi mangsa.

Ketidakstabilan politik boleh menjejaskan segala-galanya.

Ini kerana hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi semalam mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pembubaran Dun sahaja satu-satunya jalan keluar yang ada di Perak sekarang.

"Kejayaan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam menambah lagi kerumitan isu tersebut.

"Polemik ini tidak ada kesudahannya dan sudah pasti kehidupan harian rakyat akan terjejas," katanya di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam selepas mendengar permohonan Zambry.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam bertujuan menghalang Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dun.

Penangguhan keputusan mahkamah itu turut mendapat sokongan Peguam Negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Umno dan BN tidak perlu gusar bagi mendapatkan semula mandat rakyat kerana mereka sering kali mendakwa parti itu kuat di bawah Perdana Menteri baru.

"Umno tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya semula. Namun tindakan Zambry mengemukakan rayuan segera secara jelas menggambarkan mereka begitu takut berdepan gelombang rakyat," katanya.

Menurutnya Umno kelihatan bekerja bermati-matian bagi menghalang pilihan raya diadakan sehingga terpaksa mendapat bantuan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga berkata, sekiranya pilihan raya diadakan lagi di Perak, Dewan Pemuda PAS Kelantan bersedia menghantar lebih ramai lagi petugas membantu jentera kempen.


Nizar Menteri Besar Yang Sah, Kosongkan Pejabat Hormati Keputusan Mahkamah

Krisis politik Perak tidak nampak jalan keluar dalam masa terdekat apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco Pakatan Rakyat mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan kurang lapan jam setelah melapurkan diri untuk bertugas semula.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tingggi semalam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sejak beliau dilantik pada Mach 2008 dan memerintahkan Zambry dan enam Exco Barisan Nasional mengosongkan jawatan dan pejabat masing-masing berkuat kuasa serta merta.

Semalam Dr Zambry dan enam Exco BN mengosongkan jawatan dan pejabat masing-masing setelah pengumuman keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Antara tindakan awal Dr Zambry ialah membatalkan keputusan Nizar dan Exco menggantung Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri dan mengekalkan semua keputusan BN yang dibuat sebelum ini.

Dalam reaksi beliau kepada keputusan Mahkamah Rayuan itu, Nizar berkata banyak persoalan kini timbul daripada keputusan iut antaranya adakah status keputusan Mahkamah Tinggi yang diumumkan semalam.

"Kita tetap berpegang kepada keputusan Mahkamah Tinggi dan saya masih Menteri Besar yang sah. Keputusan Mahkamah Rayuan telah menimbulkan kekeliruan dan tidak membantu menyelesaikan kemelut politik negeri Perak," kata beliau pada sidang akhbar yang di adakan di ibu pejabat DAP Perak yang bterletak berhadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sebelum itu Nizar yang bertemu media di pejabat beliau untuk seketika sebelum bermesyuarat dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri Perak berkata apa jua tindakan undang-undang yang diambil kedua-dua belah pihak mestilah mempunyai keikhlasan dan kesungguhan untuk memecah kebuntuan kemelut politik Perak yang membelenggu negeri itu sejak lebih tiga bulan lalu.

"Satu-satu penyelesaian kepada masalah yang berpanjangan ini ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak," kata Nizar yang mewakili prinsip dan pendirian tetap Pakatan Rakyat Perak yang mahukan DUN dibubarkan seberapa segera supaya pilihan raya negeri yang baru dapat diadakan.

Melalui pendekatan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri pilihan mereka sendiri sahajalah masalah krisis politik yang telah mengaitkan perlembagaan Perak dapat diselesaikan sevcara muktamad kata Nizar lagi.

Rakyat Perak kini diselubungi perasaan resah dan gelisah melihat kepada masalah politik yang berpunca daripada rampasan kuasa yang didalangi oleh BN 5 Februari lalu yangh meletakkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang dipertikaikan keabsahannya di sisi undang-undang.

Kegelisahan ini dapat dilihat secara jelas daripada reaksi anggota media yang ramai berkumpul di Ipoh sejak semalam.

Ramai daripada mereka mengharapkan agar DUN Perak dibubarkan kerana ini akan menyenangkan tugasan mereka sebagai wartawan.

