Dinobat ‘Perwira Ubah’, Pak Samad sah sertai DAP
Selepas sekian lama menyimpan hasrat, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyertai DAP hari ini bagi meneruskan usaha mendekati rakyat. Ahli DAP baharu yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu turut diangkat sebagai “Perwira Ubah” oleh penasihat parti Lim Kit Siang.
"Mereka menganggap tindakan ini akan mencederakan imej sasterawan negara, tetapi bagi saya ia tidak menjadi masalah kerana setiap tindakan pasti ada pro dan kontranya," Samad dilaporkan sebagai berkata.
Pak Samad berkata sudah lama menyimpan hasrat untuk menyertai DAP namun tidak pernah dizahirkan walaupun ada golongan yang berasa kurang senang.
Ketika ditanya The Malaysian Insider mengapa menyertai DAP dan bukannya PKR atau pun PAS, Samad berkata salah satu sebabnya adalah parti sekular itu lebih mewakili rakyat Malaysia.
Katanya, DAP sudah mula menunjukkan kemesraan kepada orang Melayu namun gambaran media sering memberi gambaran sebaliknya.
“Saya fikir mula mesra tetapi biasanya gambaran media yang merosakkan. Kalau kita lihat interaksi pimpinannya, individu yang mewakilinya, ia sangat merangsang bagi saya.
“Saya mahu memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kebahagiaan yang sedapat boleh,” katanya.
Samad berkata apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat (PR) kini membimbangkan namun beliau perlu meneliti keadaan semasa sebelum dapat memberikan pandangan lanjut.
Ditanya, adakah wujud kebimbangan statusnya sebagai sasterawan negara tetapi menyertai DAP, Samad berkata, “Langsung tak takut.”
Penyertaan tokoh sasterawan negara itu dilihat sebagai usaha membantu DAP menarik lebih ramai penyokong Melayu, memandangkan parti itu sebelum ini menjadi bahan belasahan PAS dan Umno apabila dilabelkan sebagai anti Islam dan Melayu.
Samad, 80, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times memulakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2009.
Beliau juga sering dilihat aktif menyertai himpunan dan demonstrasi anjuran PR dan badan bukan kerajaan, memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut reformasi pilihan raya. – TMI
ULASAN GB
Berita Pak Samad menjadi ahli DAP ini berlaku disaat suasana hubungan DAP dan PAS begitu tegang.
Presiden PAS terang-terangan sebelum pemilihan di muktamar ke 61 memberi katadua kepada perwakilan, pilih beliau atau calon yang disukai DAP. sebagai pemimpin parti.
Di muktamar pula, Dewan Ulamak membuat usul memutuskan kerjasama dengan DAP dan ia telah diluluskan sebulat suara oleh perwakilan tanpa bahas.
Selepas dari itu berlaku rentetan berbalas-kecaman di antara kedua-dua parti.
Kesan daripada pemilihan juga, tidak sedikit dari ahli-ahli PAS yang bertindak terus mendiamkan (mengasingkan) diri dari menjadi peserta aktif parti malah ada yang lebih keras, bertindak meninggalkan parti sebagai tanda protes penyingkiran golongan progresif dari parti.
Sebagai sebuah negara demokrasi, adalah menjadi hak Pak Samad untuk emilih mana-mana parti yang beliau ingin sertai. Dan berdasarkan pengamatan tajamnya berliau memilih DAP.
Menurut Pak Samad DAP lebih mewakili rakyat Malaysia dan beliau mahu memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kebahagiaan yang sedapat boleh.
Langkah PAk Samad bakal diturut beberapa orang Melayu Islam yang lain dan senario terbaru ini nampaknya akan membantu mengukuhkan DAP sekaligus Pakatan Rakyat berbanding dengan apa yang berlaku kepada PAS.
Hukum kebenaran dan keadilan nampaknya berpihak kepada DAP dan bukan kepada PAS di sebalik krisis DAP-PAS.
