PasMa gerak inisiatif tubuh parti baharu ganti Pakatan
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) berpandangan, satu parti baharu perlu ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat (PR) selepas gabungan itu dilihat tidak bersedia untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) akan datang. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.
"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.
"Kita mencadangkan PR baru yang akan diketuai DAP, PKR dan parti baharu yang akan ditubuhkan ini hendaklah mempunyai struktur dan ditubuhkan dan mempunyai struktur kepimpinan yang tetap," katanya pada satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Phahrolrazi berkata usaha berkenaan digerakkan kerana PasMa mahu memastikan PR terus kukuh selepas majoriti pengundi menolak Barisan Nasional (BN).
Katanya, PR sudah tidak boleh diselamatkan selepas Lim melontarkan pandangan tersebut dan PAS dipimpin mereka yang lantang mengkritik PR.
“Pasma belum setahun ditubuhkan, tetapi begitu mendapat perhatian sekali kerana menjadi satu NGO yang secara tegas dan jelas menyokong PR.
“Selepas semua negeri dan pimpinan diberi peluang untuk berbahas, maka PasMa hari ini mengambil keputusan sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan dan peranan PasMa dalam parti politik ini mengambil kesinambungan PAS dalam komponen PR, sebagaimana persetujuan sebelum krisis,” katanya.
Beliau berkata parti baharu itu kelak tetap akan menjunjung prinsip yang pernah dipersetujui PAS seperti memelihara hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam, hak sama rata semua rakyat, hak memilih agama dan persetujuan yang dinyatakan dalam Buku Jingga.
Katanya, jawatankuasa penaja akan bermesyuarat selepas Aidilfitri ini bagi menentukan hala tuju parti baharu dan menetapkan pimpinan organisasi.
“Pasma akan terus kekal sebagai NGO dan tidak bertukar sebagai parti politik dengan peranan terdahulu.
“Tetapi kali ini menambah tugas bersedia dengan NGO lain yang pro PR dan pimpinan kumpulan progresif yang pemilihan lepas tidak berada dalam pimpinan menaja penubuhan parti baharu yang akan mengambil tempat PAS dalam PR baru,” katanya. -TMI
ULASAN GB
Apabila PAS telah tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal, maka kewujudan parti Islam alternatif adalah SATU KEWAJIPAN.
Mereka menjustifikasikan caci-maki itu kerana kononnya golongan proofesynal bersekongkol dengan DAP menolak hukum hudud sedangkan apa yang sebenarnya tidak berlaku hal sedemikian.
Golongan pprofesyenal bertindak sama seperti yang disaran oleh ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi iaitu, [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud.
Pelbagai pihak mencadangkan mereka yang ditewaskan secara kumpulan dalam pemilihan PAS itu mengambil jejak langkah Reccip Toyyeb Erdogan yang menubuhkan parti baharu iaitu AKP, dan berpisah daripada rakannya dalam parti Refah yang membentuk parti Saadet.
Kini AKP sudah 3 penggal memerintah Turki manakala Saadet hilang daripada Parlimen Turki selepas mendapat undi sekadar 5%.
Malah pemimpin PAS lebih mengutamakan perkara-perkara hukum dalam Islam, berbanding kepada perjuangan menegakkan sebuah negara yang disebut "baldatun tayyibatun warabuun ghaffur".
Ini mengingatkan kita kepada tempelakan Erdogan terhadap pimpinan parti Islam Refah atau parti asalnya.
"Bagaimana kalian mengejar akhirat sedangkan kalian meninggalkan dunia ini...? Kelak kalian akan ditanya di akhirat, mengapa kalian tinggalkan umat di dalam kemiskinan, kedhoifan serta kejahilan sehingga dengan mudah diratah oleh musuh-musuh Islam. Jangan mati sebelum kalian penuhi segala amanah di atas dunia ini untuk menuju akhirat."
Demikian "profesyenalnya" pemikiran Erdogan berbanding dengan jumudnya pemikiran para ulamak di dalam parti Refah yang pernah dianggotainya, malah sebagai ketua Pemudanya!
Justeru itu, apabila PAS bertindak dengan langkah sama seperti parti Refah di Turki dulu, maka sudah sewajarnya sebuah parti Islam lain ditubuhkan supaya perjuangan Islam sebenar itu dapat dimanifestasikan dalam bentuknya yang sebenar dan syumul.