""Boring"lah asyik kena "cover" sidang akhbar pasal keputusan saja. Hari ini satu pihak akan dapat keputusan yang menyebelahi mereka dan satu pihak lagi akan tidak berpuas hati. Pihak yang tidak berpuas hati itu pula pergi ke mahkamah yang lebih tinggi dan membuat rayuan. Selepas mendapatkan keputusan mahkamah yang menyebelahi mereka pula pihak yang satu lagi akan bertindak membuat rayuan sekali lagi ke mahkamah lain.

"Proses ini akan berulang-ulang sehingga kami pun dah naik bosan membuat liputan. Macam dah tidak ada kerja lain," rungut seorang anggota media daripada sebuah akhbar tempatan.

Mungkin itulah sentimen rakyat Perak yang sudah di serang "political fatigue" justeru seruan Pakatan Rakyat suoaya DUN dibubarkan segera mempunyai merit yang kuat dan kukuh.

Sebelum itu Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham dalam sidang akhbar di pejabat Menteri Besar mengumumkan beberapa keputusan penting yang dibuat pada mesyuarat Exco pagi tadi.

Antaranya Menteri Besar mengarahkan semua Exco supaya turun ke padang meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat yang tertangguh sejak tiga bulan lalu.

"Kita mahu Exco bekerja keras menyelesaikan semua rancangan pembangunan yang telah tertangguh sejak BN merampas kuasa dan Menteri Besar mahu semua masalah tertunggak diselesaikan segera," Ngeh berkata.

Beliau juga mengumumkan bagi pihak Nizar berhubung majlis angkat sumpah jawatan 342 ahli majlis daripada 14 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ngeh berkata kesemua ahli majlis akan mengangkat sumpah seawal-awalnya esok.

Begitu juga dengan surat kepada 817 ketua kampung akan dikeluarkan bagi mengekalkan jawatan mereka dan memberi elaun khidmat yang tertunggak sejak Februari tahun ini.

"Langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat memberi geran kekal kepada kamoung tersusun dan kampung baru akan juga diteruskan," kata beliau lagi.

Ngeh juga mengumumkan beberapa langkah bagi meningkat tahap ekonomi penduduk Perak termasuk meneruskan Terminal Bas Ipoh sertab menarik lebih banyak syarikat penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

"Kerajaan juga akan mengurangkan kadar letak kereta darioada 40 sen kepada 30 sen sejam di 10 PBT," kata beliau lagi.

Universiti Premier berhamoiran Gua Tempurung akan memulakan operasi dengan peengambilan pertama seramai 2,000 pelajar Julai ini.

Ngeh juga memgumumkan berapa progam yang bersangkutan dengan bidang pelaburan dan sukan.


Mencurigakan, Keputusan Mahkamah Rayuan Izinkan Zambry Tangguh Keputusan Semalam

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

Zambry Berjaya Tangguhkan Keputusan Mahkamah Semalam

Di dalam satu perkembangan yang terkotor dalam sejarah hasil permainan dan percaturan politik Presiden UMNO Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Semalam, Najib telah mengumumkan berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dan pada hari sebaik sahaja difailkan permohonan, dan di dalam keadaan yang amat luarbiasa seolah-olah seperti mendapat arahan pihak tertentu dan memenuhi kenyataan awal Najib yang menyatakan “kita akan selesaikan segala masalah” Mahkamah Rayuan telah terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Video dan Laporan Nizar Kembali Bertugas Hari Ini

Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pagi ini masuk semula ke pejabat beliau di Ipoh untuk menyambung tugas sebagai Ketua Kerajaan yang sah.

Di dalam satu perkembangan terbaru, MSTAR melaporkan Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang digantung serta-merta.

Turut digantung tugas ialah Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal M. Shahid.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kedua-dua mereka digantung tugas sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Di dalam notis yang dikeluarkan itu Nizar juga berkata, Abdul Rahman tidak dibenarkan sama sekali memasuki Pejabat SUK dan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat SUK, Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.



Rayuan Zambry : Mahkamah Rayuan Bingkas Setuju Dengar

Mahkamah Rayuan Persekutuan sedang mendengar rayuan Zambry Kadir dari UMNO untuk mendapatan perintah mahkamah bagi melarang Nizar Jamaluddin menjalankan tugas-tugas Menteri Besar Perak.