Kita sama-sama tunggu dan lihat episod selanjutnya.
Alhamdulillah, Pak Samad, semoga Pak mendapat apa yg Pak impikan. Sebagai seorang yg dianugrah kepetahan berkata kata, sumbangan Pak dlm melestari hubungan kaum, dlm erti kata memupuk proses kenal mengenal, dialu alukan dan mendapat hidayah dan taufiq Yg Maha Pencipta.
BalasPadamDAP satu Parti Politik mementing kan Rakyat
BalasPadamTahniah Pak Samad Said !!!!
Kita satu keluarga mengundi DAP atau PKR
Parti Politik patut memjaga Rakyat , dan bukan menjaga Pemimpin nya
PAS sudah jadi Parti Politik Kartun wujud memper kaya kan kuasa Presiden sama seperti UMNO dan parti parti politik bahalol yang lain
DAP ini Realistik
Ada nilai ekonomi dan ber pikiran positif serta senantiasa pentingkan Integriti dan Transparency
DAP dengan 50 MP pun tak mungkin dapat kerajaan Malaysia ada 222 MP lah
Tapi orang orang Melayu BODOH di sangka DAP dapat kuasai Kerajaan dengan 50 MP
Moga2 Melayu mula buka OTAK dan MATA akan keeujudan DAP dan ekonomi negara
DAP ini dan Cina yang menguasai ekonomi negara , bukan si Bahalol UMNO semua nya puppet sebab hidup menongkat langit
BIla umat Islam memperTuhan kan Duniawi macam Hadi dan Najib , maka hancur lah manusia dan bangsa itu.
Ikut aja Ajaran NABI SAW sudah !!!!!
Bravo n salute pak samad..!!!
BalasPadamKalau ramai melayu macam ni!! Melayu yg ada intergeriti dan tak bertongkat, tidak ada dendam dan irihati, berusaha sendiri dan mempelajari kesilapan-kesilapan bangsa, InsyALLAH, satu masa nanti orang-orang melayu akan menguasai DAP, Orang-orang Melayu ini orang berfikiran bijaksana bila melakukan tindakkan ,bukan mengunakan emosi. Kalau tenguk status "Rate of Birth" bangsa melayu di malaysia memang tinggi.3 to 1 (campur semua bangsa).Bangsa yg berintegeriti dia tiada akan irihati akan kejayaan orang lain,ia akan cuba belajar dan terus belajar, bangsa ini ia tidak akan menghianati bangsanya sendiri,malah akan menolong memperbaikinya, tidak membenarkan rasuah,dan menurut perintah membabi buta,dan yg penting penerapan nila-nilai islam akan terjadi ,akhlak yg mulia membantu sesama rakan,tiada khianat mengkhianati,usaha memperbaiki ekonomi/menikmatinya dgn cara adil,tiada tamak haloba,memahami sesiapa berkerja kuat dia yg berjaya.Insyallah negara kita akan bebas rasuah,dan pelampau2 agama(macam negara islam lain)
BalasPadamWASSALAM.
Terbaik broo ulasan lu..tepat dan bernas...
PadamTaniah pak samad.kita kena faham menang kesemua 50 mp tidak akan menguasai kerajaan.itu gunanya gabungan pakatan rakyat, bergabung dalam pakatan yang memungkin memperoleh kemenangan majoriti dari umno bn.
BalasPadamSemua nabi2 yg berAKIDAH-samawi-slurus7CAHAYA
BalasPadamSemua mukmin yg berAKIDAH-samawi-slurus7CAHAYA
Semua pejuang kemanusian yg berAKIDAH-lurus
Semua rkyat marhaen yg berAKIDAH-lurus
Semua kaum-bangsa yg berAKIDAH-lurus
SEMUA
SEMUA SEMUA
SEMUA mrk yg diatas itu "waras" berjuang demi mnuntut & meNEGAKkan..
