4 Apr 2015

[VIDEO] TRAGIS - Ibu Asyik Dengan Handfon, Anak Maut Jatuh Escalator


Kanak-kanak perempuan maut jatuh dari tingkat dua di Kenanga Whosale City Mall

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di Kuala Lumpur, hari ini.

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungihari ini.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Bernama


CCTV rakam detik akhir kanak-kanak jatuh

Detik-detik akhir seorang kanak-kanak enam sebelum terjatuh di sebuah kompleks membeli belah di ibu negara berjaya dirakam litar kamera tertutup (CCTV).

Dalam kejadian pada jam 3.04 petang Jumaat, mangsa kelihatan bermain di eskalator kemudian terjatuh dari tingkat dua.

Dalam rakaman berdurasi seminit itu, kelihatan seorang wanita yang berada berhampiran sambil asyik menggunakan telefon bimbit.

Ketika itu kelihatan mangsa asyik bermain dengan seorang lagi yang hampir sebaya dengannya.

Kanak-kanak malang berkenaan, Nurhayada Sofia Musa dikatakan datang ke Kenanga Wholesale City Mall dengan ditemani ibu bapanya.

Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


-FMT




11 ulasan:

  1. seorang anak sudah berjaya menjadi ahli syurga.
    ** tertakluk kepada terma dan syarat**

    BalasPadam
  2. Melayu

    Kalau ada yang ber tanggung jawab sudah kira amat bagus sebagai Mak Bapak

    Zaman sekarang ini mana ada yang betul2 sayang anak sangat

    BalasPadam
  3. Smartphone is for smart people. If you are not smart stop using one

    BalasPadam
  4. Selalu nampak bawa anak dalam kereta, driver letak anak atas riba, ingat anak airbag ke?

    BalasPadam
  5. Watak Utama dalam rakaman tersebut ialah si Ajal

    BalasPadam
  6. Anon 8:52am - awak belum makan ubat lagi ke sebelum buat komen bodoh macam tu ? Anak kecil tu baru berumur 6 tahun jadi kenapa keluarkan komen sebodoh "tertakluk kepada terma dan syarat" ?
    Tempat roh anak ini bersemadi sekarang adalah bersama sama mereka mereka yang dijanjikan syurga kerana anak ini masih bersih dan tidak ada dosanya.

    BalasPadam
  7. tolong kasi clear sikit, yg jatuh kanak2 pakai tudung putih atau sorang lagi. Kanak2 yg pakai tudung putih tu dtg kemudian dgn ibu dia , yg sorang lagi tu, dah ada kat situ awal. Ke dua2 anak, si wanita handphone tu?

    BalasPadam
  8. Aku cukup meluat betul la dgn mak bapak yang ada anak2 kecil..tapi tak berapa peduli bila berada kat tempat2 yg perlu diberi perhatian tentang keselamatan anak2. Dah banyak kali aku berhadapan dgn situasi budak2 bermain dekat eskalator tapi mak bapak buat bodoh jer.... aku pulak yg marah dan larang budak2 tu dari bermain disitu !Pada aku...lebih baik aku larang dan marah daripada perkara yg buruk berlaku didepan mata aku. Mak bapak dia kalau nak marah kat aku...itu cerita nombor dua ! Yang penting...aku tak mau kemalangan yg tak diundang ini terjadi didepan mata kepala aku. Tolong la mak bapak yg ada anak2 yg tak makan saman ni....beri perhatian lebih sikit pada anak2...JGN TERLALU OBSESS sangat dgn gadget tu ! Gadget boleh diganti...anak ?????? Adoiiiii.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko sama ngan aku anonymous...smpai terjerit2 aku marahkan anak org kat shopping moll..mane ntah mak bapak die..

      Padam
  9. Atok pernah menegur ibu2/ bapa2 muda yg biarkan aje anak2 mereka main2 di tempat2 bahaya, kebanyakan mereka macam tak suka kita menegor, dah lah tak ucap terima kasih, senyum pun tak.

    Ini lah kebanyakan Melayu Islam sekarang.

    BalasPadam
  10. Ini salah satu kecuaian Ibu Bapa

    Ketika melintas di jalan raya Ibu atau Bapa mengadap arah kenderaan datang dengan dua anak di belakang Tiba tiba bila melintas Ibu atau Bapa rasa tak lepas berpatah balik Si anak terlajak Yang dipegang mungkin juga terlepas Pada saya biar anak di depan kita

    Perhati kan kebanyakan orang melintas mula mula lari tetapi sampai tengah jalan berhenti berlari dan jalan berlenggang Mereka perlu ingat ramai pemandu yang guna handphone ketika memandu

    Ibu Bapa kerap melintas dekat selekoh

    Ibu Bapa biarkan anak keluar kereta bersendirian sebaik parking kereta

    Anak kecil tak diberitahu supaya jangan berada di belakang kereta bila lampu reverse menyala

    Anak kecil berdiri di tempat duduk hadapan Bila kereta break emergency anak tercampak dan terhantuk Pernah terjadi si anak koma sebab bapa break emergency mengelak kambing melintas di jalan kampung

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.