Panel hakim bingkas bersetuju mendengar permohonan itu sejurus selepas peguam Zambry menfailkan rayuan itu pagi tadi.

Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah hanya mengetahui mengenai persetujuan hakim mendengar permohonan itu secara kebetulan apabila beliau berada di mahkamah untuk kes lain.

Adalah difahamkan peguam Zambry menfailkan permohonan itu sebagai “ex-parte” supaya hakim boleh menimbang meluluskan perintah mahkamah berkenaan tanpa kehadiran peguam Nizar.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar perak yang sah, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.

Sehubungan itu, Nizar meyambung semula tugas sebagai Menteri Besar pagi tadi.

Beliau telah memohon untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya negeri dapat diadakan. -TVA


Kehadiran Nizar Kejutkan Tetamu Tetamu Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran

Pengumuman ketibaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingar sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai Menteri Besar mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menyangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada Pakatan Rakyat termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco Barisan Nasional yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing-masing di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan .

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan Menteri Besar 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini.

Nizar Mohon Restu Sultan Terhadap Keputusan Mahkamah

Keputusan Mahkamah hari ini telah mengesahkan bahawa Mohammed Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sah Perak.

Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim juga mengarahkan supaya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta mengarahkan Dr Zambry Abdul Kadir, enam exco beliau mengosongkan jawatan mereka.

Dalam sidang akhabr beliau sejurus selepas keputusan mahkamah petang semalam, Nizar mengumumkan bahawa ia adalah hari paling bertuah bagi rakyat perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat Perak.

Hakim Abdul Azizi disifatkan sebagai hakim yang berani dan bersemangat yang membuat keputusan untuk menegakkan keadilan. Nizar juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk dan hidayah Nya hari ini.

Keputusan ini adalah tanda-tanda positif untuk memulihkan kembali pemerintahan raja berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang boleh dimanafaat oleh setiap rakyat Perak.

“Samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahtraan negeri dan rakyat Perak,” kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.

Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-

1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.

2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperi yang diarahkan mahkamah hari ini.

3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.

4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.

5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009.

-sk

Kemenangan Nizar, Husam Perbetulkan Pendirian

Jika pada hari semalam GB telah menegur pendirian Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana mengambil sikap yang lunak terhadap Perdana Menteri, Najib Razak, (sila rujuk artikel ini) pada hari ini Husam membuat U-Turn untuk perbetulkan pendiriannya.

Hari ini, Husam mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, inilah masa yang terbaik bagi institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini, untuk membuktikan bahawa mereka adil dan saksama.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

"Peluang institusi Diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

Katanya, pembubaran Dun merupakan tetap langkah terpuji yang membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat adalah pemain demokrasi yang jujur dan pruden serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas.

"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Naib Presiden PAS itu juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengembalikan jawatan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah mengejutkan.

Katanya, keberanian Hakim Abdul Aziz Rahim membawa Mahkamah Malaysia keluar sebagai institusi yang bebas dan berintegriti adalah amat mengejutkan.

"Beliau adalah seorang hero baru," kata Husam.

Husam juga menempelak Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana beliau sepatutnya tidak lagi menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan krisis Perak yang beliau sendiri mulakan.

Tegasnya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu, tetapi, rakyat tetap beranggapan bahawa pemecatan Nizar adalah tidak sah, dan ianya telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,

Menurutnya, Najib harus berani menerima realiti dan berani menyelesaikan kemelut ini mengikut saluran politik adalah langkah yang paling baik.

"Jika rayuan itu nanti masih memihak kepada Nizar, Najib dan Umno akan menanggung malu yang lebih besar. Jika keputusan itu atas apa sebab pun memihak kepada BN, rasa euphoria rakyat atas bebasnya kehakiman negara ini kembali menjadi negatif.

"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.

Katanya, Umno dan BN mungkin tewas dalam pilihanraya itu nanti, tetapi maruah politik dan integriti BN akan dapat dihindarkan dari terus koyak.

"Ia telah pun koyak dengan parah sebelum ini. Umno-BN mendapat kuasa di Perak, tetapi ia meranapkan imej BN di seluruh negara, bahkan dunia. Harganya terlalu mahal.