GB tertarik dengan sebuah catatan di lama sosial menerangkan kemunafikan golongan dalam PAS:
Jadi sesuai dengan gelaran yang diberikan terhadap golongan profesyenal yang disingkirkan dari PAS dengan gelaran ERDOGAN, maka sewajarnyalah langkah Erdogan menubuhkan parti baru di Turki dituruti jejak langkahnya demi kesinambungan perjuangan Islam dan biarkan PAS menjadi REFAH yang semakin hilang di persada politik dan perjuangan Islam di Turki.
Apa yang saya faham Pas hanyalah PERTUBUHAN POLITIK POLITIK .JANGAN KITA ANGGAP PAS SAMA DENGAN ISLAM.SILAP2 BOLIH MEMBAWA KEPADA SYIRIK.Jadi parti mana22 pun kalu berjuang atas dasar keadilan dan mengikut lunas2 islam bolihlah kita sokong.Kalu ambo tak betul tolong perbetulkan.Asal bukan Umno{BN}dan PAS
BalasPadamDemo betul sgt2...ambo setuju...keluor pas tok bermakno kluor isle...ke guano? Tamboh2 geng2 pascai gini...toksir ambo...
PadamSetuju dgn TT 100%. Golongan yg tersingkir perlu bergerak kehadapan bersama PR membela nasib rakyat dan menegakkan Islam secara hikmah spt yg disarankan ulama Dr. Yusof Al-Qardawi. Imej Islam telah dirosakkan oleh mereka yg tamak kuasa dan berjuang atas bangsa melayu-bersatu atas melayu konon.
BalasPadamSila jawab apa yg ditanyakan oleh ketua DHPP yg bukan Islam tu kalau tidak mampu jawab. Cakap tak serupa bikin- jgn bersifat munafik!
Ingat org munafik lagi hina dari kafir dan tempatnya di neraka paling bawah.
Kami mohon
BalasPadamUlarrrmak sesat Pas menelan balik air liur cacian mereka kpd Dap sebagai islam hadari umno momohon maaf kpd Dap
Tanpa rasa malu dan segan para ullarmak lidah bercabang sesat Pas perlu menjilat sehingga licin kembali cacian mereka kpd Dap dan kembali kekalkan pakatan rakyat...
Kami bukan suruh jilat 'pelir' Dap kami hanya suruh jilat kembali ludah beracun uladrrmak sesat Pas...!
Ulama-ulama pas suci mulia tidak akan buat Silap. Kalah Ada Silap mesti orang lain punya Silap.
PadamPASMA nampak seperti satu Parti Politik BER FIKIR dan memahami kehendak REALITI
BalasPadamPASMA perlu menjana EKONOMI dengan ada ahli ahli professional yang bijak lagi ber akhlak Islam
Hadi dan PAS hanya lah Sejarah Jahiliah Islam di Malaysia yang harus di lupa kan
Moga moga pemimpin PASMA ber pijak di alam Nyata dan BER FIKIR untuk menjadi kan Islam RELEVANT kepada Rakyat
Kalau tidak , PASMA sama saja PAS kepada Cina India dan Melayu
GAGAL
Alhamdulillah.Ada sinar baru dlm Pas mengubati kekecewaan para penyokong pas..Pas ulamak blh teruskn agenda UG anda.....panti baru akan meneruskan perjuangan rakyat
BalasPadamAhmad Awang kata xkan masuk PASMA dan Pasma elok kekal sbg NGO...so skrg PASMA kekal sbg NGO tapi diwujudkan parti baru menggantikan PAS.perghhhhh....bijak diorang ni...mcm ni la bijak berpolitik,jgn bijak guna siku lutut aje.hahahahaha
BalasPadamsyabas,syabas,Alhamdulillah, saya akan, mengerakkan keluarga saya,ipar duai,rakan-rakan kenalan yg rapat,melalui wadah politik baru,kena bergerak dari sekarang.DAN TERUSKAN BERPESAN-PESAN BENDA yg baik ini.
BalasPadamKami mahu parti ISLAM yang BARU!
BalasPadamGENIUS..
BalasPadamGENIUS GENIUS..
Apa itu GENIUS?
Carilah...IQ merit-bakat "RESULT" yg betul7HEBAT..
Org yg betul7HEBAT-genius..TAK perlu kpd GLAMOR dinobat2kan mcm budak2HINGUSAN..
Org yg GENIUS "kebiasaan"nya sentiasa OPEN-terbuka kpd hujjah-DEBAT-wacana..
Org yg GENIUS akan akur-INSAF-humble kpd IDEA yg lebih GENIUS lebih canggih drp nya..
