12 Mei 2009

Zambry Berjaya Tangguhkan Keputusan Mahkamah Semalam

Di dalam satu perkembangan yang terkotor dalam sejarah hasil permainan dan percaturan politik Presiden UMNO Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Semalam, Najib telah mengumumkan berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dan pada hari sebaik sahaja difailkan permohonan, dan di dalam keadaan yang amat luarbiasa seolah-olah seperti mendapat arahan pihak tertentu dan memenuhi kenyataan awal Najib yang menyatakan “kita akan selesaikan segala masalah” Mahkamah Rayuan telah terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini.

Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan.

Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

5 ulasan:

  1. Jahat betul diorang ni,,sehari je cepat betul Keputusan berubah

    BalasPadam
  2. yang sebenarnya BN ni.. takut pada bayang sendiri dan Dun perak dibubarkan.. tu je...

    BalasPadam
  3. Apa nak jadi? semalam Zambry cakap patuh pada keputusan mahkamah.
    hari ni tergesa2 nak buat rayuan tanpa hujah peguambela dari pihak Nizar terus je permohonan diluluskan.. ha ha ha memang mahkamah yang bersidang hari ini ciptaan BN UMNO belaka ...

    Orang lain merayu kes sampai berbulan2 UMNO punya kes sekejap betul dapat keputusan ha ha ha..
    Pagi baru sidang, tengahari dapat keputusan memang meragukan..

    Cepat betul buat keputusan.. kalau masa nak sah MB berbulan2..Apara nampak sangat mainan politik UMNO di lakonkan oleh hakim2 yang mengikut telunjuk Najib... buktinya semalam pun Najib dah bagi amaran jangan suka sangat.. tindakan akan dirancang apa makna tu?

    Ha ha ha.. apalah akan jadi pada Hakim yang buat keputusan semalam...?

    Ya Allah takut betul nak Bubar DUN ni kenapa UMNO? Dah tahu kekalahan akan menimpa ke?

    Peguam Ghani 4tahil pasai hang la Pulau Batu Putih tergadai apa makna anda menjadi peguam nih..?

    Kesian kes2 lain yang tertangguh lama sebab ada sikap double standard dalam sistem perundangan negara...

    Memang meragukan tertutuplah cahaya keadilan yang baru sahaja menyinar di bumi Malaysia kerana adanya tangan2 Ghaib yang membuat keputusan tergesa2.. takut bubar DUN rupanya...

    Nizar jadi MB kata "Pulangkan mandat kepada rakyat dan bubar DUN Perak"

    Zambry Jadi MB kata" Lawan kes dan tangguh keputusan mahkamah supaya DUN tidak dibubarkan"

    Di sini saja dah tahu siapa yang utamakan rakyat... siapa yang Gila Kuasa...

    Anda fikirlah sendiri...

    BalasPadam
  4. aku sokong naruto...mmg nmpk jelas sgt..sudah terang lg bersuluh...kenapa zambry x kelihatan di mahkamah tggi smlm?keputusan sdh dpt diagak..kini mat gelap terus menggelapkan masa dpn politik perak..klu bubar dun 75% rakyat akan menolak..xdpt la nk pgg jwtn mb lg..dasar pengecut!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. Macam ni kah saorang PM 1 Malaysia ...malu aku jadi rakyat melaysia yang mempunyai PM mengikut undang2 rimba...., kalau macam nielah hancur lah malaysia tanah air ku...jangan lah lagi PR nak kongsi kuasa ker lain 2 jenis orng macam ni mana boleh buat kawan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.