"Samada Najib ingin terus bermandi dalam lumpur politik yang tidak mungkin dibersihkan selagi ia menggonggong kuasa di Perak melalui jalan di luar batas undang-undang dan amalan demokrasi yang terpuji atau kembali ke pangkal jalan," tegasnya.

Kemenangan Nizar, Hadiah Untuk Ulangtahun UMNO Ke 63

Apa lagi hadiah yang paling sesuai untuk Umno yang sambut ulang tahun yang ke 63 semalam. Memang keputusan hakim di Mahkamah Tinggi tu adalah hadiah paling sesuai atas tindakan Najib sebagai Presiden Umno yang kacau kerajaan sah di Perak.

Padan la dengan umur Umno yang dah tua. Tua bukan sebarang tua, tapi tua tak sedar diri. Tak sedar diuntung. Tua yang memang tak layak dikasihani.

Punya la lama rakyat Perak bagi peluang kat Umno perintah. Patutnya lagi lama lagi bertambah baik la negeri Perak ni. Tapi jadi terbalik pulak. Pengalaman yang lama tu ajar depa lagi jadi kurang ajar.

Depa jadi tak kenang budi. Langsung tak kenang budi rakyat Perak yang bagi kepercayaan kat depa memerintah begitu punya lama. Walaupun rakyat tau depa ni melantak duit rakyat tapi rakyat masih bagi peluang kat depa.

Bila rakyat dah mula tak percaya kat depa, dan bagi sikit kepercayaan kat Pakatan Rakyat pulak perintah Umno langsung tak boleh terima keputusan rakyat. Depa buat macam-macam nak jatuhkan Pakatan Rakyat.

Macam-macam depa buat dalam masa setahun Hj Nizar jadi MB Perak. Akhirnya bila dak tahan jadi pembangkang depa buat tindakan yang sungguh tak bermoral.

Tak berenti takat tu saja. Untuk 'tutup' salah laku depa macam-macam depa buat sampai la yang terkini pada 7 Mei depa sanggup langgar peraturan Sidang DUN, merampas kuasa speaker dengan cara yang sungguh tak bermaruah.

Tapi Tuhan Maha Kaya, dalam keadaan mungkin hampir semua yang simpati dengan Pakatan Rakyat Perak langsung tak menaruh harapan dengan perbicaraan kes MB Hj Nizar, Hakim Abdul Aziz Abdul Rahman boleh buat keputusan sebaliknya. Hakim ni dengan berani 'mencabar' skrip jahat arahan Umno.

Bersempena Ulang tahun Umno yang ke 63 semalam, memang wajarlah keputusan hakin Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai hadiahnya. -cenangau


NIZAR MASUK PEJABAT PAGI INI

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar yang sah.

Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu pada pukul 7.31 pagi.

Turut bersama rombongan itu ialah Speaker DUN Perak yang sah V. Sivakumar yang yang diusung oleh polis atas arahan UMNO Barisan Nasional (BN) pada sessi persidangan DUN Perak yang baru lalu.

Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat oleh Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.
foto dari Manimaran, MSTAR


Perkembangan terkini akan dilaporkan dari masa ke semasa.



PERKEMBANGAN POLITIK PERAK SELEPAS NIZAR DISAHKAN SEBAGAI MB

BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi:
Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak.

WASPADA, UMNO PARTI YANG TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Setakat pagi ini rakyat telah menang. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang kelmarin sangat bermakna kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Hak kemenangan Pakatan Rakyat dikembalikan oleh mahkamah setelah 3 bulan disamun oleh UMNO-BN. Rakyat patut gembira. DS Nizar dan Pakatan Rakyat layak meraikan kejayaan ini.

Namun begitu ada satu fakta yang wajar diinsafi oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat iaitu UMNO tak pernah pedulikan undang-undang. UMNO bukan jenis yang tahu menghormati undang-undang. Kalau mereka berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, pasti mereka tidak sanggup merampas kuasa secara tidak halal seperti yang disabitkan dimahkamah kelmarin. Kalau mereka menjunjung perlembagaan dan undang-undang, pasti mereka tidak tergamak melakukan drama kotor penyingkiran Speaker DUN pada 7 Mei.