Org yg GENIUS mbaca mnganalisa mbuka-RAHSIA..ibarat-"sKILAS pandang ikan diair jerr.."
Org yg GENIUS sentiasa meraikan khadiran individu2 genius sprt Hang Nadim dll..
Org yg GENIUS ibarat sbnr7CAHAYA yg mmancar2..mmbuka ruang & PELUANG kpd jutaan org..
DAN..
Org yg GENIUS tak suka diprbudak dibodoh & diTOLOL2kan...
Org yg GENIUS tak suka kpd samar-GELAP-songlap..dengki FITNAH & khianat..
Org yg GENIUS sgt kenal-UMPAN??..umpan hanya sesuai utk 'nelayang' TANGKAP ikang!?
Org yg GENIUS sgt sgt sgt7ALERGIK kpd org yg tak guna-OTAK..tp guna siku-&-LUTOT???
WUJUD
WUJUDkan lah parti..
...parti yg bnar7MERAIkan ramai GENIUS2 yg dihormati serta mnjd pujaan diHATI
...GENIUS2 yg bnar2 rela-CINTA brbakti..SELFLESS, totally surrender 2 d ALMIGHTY-&-ummah as d absolute-TOP priority..
...GENIUS2 sprt nabi2 as yg LANGSUNG smaskali tiada sklumitpon "NIAT" pentingDIRI yg mmiliki merit-AUDIT-dasar-HATI yg tak perlu diragu & disangsikan lg..
Satu keputusan yg bijak...takbirrrr......
BalasPadamtak sabar2 nk tegakan khidupan Islam melalui wadah baru.inspirasi anak muda Malaysia.selamat tgl pas.kembalikan pas ke kampung asalnya.cadangan nama parti keadilan islam Malaysia pkim..
BalasPadamSalam semua:
BalasPadamYES,YES, act fast,at least we need one year/2 years to strengthen the party.Mengalu-galukan penubuhan party baru, bijak kerana melalui pertubuhan NGO Pasma,Party baru yg merangkumi pertubuhan-pertubuhan yg ingin bersama Rakyat.Insyallah saya bersama keluarga,rakan-rakan yg belum berparty akan mengerakan satu rangkain networking secara consistent sehingga PR14.
Kali ini kena berhati-hati, supaya kegagalan APU/PAS tidak berulang,kita berparti bukan kerana "EMOSI" tapi kerana "reality" dan jika kita hendakkan Malaysia negara makmur dan sejahtera bebas rasuah,jauhi fahaman perkauman yg sempit dan membentuk bangsa melayu mempunyai daya saing yg sehat dan penerapan nila-nilai islam yg mungkin 500,1000 tahun lagi malaysia menjadi negara islam sepenuhnya melalui akhlak-akhlak yg murni dan mulia untuk dicontohi.
Salam GB:All the best, jika ada apa2 shedule kempen penerangan pembentukkan parti" tentang hala tuju"perlembagaan party sila maalumkan.Terima kasih.
WASSALAM.
PR harus berhati2 dgn Pas. Hj Hadi dan barisan pimpinan baru ibarat virus yg bernanah akan merosakkan segala harapan dan peluang rakyat utk melihat Malaysia yg lebih baik. Mrk akan berkomplot dgn Umno utk menggagalkan strategi PR. DAP dah tahu niat jahat pimpinan Pas terutama Hj Hadi.
BalasPadamSudah sampai masanya golongan muda dan Professional Islam bangkit bergabung membina parti baru yg lebih dinamik dan berintegriti seperti yg dituntut oleh Islam sebenar.
Hikmah muktamar membuktikan Pas dah tak boleh diharapkan lagi memperjuangkan Islam dan keadilan. Pas is past, a gone case...
Mubarak PASMA diatas inisiatif pnubuhan parti bnafaskan roh Islam yg baru. tdak perlu meletakkan kalimah Islam. cukup sekadar dgn meletakkan kalimah yg menunjukkan Kesepakatan & Pjuangan spt Islah, Ikwan atau yg senada dgnnya.
BalasPadamHalangan utk pdaftaran pasti ada dari ROS. kalau gagal dpt kelulusan, ambil parti2 yg dah lama pasif spt Hamim atau Berjasa & jenamakan semula dgn nama baru sama mcm yg dilakukan oleh KeADILan.