---sbnr7HAQ-KBNARAN-azali ddlm mncari pnyelesaian kpd masaalah2 khidupan
---sbnr7KEADILAN-univrsal yg tlh diakui ATAU tlh dijanji-SEPAKATI brsama2..
---sbnr7ERTI-amanah-telus-merit-jujur-ikhlas-KASEHsayang ddlm SYSTEM brnegara..
---INTEGRITY
---TRANSPARENCY
---dan AKAUNTABALITI adalah prinsip-DASAR-TUNJANG-fundamental asas yg diprjuangkan!
Mrk smua sgt7BENCI kpd lanun-samun-GELAP-songlap-rasuah-FITNAH...ZALIM menindas!
SEBALIKnya
Kpd Yahudi yg berAKIDAH-khianat
Kpd Nasrani yg berAKIDAH-brcabang
Kpd Munafiq yg berAKIDAH-gelap
Kpd Agamawan yg berAKIDAH-songlap
Kpd walaon yg berAKIDAH-tolol
Perjuangan mrk yg diatas ini pula adalah..
--belit PUTAR
--AUTA klentong keliru SAMAR
--sandiwara DRAMA ilusi u-Turn konar
--menipu menindas mmenjara mmFITNAH meLANGGAR!
--klepet samun LANUN songlap-BALAK rompak korup RASUAH "SAMAN"!
Mrk akan bersemangat skali berhujah soal-BANGSA-kaum-ugama-raja & retorika negara
Mrk juga mnjd sgt EMOSI berapi2 skali bercakap soal-HUDUD LGBT nama-ALLAH & bible
TETAPI..
TETAPI..mrk tolol-bisu dgn lanun-RASUAH yg sgt2 parah bgmn HUTANG negara bratus2-BILLION!?
AGAMAWAN-fakeh-HUDUD-tolol dgn walaon2-tolol nya juga SENYAP-bisu pasal-songlap-RASUAH hutang-1'MDB itu sbaliknya mnyokong dan setuju pula dgn PM yg paling korup itu yg trang2an mnZALIMI dan mlemaskan rkyat..
WAJIB
WAJIB & WAJIB
WAJIB skali makna/ERTI/definasi apa itu-AKIDAH diARIFI & disemak kembali?
Adakah AKIDAH ygBENAR itu krn topeng jubah & SORBAN?
Adakah AKIDAH ygLURUS itu krn krn pandai mmutar2BELIT hadis Quran??
Adakah AKIDAH nabi2 & nabi SAW itu sbb ucapan SYAHADAH yg cuma "manis" dibibir???
Bgmn pula dgn AKIDAH yg-SESAT & yg-MURTAD????
BUKAN & bukankah SESAT & MURTAD itu adalah gandingan-sjahat7"perbuatan2" yg bnar7MENIPU "meNGELIRU"-mmFITNAH bnar7MENINDAS & bnar7MENZALIMI ummat?????
Begitu kah pmimpin?
Begitukah IMAM semayang??
Adakah "nilai"nya jk mrk smayang & mnjd IMAM ddlm smayang???
Kemah keming bohh!!!...
PadamLim Guan Eng my respected hero,
BalasPadamDisebabkan DAP ambil pendekatan untuk meramaikan ahlinya dari keturunan melayu
Maka
Ulartrmak sesat Pas sudah gelabah dan jealous
Sejak diana di angkat calon dan insyallah ramai lagi professional melayu jd calon DAP
Maka tercirit burit laah pas di celah paha umno...
LGE must bear in mind that the islam brought forward by pas is bot the True islam it is in deed a wrong version of islam that leads its members to the path of satan nirajiim!!! Straight to hell!!
If you study the prophets n his companions and sahabah... You will find the beauty of islam n the shrine of wisdom justice equality..
Saya mohon dewan ularrrrmak pas jilat balik ludah mereka yg meleleh di kuala Selangor dan menarik balik penghinaan terhadap DAP
Jilat balik air liur beracun kamu terhadap DAP!!!