Sepanjang sejarah kewujudan UMNO, parti itu telah terbukti tegak berkuasa dengan cara mengkhianati prinsip undang-undang dan melanggar suratan undang-undang. UMNO mengekalkan kuasa dengan tipu helah dan ketidakadilan dalam pelaksanaan sistem demokrasi. UMNO mengugut dan menafikan hak rakyat yang tidak menyokong parti mereka. UMNO hidup dan berkembang dengan amalan rasuah kecil dan besar. UMNO menggubal pelbagai akta dan enakmen bermotif politik untuk menyekat kebebasan rakyat yang tidak sependapat dengan mereka.

UMNO memaksa dan menghaiwankan pihak berkuasa keselamatan untuk menakut-nakutkan dan menghalang gerakan rakyat yang bangkin memprotes kezaliman mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO sudah biasa dengan konspirasi dan fitnah untuk menjatuhkan sesama mereka apatah lagi untuk memusnahkan parti lawan. UMNO ada sejarah membunuh untuk maksud survival politik dan kebendaan.

Dengan segala kebejatan dan kerosakan nilai yang dihidapi oleh UMNO itu, rakyat seharusnya tidak terlalu teruja dengan keputusan mahkamah kelmarin. Pakatan Rakyat patut mengambil iktibar daripada kisah Dato' Nasarudin Hashim pada penghujung Januari lalu. UMNO memang pintar bermain sendiwara. Dalam kita berseronok suka menyambut penghijrahan Dato' Nasa ke rumah kita, UMNO licik menyempurnakan operasi menjerat tiga ADUN kita ke sebelah sana. Belum sempat kita menghabiskan aturcara kegembiraan menyambut Dato' Nasa, UMNO selesai merampas kuasa yang baru 10 bulan dimandatkan oleh rakyat.

Ketika Najib mengumumkan tiga ADUN kita telah beralih menyokong BN, pemimpin PR Perak dengan yakinnya memberitahu penyokong PR bahawa permohonan pembubaran DUN pasti diperkenankan oleh Tuanku Sultan. DUN tetap akan dibubarkan besok. Tak mungkin Tuanku tidak memperkenankannya berdasarkan tafsiran dan semangat undang-undang tubuh. Akhirnya apa yang terjadi?

Ungkitan ini bukan bermaksud mempertikaikan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin PR dan peguam-peguam yang dirujuk oleh PR tetapi sebagai bahan fikir untuk berhati-hati terhadap seribu kemungkinan langkah UMNO besok lusa. Kita percaya pemimpin dan peguam kita menyuarakan keyakinan berdasarkan prinsip dan semangat undang-undang yang sebenar. Malangnya UMNO bukan jenis manusia yang hormat dan menjunjung undang-undang. Oleh itu kita seharusnya berfikir tentang kemungkinan langkah mereka dari sudut pandang mereka selaku pelanggar undang-undang itu.

Menjelang persidangan DUN 7 Mei, pemimpin dan ahli undang-undang PR yakin bahawa UMNO tak akan dapat menafikan hak dan kuasa YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Kita juga diyakinkan bahawa Speaker akan berjaya menggagalkan hasrat UMNO untuk memecat Sivakumar dan menggantikan Ganesan di kerusi itu melalui kuasa menerima atau menolak sesuatu usul yang ada pada Sivakumar. Akhirnya apa yang terjadi?

Kita menilai dari sudut proses dan prosedur yang biasa. Kita menganalisis undang-undang dari sudut tafsiran dan penguatkuasaannya yang biasa. Malangnya UMNO sudah biasa melakukan perkara-perkara yang luar biasa. UMNO jaguh melanggar proses dan prosedur resmi. UMNO juara memutarbelit peruntukan undang-undang untuk maksud politik dan pengekalan kuasa.

Oleh itu pemimpin dan pencatur langkah PR perlu menganalisis dan merumuskan andaian langkah-langkah UMNO dari sudut yang luar biasa dan di luar kerangka proses dan prosedur undang-undang yang biasa itu. PR perlu ada plan biasa dan plan luar biasa.

Berikutan keputusan mahkamah kelmarin, DS Nizar telah pun mengadakan mesyuarat exco tengah malam tadi dan membuat beberapa keputusan penting termasuk menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri (Rahman Hashim) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (Kamal Md Shahid) berkuatkuasa serta merta. Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menghantar surat memohon perkenan menghadap DYTM Raja Muda untuk menerangkan keputusan mahkamah serta memohon perkenan pembubaran DUN.