My 2 cents
assalam admin, saya, keluarga dan rakan2 lain amat bersetuju dgn penubuhan parti Islam yg baru ini nanti. InsyaAllah kami akan sertai setelah ianya ditubuhkan. Tidak sabar rasanya untuk melihat saat2 kejatuhan umno/bn pada pru yg akan dtg ketika harapan kita seolah semakin menipis akibat kerenah PAS yg berikap begitu memualkan. 'Pas For All'cuma tinggal kenangan dah. Sticker pada kereta saya dah buang. Malu kpd bangsa asing yg semakin menjauhkan diri dari PAS..Permudahkan keahlian ;antaranya secara online.. wasallam
BalasPadamApabila ulama menjadi ULARmak maka parti PAS wajib ditolak rakyat. Orang yang betul-betul beragama (tak kira agama apa pun) tidak akan memamki hamun sesiapa pun.
BalasPadamJelas ULARmak dalam PAs bukan lagi mewakili golongan yang benar-benar menghayati Islam.
Rakyat memerlukan sebuah parti Islam yang moderate dan menjadi sebuah PARTI FOR ALL. Islam itu Indah.
Setuju dengan Azhar Rangkuti. Saya pasti kajian kes akan dan mungkin telah dibuat melihatkan kejayaan AKP di Turki. Gerak kerja mesti dibuat berasaskan maslahat masyarakat dan alternatif yang boleh ditawarkan. Nama Islam tidaklah perlu. Tapi akhlak Islam mestilah ditonjolkan.
BalasPadamBagus.sudah lama menantikan parti islam baru.inilah saat yg ditunggu2.tahniah pasma
BalasPadamApa pulak komen para ulamak ttg penubuhan parti baru nih.mst diorg kata parti barua DAP.kahlahkha.itu jela tahap pemikiran ulamak
BalasPadamPasma for all
BalasPadamklu dulu mak bapak antau anak pi mengaji kat mekah,mengharapkan anak balik jadi org alim,tapi sekarang bila balik azhar dapat title ustaz mula kupul duit dgn menjual ilmu....bina kekayaan dan sanggup jadi barua mengkhianati rakyat yg mengharapkan pembelaan dari org2 alim tapi betul2mengecewakan
BalasPadamNampaknya Presiden PAS ini bukan sahaja mencipta sejarah presiden PAS paling lama tetapi juga presiden PAS yang berjaya mewujudkan NGO dan juga sebuah parti baharu...Hassan Ali dipecat wujud NGO Jati...Krisis kepimpinan MB PAS Kedah melahirkan PASMA...Kecelaruan Muktamar PAS bakal lahir parti baharu....
BalasPadamHebat sejarah yang dilakar Presiden PAS dan Kumpulan Pro Ulamanya....
Gara gara Mokhtar "SNEAK" dan DUPP yang mempunyai keegoan yang tinggi kerana menerima dan meluluskan usul yang "BANGSAT TU maka terlahir lah sebuah pertubuhan yang bakal mengantikan PAS yang sudah usang itu. Keusangan nya ada lah di sebabkan beberapa kerat para pemimpin yang sombong dan bongkak dan beranggapan seolah oleh PAS itu hak mereka. Mereka yang tidak berpuas hati dengan cara penipuan pemilihan dengan cara paksa melalui apa yang di panggil"CHAI" sudah tentu gembira dengan pengumuman itu. Especially my friend Mr. Yunus and his colleague.
BalasPadamTetapi ada sesuatu yang mengusar kan hati saya, di mana mereka akan bermasyuarat, di MARKAZ PAS walau pun di bena dengan derma orang ramai sudah pasti tidak di izinkan.
aku setuju 100%, pujuk golongan pro yg tersingkir masuk parti baru ni memperkuatkan dan perkasakan gabungan PR dan aku yakin majority rakyat melayu Islam yang rindukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik akan menyokongnya.
BalasPadamaku setuju 100%, pujuk golongan pro yg tersingkir masuk parti baru ni memperkuatkan dan perkasakan gabungan PR dan aku yakin majority rakyat melayu Islam yang rindukan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik akan menyokongnya.
BalasPadamPAS tidak lebih dari sebuah parti politik cuma di tambah Islam se Malaysia. Islam se Malaysia ini sudah tercicir ketika pertama kalinya pemimpin PAS caci mencaci, maki hamun dan fitnah lawan mereka. Yang sedih nya semua perbuatan ini dilakukan oleh puak yang menganggap diri mereka dari geng ulama. Ada ustaz dan ada yang lilit serban besar besar dan anggap diri mereka ulama. Kalau ia pun parti politik perlu ada ulama maka ulama ini mesti ulama yang cerdik sepertimana yang dituntut oleh Islam cerdik dalam membuat keputusan yang kritikal.
