8 Jul 2015

[VIDEO] Kedegilan Najib Untuk Turun Bawa Padah Kepadanya...

Gerakan harapan Baru serah memorandum mohon Siasatan Diraja dalam isu 1MDB

KUALA LUMPUR: Satu memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan Pemuda Gerakan Harapan Baru (GHB) kepada yang DiPertuan Agong pada Selasa.

Memorandum itu antara lain mencadangkan agar dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Muhamad dan Tun Saleh Abas, mengetuai siasatan ini.

Sesi penyerahan memorandum ini diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi GHB yang juga Ahli Parlimen Kulai, Dr Mohd Hatta Ramli sekitar pukul 11 pagi.

Dr Mohd Hatta berkata, langkah itu adalah bagi menyiasat kebenaran di sebalik dakwaan yang dibuat media antarabangsa, Wall Street Journal bertarikh 2 Julai lalu.

Memorandum diserahkan kepada Pegawai Istana, Zainal Din.

GHB adalah merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 16 Jun lalu dan dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. -astroawani


Beku Enam Akaun - Syabas TS Ghani, Zeti, Khalid Abu Bakar dan Abu Kasim!

Terpegun dan bangga - itu perasaan saya selaku rakyat Malaysia pada hari ini, bila kenyataan bersama dari empat agensi tonggak dikeluarkan tengah hari ini.

Sudah lama perasaan itu hilang dari diri saya memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari. Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik.

Rasanya, itulah juga perasaan yang dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia.

Hari ini, saya merasa sangat bugar.

Masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara.

Duduknya empat peneraju dari Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, PDRM dan SPRM untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia - memberikan sinar baru. ia sudah satu keberanian.

Kenyataan TS Zeti selaku Gabenor Bank Negara amat dinantikan atas isu penyaluran dana dan akaun-akaun yang didakwa - yang menjadi bidang tugasnya. Diamnya Bank Negara seakan mengizinkan kesalahan dilakukan atau orang tertentu dizalimi dengan tuduhan yang tidak benar.

Ketelusan dan keteguhan menjunjung kepentingan negara dibimbangi dikorbankan kerana pihak yang terlibat adalah Ketua Eksekutif Malaysia.

Hari ini, kami menyambut kenyataan bersama ini. Ia menunjukkan tindakan-tindakan telah diambil dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bagi mana-mana yang terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan, jika anda merasa ada kesalahan telah dilakukan, usahlah mengambil masa yang panjang untuk tampil mengakui kesalahan itu dengan apa jua cara untuk mengelakkan negara menanggung krisis yang berpanjangan.

Husam Musa



3 akaun dibekukan milik Najib

Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Khamis lepas sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Terdahulu hari ini, satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan semalam.

Menurutnya, pasukan berkenaan turut mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan itu juga mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Tindakan pihak berkuasa itu dipercayai berkaitan dengan laporan WSJ itu serta laman pemberi maklumat Sarawak Report yang mendedahkan mengenai pemindahan wang berbilion ringgit ke akaun-akaun peribadi Najib.

Pada Sabtu, Gani dilaporkan berkata, pasukan itu sedang meneliti dokumen yang diambil dalam serbuan di premis pejabat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Tiga syarikat itu juga dinamakan oleh WSJ dalam laporannya.

Najib setakat ini menafikan tuduhan itu, mengatakan ia helah politik dirancang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini berusaha mahu menyingkirkan beliau.

Akhbar terbitan New York itu bagaimanapun bertegas mengatakan laporan mereka dibuat berdasarkan dokumentasi yang kukuh.
-TMI





WSJ kemuka 'bukti' aliran wang ke akaun Najib

Wall Street Journal (WSJ) memuat naik dokumen yang mana didakwa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut WSJ, sumber dokumen-dokumen tersebut adalah daripada "Penyiasatan kerajaan Malaysia".

Beberapa butiran antaranya seperti lima digit terakhir bagi akaun AmIslamic Bank Bhd telah disunting.
-mk




ULASAN GB

Pertama, GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada GERAKAN HARAPAN BARU yang telah pun berfungsi buat pertama kali hari ini dengan penyerahan memorandum kepada yang DiPertuan Agong dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengenai hal pendedahan dokumen oleh WSJ sebagai bukti wujudnya aliran wang ke akaun peribadi Najib, ia merupakan satu tamparan keras untuk Najib untuk beliau turun sebagai Perdana Menteri. Apatah lagi dengan kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan semalam.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... GB sudah lama menyatakan sebelum ini bahawa:

Najib degil dan enggan turun secara terhormat. Bererti beliau ingin turun dari jawatannya dengan cara lain... mungkin dengan cara yang dasyat.