Sebelum itu Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa UMNO akan mengambil tindakan segera memfailkan rayuan di mahkamah terhadap keputusan kelmarin. Najib berkata "kita akan selesaikan masalah ini". Apabila ditanya apakah usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar merupakan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, Najib menjawab "langkah pertama ialah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah, then we'll make it from there."

Kenyataan pengarah utama rampasan kuasa ini wajib dikaji dengan penuh waspada. Najib pasti sedia melakukan apa saja demi maruahnya sebagai PM yang baru berusia sebulan. Najib juga telah membuktikan kekuatannya memekakkan telinga terhadap semua serangan termasuk serangan mega seperti isu Altantunya. Kelicikan strategi Najib tak boleh dipandang sebelah mata.

Zambry juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memohon perintah mahkamah bagi menghalang atau menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembalikan hak DS Nizar sebagai Menteri Besar. Malam tadi Tv3 telah memulakan langkah mewajarkan sidang tergempar DUN untuk prosiding usul undi tidak percaya terhadap DS Nizar sebagai MB. Dalam siaran Buletin Utama, Peguam UMNO, Shafie Abdullah memperincikan fakta-fakta palsu untuk meyakinkan penonton tentang keabsahan penyingkiran Speaker Sivakumar dan keabsahan perlantikan Ganesan sebagai Speaker DUN yang baru. Kesimpulannya, Ganesan berhak memanggil Sidang Tergempar DUN untuk prosiding 'vote of no confidence' terhadap DS Nizar. Laman-laman blog pro-UMNO juga telah mewar-warkan kemungkinan sidang tergempar itu pada hari khamis ini atau satu tarikh terdekat selepas khamis.

Dalam sidang media di kediaman DS Nizar tengah malam tadi, pemimpin-pemimpin PR dengan tegas menyatakan perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah. Oleh itu Sivakumar masih Speaker yang sah. Jika sidang DUN mahu diadakan, permohonan perkenan mengadakan sidang itu hanya boleh dikemukakan oleh DS Nizar sebagai MB yang sah. Notis panggilan sidang mesti dikeluarkan dan ditandatangani oleh YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Jika BN mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB DS Nizar, mereka hendaklah mengemukakan usul itu ke pejabat Setiausaha DUN tidak kurang daripada 14 hari sebelum tarikh sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker Sivakumar setelah permohonan perkenan mengadakan sidang itu dikemukakan oleh DS Nizar kepada DYMM Sultan. Dan Speaker Sivakumar berkuasa untuk menerima atau menolak usul yang dikemukakan itu. Itu kata kita.

Sebaliknya UMNO tetap bertegas bahawa perlantikan Ganesan adalah sah. Speaker Ganesan juga berhak memanggil sidang tergempar DUN tanpa permohonan perkenan daripada DYMM Sultan kerana sidang 7 Mei hanya ditangguhkan (adjourned) dan bukannya diberhentikan (prorogued). Ganesan sudah tentu akan menerima usul yang dikemukakan oleh UMNO dan akhirnya BN pasti berjaya menyingkirkan DS Nizar daripada kerusi MB dengan kelebihan 3 undi (31-28). Itu kata UMNO-BN.

Masing-masing ada hujah. Hujah PR berdasarkan keputusan mahkamah kelmarin dan berdasarkan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang sebenar. Hujah UMNO-BN jelas menghina keputusan mahkamah dan melanggar Undang-Undang Tubuh. Tetapi UMNO sentiasa yakin setiap kali melanggar undang-undang. UMNO juga berupaya menghaiwankan pelbagai pihak untuk mencapai kehendak politik mereka. Mereka dah biasa mengugut hakim. Mereka pakar mengerahkan pasukan keselamatan untuk menghalang langkah PR. Mereka adalah jelmaan mafia.

Oleh itu pemimpin-pemimpin dan pencatur strategi PR wajib mengambil perhatian terhadap segala kemungkinan yang bakal dihadapi besok lusa.

Penyokong PR boleh bergembira tetapi jangan terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi petang kelmarin. Bersiap sedialah untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya negeri jika DUN dibubarkan.

