12 Mei 2009

Nizar-Zambry, Polis Bawa Pistol Dalam Dewan, Hishamuddin Perlu Letak Jawatan

Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei lalu dan seterusnya segera meletak jawatan.

Beliau berkata Hishammmuddin sebagai menteri perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan anggota polis yang membawa senjata api masuk ke dalam DUN.

"Saya dan Menteri Besar Nizar sendir melihat anggota polis membawa pistol ke dalam Dewan. Dewan ibarat rumah kami sebagai wakil rakyat dan tidak ada hak polis masuk ke dalam Dewan apatah lagi membawa senjata api.

"Kalau 7 Mei polis masuk dengan senjata api dan tertembak sesiapa dalam DUN siapa pula akan bertanggungjawab. Kalau hari ini dibenarkan polis masuk bawa senjata satu hari kelak polis juga boleh masuk Dewan dan tembak wakil rakyat.

"Oleh itu adalah wajar Hishammuddin mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh kakitangan polis yang di bawah kementerian beliau," Ngeh berkata.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media 7 Mei lalu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh mendakwa seramai 400 anggota polis mengepung DUN dan kira-kira 100 anggota telah menceroboh masuk ke dalam Dewan dan melakukan keganasan termasuk mengheret Speaker V. Sivakumar dan mengurung beliau di dalam bilik setor.

Ngeh berkata lagi beliau akan membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat apabila Parlimen menyambungkan sidang Jun depan.

5 ulasan:

  1. Gunakan Web ini utk download Video Youtube

    http://www.youtube2u.net/

    BalasPadam
  2. Hishamuddin patut dah letak jawatan tahun lepas apabila beliau tidak menghuraikan tentang yuran percuma sekolah dan membawa padah untuk BN.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikom SEMUA,
    Sekaang dah JELAS..Perdana Menteri Kita Naid dah mula BENARkan perlakuan GANAS olih pihak Polis & FRU. Negara ala Gangsteism ini akan mengundang banyak lagi aktiviti2 saperti ini..PR kene leih berwspada.

    BalasPadam
  4. Menteri Polis kene Letak Jawatann...
    Ketua Polis Negara { Anak Ustaz) kene Letak Jawatann...
    Ketua Polis Perak...wajar Letak Jawatan atau Tukar ke Negeri2 yg BN perintah....

    Letih saya tengok bila pehak berkuasa keselamatan bertukar menjadi Pemuda UMNO....

    pada Tok Najib.....

    jangan fikir perut you ajer......

    orang lain pun nak hidupp jugakkk...

    BalasPadam
  5. Syabas PR..harap maklum bahawa semua pihak mesti lah behati-hati dengan taktik kotor BN nie....

    LAWAN TETAP LAWAN....

    DI HARAP KESEMUA RAKYAT,AHLI AKEDEMIK,PEMBUAT DASAR,ANGGOTA POLIS,TENTERA,PEKERJA KERAJAAN,PEKERJA SWASTA,BURUH,DAN SELURUH MANUSIA DI MALAYSIA AGAR MEMBUKA MATA,AKAL BAGI MENILAI KEMBALI PRESTASI KEPIMPINAN MASA HADAPAN DENGAN MENGAMBIL KIRA TAHAP KECERDIKAN PEMIMPIN KITA......

    OLEH ITU MARI LAH KITA SAMA-SAMA BERSATU MENEGAK KEADILAN DEMI AGAMA,BANGSA YANG BENAR BENAR MERDEKA....SOKONG LAH PAKATAN RAKYAT DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH TERJAMIN....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.