BalasPadamPemimpin PAS yang terpilih dalam Muktamar 2015 tidak lain tidak hanya pemimpin politik saja tapi berwajah dan imej ulama saja. Keikhlasan mereka dalam menangani masalah rakyat, nyata mereka sudah gagal dan ini dapat dilihat ketika berlaku banjir besar di Kelantan. Dalam dewan Parlimen tiada seorang pun yang berwajah serban besar atau ustaz dari geng ulama ini berjaya membawa isu rakyat untuk dibahaskan atau mengambil bahagian dengan membawa hujah menentang pihak lawan.
Gambaran, PAS Fo All juga terpadam dengan sendirinya apabila geng ulama ini berkempen untuk muktamar dan berkelahi dengan kawan dalam pakatan. Geng ''ulama'' juga telah menunjukkan sikap mahu berbaik dengan pemerintah ketika ketua pemerintah terbabit dalam beberapa skandal yang ia tidak berani berdepan dengan Mahathir. Ketika semua menolak Najib mereka diketuai Hadi menyokong Najib. Apa yang tersirat di sebalik drama ini, penyokong dan ahli kena buat pemerhatian dan buat keputusan sendiri. Yang jelas, PAS tidak lagi seperti almarhum TGNA.
Najib da bagi salam tahniah pada hadi n d gang menang besar pemillihan cai taraf bangkai..nasarudin mat isa pun da bunyi pasma akn bt undi melayu pecah..lagi lawak cua soi lek pun ade bg statement bagus umno dan pas bergabung..prof kang kung pun ada ulas pas x perlu tahaluf siyasi dgn dap dan pkr malah kena tahaluf silaturahim dgn umno..hadi pun ade ckp umno x sejahat firaun..
Padamgendang ug makin kuat dipalu nampaknya..kah kah kah...
ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..
Setuju Parti baru diwujudkan. Masing masing akan membawa halatuju yg difikirkan sesuai utk parti masing-masing. Rasanya PAS tak akan tergugat teruk dgn Parti baru.
BalasPadamPas keluarlah dari Pakatan. Jgn jd duri dlm daging dlm PR.
Padam.
BalasPadamKita tidak ada pilihan lain lagi selain dari menubuh parti baru yang berbeza dengan cara yang telah di persembahkan oleh PAS pro ulamak yang memalukan dan merosakan Islam.
Keperluan menubuh parti yang baru ialah kerana pemimpin baru PAS tidak langsung menghormati usul yang mereka sendiri terima tanpa bahas. Kegopahan dan tindakan yang paling bodoh ada lah satu alasan yang cukup kuat untuk kita tubuh parti baru, jika di bandingkan dengan dosa-dosa mereka seperti makian dan melabel orang yang tidak sependapat dengan mereka apalagi cara kempen yang langsung tidak menunjukkan Islamik nya.
Kita juga tidak ada pilihan lain apabila tanpa rasa malu pemimpin pro Ulamak masih kekal dalam PR.
Maka dengan itu, hanya dengan membubarkan PR, baru lah secara automatik PAS terkeluar dari gabungan tiga parti tersebuti. Selesai masalah. Bagaimanapun bergantung kepada apa yang di doa kan oleh Mursyidul di depan Kaabahdan samada di makbul kan atau tidak
Kita sependapat dengan azhar rangkuti tetapi parti baru tersebut perlu sekumpulan pemimpin politik yang sama dengan pemimpin gerakan Islam seperti NGO Islam. Parti baru ini hanya untuk orang Islam walaupun keterbukaannya menerima DAP dalam isu rakyat. Parti baru ini pun seperti ahli PKR yang beragama Islam tetapi parti baru ini tak perlu menonjolkan Islam nya seperti parti lama PAS yang lebih mementingkan wala dan hanya mengambil satu hukum sahaja untuk menunjukkan parti lama PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.
Kepada Allah kita kembalikan.
Nampaknya Pas baru benar2 dh terlepas peluang keemasan utk mobalisasi sentimen kebencian rkyt kpd kebobrokkan Bn.Ayoh sama2 kita jauhkan diri dari Pas baru ciptaan cai walaq.Say no to Pas baru!!
BalasPadamTak perlu parti baru lebih baik singkirkan hadi lebih mudah. Bukan mudah nk tarik ahli pas masuk parti baru mereka pun mcm umno mmg susah punya nak tarik mereka ni ..pas tegar Lebih mudah sungkirkan prsideng akhirnya tak susah nk cari ahli baru..yg boleh sokong perjuangan pakatan...
BalasPadam