Terima kasih Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim! -cyberboron


Kemenangan Nizar, Semuga Tuanku Tidak Ulangi Kesilapan

Bayangkan jika dalam tempoh 2-3 hari ini, Speaker yang belum disahkan jawatannya, Datuk R.Ganesan memanggil sidang DUN Perak. Kemudian Zambry atau mana-mana ADUN BN membawa usul undi tidak percaya kepada Nizar sebagai Menteri Besar. Lalu pengundian dijalankan. Akhirnya BN dengan undi 28+3 menewaskan PR yang mendapat 28 undi.

Jika ini berlaku sekali lagi huru-hara bakal melanda politik Perak. Ini kerana ADUN PR tidak akan mengiktiraf undi tidak percaya terhadap Nizar yang dibuat di hadapan Ganesan. Mereka pasti mempersoalkan perlantikan Ganesan sebagai Speaker yang tidak sah mengikut undang-undang. Mengikut undang-undang, jawatan Speaker hanya boleh diganti jika beliau secara sukarela meletak jawatan atau meninggal dunia.

Malangnya Speaker sah DUN Perak, Sivakumar, tidak pernah meletak jawatan dan beliau juga masih hidup dan tidak pernah dikebumikan di mana-mana tanah perkuburan negara ini. Oleh itu perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah dan jika ada usul undi tidak percaya yang melibatkan Speaker bernama Ganesan ia juga adalah tidak sah.

Andainya senario tersebut berlaku, sekali lagi Perak bakal dilanda krisis, dari krisis perlantikan Menteri Besar membawa kepada krisis perlantkan Speaker pula.

Rakyat Perak pasti akan bertanya: sampai bila krisis politik Perak akan berakhir, lepas krisis perlantikan MB, krisis perlantikan Speaker pula!

Jawapannya mudah: krisis politik Perak hanya akan terungkai jika suara rakyat diiktiraf oleh kepimpinan kita - tidak kiralah kepimpinan politik atau kepimpinan monarki.

Khabarnya pagi ini DS Nizar akan mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN. Mungkin dalam masa yang sama Zambry juga akan mengadap Sultan memohon jangan membubarkan DUN. Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya petang tadi menyatakan Sultan Perak telah melakukan kesilapan apabila bersetuju menerima Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Harap baginda Sultan sedia mendengar suara rakyat yang mahu DUN dibubarkan. Harap baginda tidak melakukan kesilapan kedua yang boleh mengundang krisis politik Perak berpanjangan. Harap tiada lagi mahkamah yang menyatakan baginda Sultan telah membuat kesilapan kedua. Harap selepas ini nama baik baginda tidak lagi dicemari dalam mana-mana mahkamah! -pendikargunungkriang



Nizar-Zambry, Polis Bawa Pistol Dalam Dewan, Hishamuddin Perlu Letak Jawatan

Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei lalu dan seterusnya segera meletak jawatan.

Beliau berkata Hishammmuddin sebagai menteri perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan anggota polis yang membawa senjata api masuk ke dalam DUN.

"Saya dan Menteri Besar Nizar sendir melihat anggota polis membawa pistol ke dalam Dewan. Dewan ibarat rumah kami sebagai wakil rakyat dan tidak ada hak polis masuk ke dalam Dewan apatah lagi membawa senjata api.

"Kalau 7 Mei polis masuk dengan senjata api dan tertembak sesiapa dalam DUN siapa pula akan bertanggungjawab. Kalau hari ini dibenarkan polis masuk bawa senjata satu hari kelak polis juga boleh masuk Dewan dan tembak wakil rakyat.

"Oleh itu adalah wajar Hishammuddin mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh kakitangan polis yang di bawah kementerian beliau," Ngeh berkata.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media 7 Mei lalu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh mendakwa seramai 400 anggota polis mengepung DUN dan kira-kira 100 anggota telah menceroboh masuk ke dalam Dewan dan melakukan keganasan termasuk mengheret Speaker V. Sivakumar dan mengurung beliau di dalam bilik setor.

Ngeh berkata lagi beliau akan membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat apabila Parlimen menyambungkan sidang Jun depan.

Kemenangan Nizar, Keputusan Mesyuarat Exco Malam Tadi

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.