Diorg ade telor ke..kah kah..telajak perahu blh diundur..telajak kata buruk padahnya...Parti Islam Semalaysia is dead under tuang presideng..yg wujud hya la Parti Siku lutut Semalaysia..khalas..
PadamTerbaek pak samad.berani kerana benar.satu Tamparan hebat buat pasikulutut
BalasPadamTahniah Pak Samad,tuan ada hak untuk memilih mana2 parti yang tuan suka, teruskan perjuangan Pak Samad
BalasPadamDari dulu lagi parti pembangkang dominan ialah DAP. Yang lain2 hanya tengelam timbul. Parti DAP memang terkenal menentang penyelewengan dan salah guna kuasa BN. Dibawah ini ialah pengakuan sorang nenek yang amat sedih cucu dalam penjagaannya dirosakkan oleh pemerintah BN:-
BalasPadam"cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.
Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.
Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen"
Bertapa teruknya LGE dimasa mudanya telah dikianat dan dijatuh hukuman 18 bulan kerana di masa itu pembangkang adalah lemah. Sambungan dari nenek:-
"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.
Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.
Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.
Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka "
Apa nak ditakut dengan DAP. Inilah satu salah guna kuasa yang Hj Hadi nak suruh sokong!
Di zaman Nabi Musa baginda pernah dibesarkn di istana firaun atau dgn erti kata lain firaun juga amat besar jasanya kpd Nabi Musa 'alaihissalam..
PadamNamun begitu apabila firaun tetap juga menentang ajaran baginda, firaun akhirnya dilaknat jg oleh Allsh swt..
Pengajarannya ialah x kira sape2 pun yg pernah berjasa pd kita tp apabila akhirnya mereka menentang islam (hudud sbg cth) akhirnya akan dilaknat oleh Allah jg sekiranya x sempat bertaubat atau mendpt hidayah Allah swt..
hoi wan rosli bongok,
PadamItu Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi kata tegakkan pemerintahan Islam yang adil dulu, jaga kebajikan rakyat dulu sebelum laksanakan hudud. Apakah kamu mengganggap Ketua Ulama Sedunia itu menentang Islam?
Dear wan rosli..sekadar bertanya...
PadamBenarkah private member bills yg di bawa hadi itu hudud yg kudus dari Allah Swt..
jika benar bagai dikata..kenapa terlalu tergesa2 utk dibawa ke dewan rakyat..
kenapa tidak dibentangkan dahulu kepada mppr sebagai menghormati dasar bersama pr..
dan kenapa ajkpp pun tidak tahu menahu isi kandungan private member bills itu??
Pandikar amin mulia ade mengatakan private member bills yg dibawa hadi hya blh dibentang jika mendapat green light dari putrajaya..sidang akan tutup dlm masa kurang dari 4 hari lagi..agak2 sempat x nk bentang??
sekadar bertanya..
Salam semua;
BalasPadamSaya berbangga ramai netzens melayu,majoritynya di sini bukan berfahaman kebangsaan yg sempit. Tahniah GB kerana berani, mengeluarkan issue yg sensitive ini.Orng-orng melayu jika nak berjaya di dalam apa bidang sekali,mestilah mempunyai Sifat JATIDIRI yg kuat, memang kita dari awal sejak kecil kita diajar bertongkat, dipanggil "Bumiputra" Setiap TINDAKKAN,activiti harian Kita hanya bergantong pada "keBUMIpuetraan kita,tidak diajar bersusah payah,bekerja berdikari,bermula dari bawah,menjadi tabiat pada setiap ujian,Di sebabkan kita Di SUAP setiap masa,maka kita tidak ada JATIDRI setiap kegagalan, kIta akan menyalahkan bangsa2 lain,Yahudi,america,israel dan macam2 lagi.Itu sebab "Dasar 30% ekonomi bumiputera" Gagal, Ada BANK BUMI: Lingkup,ADA BUMUPUTRA COMMERCE:hancur,ada saham felda:hampir2 mati, Ada UDA-Jahanam, Ada -Mara- Hidup segan mati tak mahu,Ada beribu macam insentive "BANTUAN" dari kerajaan umno semuanya GAGAL.Kenapa???Sebab sikap orang-orang melayu itu sendiri??suka beremosi,irihati (tak kira ulamak/orangbiasa),selalu dimanjakan,suka menyalahkan orng lain akibat kegagalan diri sendiri, YG paling bahaya bila di doktrinkan Tanpa Kuasa pEMIMPIN2 MELAYU umno/pas,Melayu HABIS dah tak boleh cari makan: Yg inilah menguasai orang melayu berabad-abad lamanya:Walaupun pemimpin-pemimpin inilah yg menjahanamkan orng2 melayu seprti "KEMALASAN", "TAK MAMPU BERDAYA SAING""MENGHARAPKAN BELAS IHKSAN ORNG""SUKA MENYALAHKAN ORNG JIKA SENDIRI YG GAGAL""SUKA MENGHIANATI JANJI untk mencapai cita2 sendiri".
