4 Apr 2015

TDM: Najib Jangan Hanya Kata "Merepek", Siasat Dakwaan Sirul!


UMNO dan PRU 14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri. -chedet.cc


Tiba masa kebenaran didedah, kata Ku Li kepada Najib

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, sependapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hari ini membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri, menegaskan masanya sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mesra dengan panggilan Ku Li, beliau berkata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pasti mempunyai asas yang kukuh mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.

"Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini," katanya merujuk senarai pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Najib dan pentadbirannya seperti dicatatkan Dr Mahathir dalam blog popularnya hari ini.

Antara tuduhan itu termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, skandal kewangan syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kekayaan anak tiri Najib, Riza Aziz dan hubungannya dengan ahli perniagaan Low Taek Jho serta pembelian jet peribadi.

Ku Li berkata, sebagai pemimpin veteran, Dr Mahathir sudah pasti memahami akar umbi dengan cukup baik, dan mengakui yang sekiranya isu yang timbul tidak ditangani dengan baik, akan sukar bagi sesiapa pun untuk memenangi pilihan raya umum (PRU).

"Beliau tahu bagaimana situasi parti politik yang berhadapan PRU. Isu yang tidak selesai, sudah pasti sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan," kata ahli Parlimen Gua Musang itu.

"Saya pasti ada sebab beliau keluarkan kenyataan itu," katanya yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata.

Dr Mahathir di laman blog chedet.cc hari ini berkata, sekiranya Umno masih lagi di bawah pimpinan Najib berhadapan PRU14 akan datang, Barisan Nasional (BN) akan tewas.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, ramai ahli dan kepimpinan parti Melayu itu kini dilihatnya setia secara membuta tuli.

"Saya juga setia, tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini," katanya.

Susulan kenyataannya itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim terdahulu hari ini mencadangkan Umno mengadakan perbincangan tertutup bersama Dr Mahathir.

"Apa yang Tun kata mungkin ada betul mungkin tidak. Tetapi sudah pasti beliau berhati-hati masa menulis dan tentulah beliau mempunyai kekuatan fakta.

"Nasihat saya, ini soal parti yang tidak boleh dibincang secara terbuka, maka eloklah kita bincang secara tertutup.

"Maka saya syorkan supaya Ku Nan ambil daya usaha untuk selesaikan polemik berpanjangan ini, dan bincang dengan cara adik beradik," katanya merujuk kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
-TMI



Show some respect and answer Dr M’s queries, Najib told

It is time Prime Minister Najib Razak meet his accuser, Mahathir Mohamad head on and answer all his questions about 1MDB, said Zaid Ibrahim in a series of tweets today.

Reminding Najib that all the questions posed on 1Malaysia Development Berhad so far had been legitimate, Zaid added, “Dont make fun of Tun M. All he wanted was some answers. All legitimate questions. PM has to face his accuser head on.”

A former law minister with the government, Zaid also said that while many attributed Najib’s success at becoming PM to his wife, Rosmah Mansor, he felt differently and said it was Mahathir who made him the man he is today.

“Some say Najib would not be PM if not for Rosmah. I say Najib owes it to Tun for what he is today. Least he can do for Tun is respect him.”

Zaid also said that it did not matter who was asking the questions as long as the questions were important and warranted an answer.

“U may not like Tun M but thats not the issue. Are the questions he raised important? Its not about the questioner but the question,” he tweeted regarding Mahathir who is widely regarded as Najib’s harshest critic ever since withdrawing support for his leadership last year.

Zaid even suggested Najib go public with his answers and tweeted: “What better way than appear on TV and answer all the questions Tun had asked. That’s being respectful to the man and the people too.”
-FMT





14 ulasan:

  1. mungkin ya mungkin tidak.

    hadi boleh letak calon disemua kerusi dun dan parlimen spt yg dia lakukan di pru lepas.

    akibatnya, bn menang disemua kerusi tersebut.

    pas tak mungkin menang dinegeri2 satu kerusi pun di pantai barat. di pantai timur mungkin menang adun dan parliamen tapi tak akan menang negeri.

    dgn kedudukan ini, pas mungkin akan cuba sabotaj pkr dan dap supaya kalah disemua kerusi.

    BalasPadam
  2. Cari lah isu lain

    Semua perkara yang di dakwa sebenarnya hasil usaha PR Kenapa baru sekarang nak bersuara? Dah parah !

    Terang sangat bukan nak selamatkan negara atau membela rakyat Kalau begini cara nya tukar PM sama jugak nasib PM selepas ini

    Det tahu kelemahan orang melayu keturunan UMNO Isu yang di bangkit Det ia itu 1MDB Jho Low Harta Anak Tiri Pembunuhan Atlantuya tidak memberi kesan apa apa pun pada ahli ahli UMNO Kalau tidak dari dulu ahli UMNO dah bertindak

    Ahli UMNO hanya terkesan mengigil gerun bila Det sebut satu perkara ia itu UMNO BN akan kalah PRU ke 14 !!