Apa yang GB jangkakan semakin menjadi kenyataan.

25 ulasan:

  1. Rose: uhuk uhuk uhuk...waa waa aa aa uhuk huk.....

    BalasPadam
  2. Jgn percaya kan tuduhan terhadap Najib tu!!
    Presideng dan Mursyidul Am kata, kena ada saksi baru lah boleh tuduh!!

    BalasPadam
  3. najib blh ambik harun din jadi saksi pembela dia.

    sebb harun din tk percaya najib lakukan jenayah ini.

    harun din sanggup ke masuk mahkamah bela najib?


    harun + hadi = baru 2 og saksi, nk lagi 2 org saksi

    ... mcm kes liwat yg perlukan 4 saksi


    ini adalah masanya saifool kena balas budi najib. persiapkan bontot anda dgn apa cara pun janji dpt membuktikan najib tk bersalah.

    jgn jd kacang hantu yg lupakan kulit biawak bro saifool

    bawalah semua seluar dlm, botol plastik, berus gigi, spender melekit dan karpet terbang ke mahkamah untuk membela najib


    ohhh jgn lupa , najib mesti minta tolong peguam safee yg hebat tu, pasti memang walaupun ada 'penetrasi' wang ke dlm akaun najib.




    BalasPadam
  4. Hahaha Najib.

    Mana mau lari ha.

    Nasib baik ada ulamak suci yang tolong cover.

    Sekian, tetima kasih.

    BalasPadam
  5. Akaun-akaun yang dibekukan bukan akaun yang WSJ dedahkan. Ini semua lakonan. Ramai terpedaya. Nanti laporan akan mengatakan tiada yang anih di dalam akaun Najib yang dibekukan. Dia terlepas dan rakyat diperbodohkan. Satoooo Malaysia.

    BalasPadam
  6. Jangan merasa lega lagi bang husam. Selagi belum betul2 terhukum orang yang bersalah, jangan merasa selesa.

    Kalau duit yang disabitkan itu belum dapat diambil balik dan betul2 dimasukan semula ke kantung negara, janganlah rasa puas hati.

    Kalau tuan2 yang jaga kantung itu pula asyik2 dari gerombolan itu juga, janganlah rasa selamat.

    Kalau penghujung dari siasatan di raja nanti memutuskan, " Ok sudah setel kes. Najib dah letak jawatan dan dia pun dah bercuti di luar negeri. Bermaaf2anlah di bulan yang mulia ini"Janganlah rasa semuanya dah selesai.

    Hakikatnya. SELURUH RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN BN KERANA SEMUA BADAN2 TERTINGGI NEGARA TELAH DIINJAK2 DI BAWAH TAPAK KAKI PEMIMPIN2 BN. WALAU PUN MEREKA BODOH TAPI SENANG2 PAKSA PEGAWAI2 YANG BAIK DAN PINTAR BUAT KERJA2 MEREMBAT.

    SETELAH ORANG BAIK2 KAMI KAU TUNGGULKAN, KAU AMBIL PULA KAUM YADI JADI PENASIHAT NEGARA. SEBAB ITU NEGARA ISLAM NI JADI MACAM NI. NEGARA PASTI HANCUR KERANA MEREKA TU KAUM YADI.

    ( Selingan. Sungguh hairan kita kenapa hadi benci dap tapi macam sayang kaum yadi yang jadi penasihat pm )

    RAKYAT TIDAK MAHU LAGI BN.

    HABIS CERITA.

    BalasPadam
  7. Betul betul betul.gwa setuju 200% huhu jawab jgn x jawab...

    BalasPadam
  8. Beza x gerak kerja geng jebon ulas isu 1mdb-wsj jika dibanding dgn ulasan ularmak hadi n harun din...agak2..sapa lagi cerdik..???kah Kah kah..