ALHAMDULILLAH JIKA PERKEMBANGAN SEKARANG INI MENAMPAKKAN orang-orang melayu sudah berani keluar dari kepompong "takut hilang kuasa", kepada usaha gigih untuk berjuang mendaulatkan bangsa melayu yg tidak gentar di dalam suasana "GLOBAL" MENJADIKAN ISLAM sebagai budaya hidup untuk dicontohi oleh generasi akan datang.I'd like to thanks to my mentors abg mat,and others,who lead the new generation for a new Malaysia.
WALLAHUALAM.
.
BalasPadamCina yang pakai Baju T 'PAS FOR ALL'.
Cina yang kibarkan bendera PAS.
Tapi melayu yang masuk DAP !!
Title Sastrawan Negara menaikkan lagi mertabat DAP. Bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times ini bukan calang-calang orang dan Islam pulak. Bukan Sastrawan ini tak tahu yang DAP marah PAS sebab hudud !
Tanya lah kita kenapa kita sokong DAP? Tanya lah..
Kita sokong DAP sebab Dyana Sofea.
Kepada Allah kita kembalikan.
.
BalasPadamDAP betina. PAS Jantan. Kalau jantan tapi bacul pun tak guna, Dayus. Dah lafaz talak tapi tak nak bercerai.
Itu lah sebabnya Pak Samad pilih DAP.
Sudah tiba masanya Melayu menguasai Dap.
BalasPadamSuara Melayu mesti ada dalam Dap.
Nak harap Umno dan Pas masih berkira poket sendiri.
Perbetulkan rasis Dap dari dalam.
Perbanyakkan melayu yang cerdik dalam Dap.
Jangan jadi barua Dap sudahlah.
DAP tiada masalah orang Melayu masuk jadi ahli dan bakal bakal calon dari kalangan professional lebih banyak peluang terbuka jadi calon Pilihan Raya kalau menyertai DAP.
BalasPadamDari dulu lagi DAP mengalu-alukan calun professional Melayu tapi mereka malu malu sebab media memberi gambaran yang negatif terhadap DAP dan pemimpin agungnya. Bukankah itu kerja media nasional hitamkan yang putih dan putihkan yang hitam. Sebab itu tiada banyak laporan berhubung 1MDB.
Jom kita ramai ramai masuk DAP dan memperbanyakkan calun Melayu profesional dan berwibawa dan bukannya ''spy'' UMNO atau talibarut UMNOBN menyertai DAP. Insyallah negara akan dapat pemimpin berwibawa seperti Rafizi, Hatha Ramli dan ramai lagi. Pak Khalid Samad adalah seorang jaguh wakil Parlimen yang elok masuk DAP.
Org Melayu semakin celik dlm berpolitik. Momokan dan serangan utk memburukkan DAP tak memberi kesan di zaman internet dunia tanpa sempadan.
BalasPadamTahniah Pak Samad kerana bijak membezakan antara agama dan politik.