    Najib di desak berundur bukan kerana 1MDB Jho Low Harta Anak Tiri Pembunuhan Atlantuya Bukan kerana beli pesawat baru Tetapi kerana ramalan Det UMNO BN akan kalah PRU ke 14

    Bahaya nya lebih jika Det buat perkara yang sama seperti ini ketika kempen PRU ke 14

    Cara begini tidak mengubah kan apa apa pun kepada rakyat dan negara

    BalasPadam
  3. Orang Melayu bila tabur je duit dekat pilihanraya jap je ubah hati...tunggulah....kalau tak caya

    BalasPadam
  4. Kalau mahkamah yang jatuhkan hukuman bersalah pada Sirul pun Tun Mahathir tak yakin dan minta Najib jawab mengapa kes liwat Anwar yang lebih mengarut tak di bangkit kan oleh Tun Mahathir?

    Anwar di penjara kerana semata mata melawan kuasa UMNO Bukan kah melawan Presiden UMNO ia itu Najib seperti yang di lakukan oleh Tun Mahathir bererti melawan kuasa UMNO juga

    UMNO marah jika penyokong PR mempersoalkan isu kes liwat sebab mahkamah telah menjalankan perbicaraan dengan adil Tapi ahli UMNO senyap membisu bila Tun Mahathir mempersoalkan keputusan Sirul yang telah di buat oleh mahkamah

    Jika kes liwat pendakwaraya buat roadshow maka sebagai rakyat kita minta pendakwaraya kes sirul pun buat roadshow

    Tun tak nyanyuk tapi Tun pun merepek

    BalasPadam
  5. Salam GB

    Yang paling menakutkan adalah keadaan ekonomi Malaysia.

    Export komoditi merudum

    Export komponen merudum

    Pelaburan merudum

    Sudahnya deflation. Bila ni terjadi semua benda susut nilai....

    Pakar dunia Ramal Malaysia gawat untuk 2tahun ini

    Jgn berbelanja sakan.. Bala sudah datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ulama pas pro umno dan mak cik felda bukan faham semua ni

      Padam
  6. Mahathir tak nak di lihat sebagsi penghancur negara selepas mati

    Nak ikut gaya lee kuan yew
    Najib ini kan budak mahathir ???

    BalasPadam
  7. PM dari UMNO yang beruntung sekali ialah yang menjadi PM bila Tun jadi warga arwah

    Jika PM dari PR pasti Tun di serang balik Semua perbuatan Tun dan kesalahan Tun semasa menjadi PM akan di bongkar

    Najib dan pemimpin UMNO tak berani mendedahkan nya sebab masing masing menjaga kesalahan yang telah mereka lakukan Dedah satu habis semuanya terbongkar

    Najib bukan tak tahu apa kesalahan yang telah Tun lakukan Berani dengan tak berani je



    BalasPadam
  8. Mana Langkawi?

    Cakap lah Kalau tak suka PM pergi lah duduk di bulan

    BalasPadam
  9. memang betul ada orang yg menyuruh Sirul Dan Azilah membunuh Atatantuya Dan orang itu bukannya. NAJIB. Orang tersebut adalah peagaw
    ai atasan Sirul yg sekarang ini diam membisu Semata2 mahu mwmbodek Najib Dan Rosmah

    BalasPadam
  10. Anon 20.19 pm

    Sangat setuju dengan anda Tun pun merepek..

    Tun tak sampai hajat yang dia nak dari Najib itu pasal dia kacau.. 2x5 je..

    BalasPadam
  11. Mungkin dah terlambat....hutang bertimbun...ratusan billion...nasib la generasi akan datang... Mgkn kita boleh rampas semula harta mereka dan pulangkan pada rakyat. Jangan biarkan sesen pon harta rakyat terlepas.

    BalasPadam
  12. Tun Dr Mahathir bercakap benar untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dengan mendedahkan kesalahan Najib dan kroni-kroninya ! Seperti biasa manusia yang takut pekung bernanah mereka terdedah dan pecah akan menfitnah Tun Dr Mahathir dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal supaya rakyat tidak mempercayai Mahathir.

    Walaubagaimanapun, rakyat hari ini adalah bijak dan cerdik kerana mereka mengetahui pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pentadbiran Najib dan kroni-kroninya melalui media massa dalam internet dan sumber-sumber lain! Maka tidak hairanlah jika rakyat menyokong Mahathir untuk menghapuskan penyelewengan tersebut.

    Kelemahan dan penyelewengan pentadbiran Najib telah menyebabkan kerajaan berhutang RM740 billion dan hutang kerajaan ini terus meningkat tetapi rakyat pula menjadi mangsa kerana dipaksa menerima GST untuk membayar hutang yang dibuat oleh pentadbiran Najib sendiri.

    Skandal 1MDB, pembunuhan Altantuya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), Skandal PKFZ, komisyen RM500 juta beli kapal selam dll amat merugikan rakyat dan negara ini.

    Mengapa kroni-kroni Najib yang campurtangan sedangkan soalan-soalan Mahathir ditujukan kepada Najib? Mengapa Najib takut berbahas dengan Tun Dr mahathir secara terbuka supaya rakyat boleh menilai Najib dan Mahathir? Mengapa Najib berdiam diri dan membiarkan orang lain menjawab soalan Mahathir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 52% dah tahu dan persoal perkara2 yg dibangkitkan madet sebelum ini. madet termasuk 48% yg ketinggalan lrt. tp soalannya masih relevan

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.