    BalasPadam
  9. Kita semua telah diperbodohkan oleh empat ejensi dibawah cengkaman najib,kenapa semua ahli parlemen tidak berani membawa usul tidak percaya dalam dewan kenapa semua hanya berani tembak peliru kosong pong pang sana sini hinggakan seluruh dunia memalukan negara yang konon semua sayang dengan hendak menjaga maruah melayu dan raja serta agama, dimana suara -suara NGO yang lantang menjerit hendak pertahan bangsa melayu, raja dan agama, dan jika hantar memorendom punkepada raja apakah yang mereka boleh lakukan selagi najib masih tertakluk dengan protokol sebagai penasehat dan pemberi maklumat kepada agung,nampak sangat semua MP dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tidak berfungsi sebagai wakil rakyat yang diberi mandat untuk mentadbir negara,jika dinegara luar seperti jepun korea dan lain-lainnya telah lama undi tidak percaya dilakukan ,fikir dan fikirlah cara penyelesaian untuk menurunkan seorang PM yang memalukan negara,usahlah kita bercakap itu dan ini jika hendak menyelesaikan masaalah keputusan berada ditangan semua MP yang telah dipilih berada didewan untuk memutuskan walau PM dilantik dan dipilih oleh ahli parti.

    BalasPadam
  10. Penipu sungguh tok guru hj Najib... U turn saman wsj

    Ada lagi satu tik guru sesat... Yg samakan liwat dgn rasuah....

    Ayoh Ping Marang mahu wsj kemuka 4 saksi kes rasuah pecah amanah mencuri terhadap tok guru Najib...

    Tok guru ayoh Ping samakan rasuah dan liwat dlm siri ceramah ajaran sesatnya...

    Apa nk jadi dgn semua haji haji di Malaysia ni...?

    BalasPadam
  11. Setuju dengan ulasan mereka mereka yang di atas ini. Komen anda bernas dan boleh diterima akal yang waras. Betul, jangan rasa berpuashati kerana apa apa pun boleh terjadi, selalu nya pengakhiran cerita, dia terlepas , duit tak kembali , kita juga yang di lunyaikan. Jangan mudah percaya. Jangan terpedaya. Sekian.

    BalasPadam
  12. Lazimnya ada saja kaedah dan tektik dilakukan bg menutup bangkai gajah. Ingat lagi bagaimana rekod kemasukan Altantuya dideletekan dari sistem? Boleh percayake? Dah byk sgt kes. Bila nak sabitkan org contoh DSAI 2 kali tarikh ditukar. Ingat lagi kes tarikh dimana condo tempat kejadian belum siap lg dibina? Suruhanjaya Diraja saja jawapannya. Lain pd tu lazimnya byk konhkalikongnya.

    BalasPadam
  13. Aku rasa yang akan kena adalah kambing hitam.

    BalasPadam
  14. Aku setuju dengan komen-komen di atas.

    Selalunya badan-badan tertinggi negara yang disebutkan (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)) itu hanya buat gempak sahaja di awal cerita, pengakhirannya mesti jadi lain. Kita tengok sahaja nanti. DS Najib pasti akan selamat kerana Wall Street Journal kata akaun yang dibekukan itu bukan akaun yang dinyatakannya.

    Jadi, ini bermakna akaun yang dibekukan tidak memberi apa-apa maknapun pada siasatannya, mungkin sia-sia. Mungkin hasilnya nanti, akaun-akaun yang dibekukan itu diisytiharkan tidak ada apa-apa transaksi yang mencurigakan. Maka dengan itu DS Najib pun selamat. Kekal jawatan PM.

    BalasPadam
  15. Aku syorkan Badan Siasatan DiRaja nanti ahli-ahlinya terdiri daripada pasukan GHB ini sebab mereka semua ni professional dan terlatih. Aku juga syorkan supaya ianya diketuai oleh MAT SABU, sebab dia ada banyak pengalaman dalam soal songlap duit ni. Contohnya duit Memali yg lesap entah kemana dan juga duit Koperasi KOHILAL yg tak tau kuburnya. Biasanya org biasa songlap duit, dia tahu mcmana cara dan rahsia nak songlap duit.

    Aku bagi pandangan aje.

    BalasPadam
  16. sukar utk percaya suami seorg wanita pertama ke2 cantik, bukankah mereka ini baru balik umrah dan pernah buat haji xpress sudah pasti keadaan suci bersih dan klau ada duit yg masuk dlm akaun hj jib ini sudah pasti dari simpanan hjh mah yg menyimpan sejak dlm kandungan ibunya, ini adalah perancangan yg diatur olih pihak ufo dari planet marikh yg dengki dgn kehebatan hj jib mengawal kewangan negara yg sekarang berada dalam keadan paling stabil dengan rizab simpanan hampir rm800 billion.cth saham fgv mencanak2 naik, keuntungan 1mdb hampir 42billion.

