12 Mei 2009

Umno Guna Segala Cara Kerana Takut Pilihanraya Di Perak

Kini hanya tinggal satu pilihan, bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menyelesaikan segala kemelut politik di Perak.

Tanpa tindakan tersebut rakyat negeri terbabit akan terus menjadi mangsa.

Ketidakstabilan politik boleh menjejaskan segala-galanya.

Ini kerana hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi semalam mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pembubaran Dun sahaja satu-satunya jalan keluar yang ada di Perak sekarang.

"Kejayaan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam menambah lagi kerumitan isu tersebut.

"Polemik ini tidak ada kesudahannya dan sudah pasti kehidupan harian rakyat akan terjejas," katanya di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam selepas mendengar permohonan Zambry.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam bertujuan menghalang Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dun.

Penangguhan keputusan mahkamah itu turut mendapat sokongan Peguam Negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Umno dan BN tidak perlu gusar bagi mendapatkan semula mandat rakyat kerana mereka sering kali mendakwa parti itu kuat di bawah Perdana Menteri baru.

"Umno tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya semula. Namun tindakan Zambry mengemukakan rayuan segera secara jelas menggambarkan mereka begitu takut berdepan gelombang rakyat," katanya.

Menurutnya Umno kelihatan bekerja bermati-matian bagi menghalang pilihan raya diadakan sehingga terpaksa mendapat bantuan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga berkata, sekiranya pilihan raya diadakan lagi di Perak, Dewan Pemuda PAS Kelantan bersedia menghantar lebih ramai lagi petugas membantu jentera kempen.


4 ulasan:

  1. Kami rakyat perak bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerajaan dap kafir harbi telah ditumbangkan. Orang Melayu Islam telah bebas dari cengkaman dap kafir harbi.Siapa yang masih menyokong kafir harbi, tanya hj. hadi.

    BalasPadam
  2. BN Takut P/R di Perak......:))..12.5.09
    tak apalah..Zambry suka jadi MB jadilah...tapi
    rakyat 1 Malaysia tahu siapa yg betul betul MB di Perak...I am a Orang Hutan dari Sabah...jikalau ada sesiapa tak suka komen org Sabah ini ..I minta SORI.lar..Sebagai Org Sabah mesti..sabar ...tengkor drama Perak...BYE
    BTE..END...selamat malam.....Org Hutan Sabah

    BalasPadam
  3. Hi...
    Org Hutan...I king kong Ali dari Beluran,Sandakan,Sabah...I 100% sokong Teory anda..Sabar sikit,,naik jadi MB mestilah pakai jalan yg betul..jgnlah dari pintu belakang..jikalau dari belakang masuk...Amoi pun tak suka..King Kong Ali

    BalasPadam
  4. Kepada Seluruh umat manusia di malaysia!!!! Lihat lah drama di Perak ini, Betapa rakus nya BN untuk memerintah....aku bersumpah seluruh keluarga ku takkan menyokong lagi BN jika BN masih lagi menunjukkan sikap tamak kepada kuasa!!!! ingat lah wahai orang2 BN bahawasa nya niat Kamu Orang2 BN telah lari jauh dari memperjuangkan nasib rakyat...dan ingat lah yang menyokong kamu untuk merampas perak hanya 3 orang hutan itu yang keluar parti tetapi kami rakyat yang menyokong mereka bertiga itu menolak kamu wahai BN........

    CUKUP LAH WAHAI MB ZAMBRY KADIR!!!!! DIAM LAH KAMU DAN SERAH KAN LAH KEPADA RAKYAT UNTUK MENENTU KAN NASIB KAMI RAKYAT JELATA.....INGAT LAH TUHAN MEMERHATI GERAK HATI KAMU ITU.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.