    BalasPadam
  17. Progresif pas yg berani bersuara...ulamak mana?hadi dan haron din pulak sokong najib...ulamak lain mana p senyap ja.

    BalasPadam
  18. Menjadi satu persoalan mengapa Najib buka sampai enam akaun bank dan tidak terkejut jika Najib juga ada akaun di luar negara.

    Kalau dah kena beku akaun, apa anak isteri Najib nak pakai dan makan? Makan bubur lambuk Kg Baru lah kot.



    BalasPadam
  19. Tuan GB,

    Saya pun berasa sangsi bahawa agensi2 & pihak berkuasa negara ini benar-benar akan menjalankan tanggungjawab mereka dgn berani, telus dan objektif tanpa memihak kepada Pemimpin / pemerintah yang mempunyai kuasa ke atas mereka. Iaitu jangan cuba 'cover-up'.

    Harus diingatkan kepada semua, akhbar di Amerika bukan seperti Utusan atau TV3, atau NST / The Star yg di bawah kuasaan BN. Skandal Watergate di Amerika yg menjatuhkan President Nixon tahun 70an adalah kerana pendedahan dan laporan hasil dari penyiasatan wartawan Washington Post dan lain2. Walau apapun sebab kita mengkritik Amerika, harus diingat bahawa penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah adalah sesuatu yg tidak boleh diterima oleh mana-mana umat manusia. Dan akhbar di negara-negara maju dan lebih demokratik tidak akan melindungi perbuatan yang mungkar seperti ini.

    BalasPadam
  20. kamu salah najib malaysia tidak memerlukan pm seperti kamu, kerja kamu sungguh dahsyat dan mengerikan.

    BalasPadam
  21. Contohnya duit Memali yg lesap entah kemana dan juga duit Koperasi KOHILAL yg tak tau kuburnya.

    Anon kalau dah kata entah kemana dan tak tau kuburnya, tak ada bukti lah tu namanya. Fitnah lah tu. Sekurang-kurang nya dapatkan lah nombor akaun Mat Sabu.

    Jenis macam anon ini lah yang mudah di tipu oleh UMNO sampai berbillion-billion.

    BalasPadam


  22. Masa depan negara amat membimbangkan. Greece ada juga lah negara UE ingin membantu memulihkan ekonominya. Malaysia siapa yang nak bantu? Negara mana yang nak bantu kalau ekonomi nya jadi teruk sebab rasuah dan kelemahan pemimpin yang boros dan masuk kan duit dalam akaun sendiri.?

    Beli tanah mahal kata untung. Ini bukan soal untung tapi melanggar peraturan dan pembelian menimbulkan keraguan. Bila terdedah kelam-kabut dan guna helah jika jual akan dapat untung untuk menghalalkan tindakan yang ada kepentingan lain.

    Serupe lah dengan Najib. Nanti kata duit tersebut bukan niat untuk kegunaan sendiri dengan cara begini transaction lebih cepat dan akan di salurkan kepada rakyat. Percaya lah saya, kata Najib. Satu sen pun saya tak ambik.

    Dua ulamak pun bagi sokongan. Yang penting duit telah masuk dan dikembalikan ke akaun Niat tak penting.

    Dan masa ini juga lah, dapatkan kerjasama dari Sirul. Kalau Sirul ingin selamatkan Malaysia.

    Kalau ikut cara UMNO, kronologi sepanjang pemerintahan Najib akan di siarkan bermula dengan pergi Haji, Konsert Gangnam Style dan seterusnya.

    BalasPadam
  23. Untuk Anon July 8, 2015 at 12:26 PM,

    Aku rasa Najib tak akan susah walaupun akaunnya dibekukan kerana akaun yang dibekukan itu atas namanya. Aku yakin DS Najib ini ada akaun lain yang bukan atas namanya sama ada di dalam dan di luar negara yang dipanggil AKAUN PROKSI seperti Tun Mahathir yang ada akaun proksi.

    Jadi, dengan itu DS Najib hanya perlu menggunakan akaun proksinya tanpa perlu risau tak ada wang. Itupun kita tak tahu berapa banyak wang yang ada dalam akaun proksinya, mungkin lebih banyak daripada akaun yang digunakan atas namanya.

    BalasPadam
  24. Terserlah kebodohan dan ketololan walaun PAScai bila senyap tupas tak tahu nak kata gapo kah kah kah mana nik aboduh mana tan vellfire kutut tuan ibrahim tuan musyuarat?mana azli janggut mana nik rover mana mat rileks...PAScai semuanya bangang.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.