4 Apr 2015

PAS Segamat Calonkan Husam Sebagai Presiden, Mat Sabu Sebagai Timbalan


PAS Kawasan Segamat telah mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden dan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden di dalam muktamarnya yang berlansung pada hari ini.

Tiga orang teah dicalonkan sebagai Presiden. Selain Husam, Haji Abdul Hadi Awang juga turut dicalonkan bersama dengan Datuk Dr Mujahid Yusof. Setelah pengundian, Husam memperolehi 44 undi berbanding Haji Hadi mendapat 36 undi dan Mujahid 1 undi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, lima orang telah dicalonkan. Mereka ialah Mohamad Sabu (46 undi), Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (31 undi) Dato Nik Mohd Amar (2 undi), Salahuddin Ayub (1 undi) dan Datok Paduka Husam Musa (1 undi).

Bagi jawatan Naib Presiden pula, 22 nama telah dicalonkan. Perwakilan muktamar Kawasan telah memilih mereka ini untuk bertanding di dalam pemilihan muktamar PAS Pusat nanti iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (49 undi), Ustaz Idris Ahmad (64 undi) dan Datuk Dr Mujahid (42 undi).

Seramai 83 perwakilan pas kawasan segamat telah melunaskan tanggungjawab mereka mengundi dalam pemilihan yang dibuat pada hari ini dalam mesyuarat pas kawasan segamat kali ke 32 yg telah dirasmikan oleh Dato Paduka Husam Musa.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj Firdaus Masod Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Negeri Johor sebentar tadi.


Pas Segamat calon Husam sebagai Presiden

SEGAMAT – Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak.

“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.

Firdaus yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Tiga Johor berkata, Husam juga merupakan aset berguna kepada Pas kerana kebolehannya berkomunikasi dan merapatkan hubungan di antara parti-parti komponen pakatan yang lain.

“Saya yakin lebih daripada 40 kawasan Pas di seluruh negara akan menyokong Datuk Husam sebagai Presiden dan percaya setiap perwakilan juga sudah cukup matang untuk memilih siapa yang selayaknya menduduki kerusi Presiden,”
katanya.

Sementara itu, Husam ketika sidang medianya berkata, sebagai pemimpin, dia berasa berbelah bahagi sekiranya tidak bertanding jawatan tersebut kerana dirinya merupakan hak bersama ahli-ahli Pas yang lain.

“Sekarang merupakan masa ahli-ahli membuat pencalonan dan tidak semestinya kita buat keputusan sekarang. Jadi, jika saya kata saya tidak mahu bertanding sekarang, perasaan ahli-ahli yang menyokong saya mungkin akan terguris.

“Saya sendiri berada di dalam dilemadan melihat pencalonan ini dibuat kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian kerana ada di antara mereka (ahli –ahli Pas) mahu menyampaikan perasaan mereka agar dapat diberi perhatian,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut juga, Pas Kawasan Segamat turut mengekalkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden.
-SH


30 ulasan:

  1. Alhamdullillah

    PAS Segamat ada jugak otak

    Bukti bukan semua orang orang PAS Bahalol , walau majoriti besar bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majority ulama pas suci mulia seperti tuan guru presiden

      Yang fitnah jual pill kuda confirm bukan dia dan Tak pernah berlaku.

      Padam
  2. TAHNIAH & SYABAS PAS SEGAMAT!

    BalasPadam
  3. saya org segamat.. amat setuju dgn pencalonan tersebut... takbir!!!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah....biarlah hha berehat dan bertenang di masjid2 shj...bglah tuan husam pula jd presiden...YA ALLAH AKU BERMUNAJAT PADAMU...SESUAI DGN ZAMAN SEMASA...

    BalasPadam
  5. Yess.... Pas For All...
    Syabas Pas Segamat...

    BalasPadam
  6. Presiden sewajarnya beri perhatian kepada sentimen ahli. Pilihan yg ada ialah tidak bertanding ATAU berusaha keras untuk rapatkan saf seluruh ahli. Jangan dengar nasihat puak yang rapat sahaja, tanya pandangan akar umbi. Macam mana nak tanya? Pandailah cari cara. Tuan kan Presideng..

    BalasPadam
  7. Pilih
    Pilih lah

    Pilihlah yg bnar2 mampu & dpt mnjaga

    "aturan2-sepadan2-HAD2-@HUDUD"

    yg tlh sama2 kita "sepakati" dkalangan ssama manusia TAK kira sape pon mrk itu.. KERANA itu mrupakan lambang

    "aturan2-sepadan2-HAD2-@HUDUD univrsal-ASASI-yg-azali"

    yg TIDAK pernah sama sekali dilanggar oleh nabi SAW trhdp ssiapa pon jua swktu hayatnya ddunia ini..

    DAN

    Jangan
    Janganlah

    Jangan lah dipilih mrk2 yg buta dan BODOH serta cuba utk mmBODOHkan org lain dgn makna/ERTI/definasi HUDUD itu, yg dgn "SENGAJA" mrk putar BELITkan sdangkan mrk dgn terang2 brbuat FITNAH serta mlanggar JANJI dgn memaki juga sggup mngHALAU ahli2 parti semata2 krn umpan "BANGKAI2" duniawi demi kpntingan2 diri serta klompok mrk sndri

    Aturan2-sepadan2-batas2-HAD2-@HUDUD "jenis" apakah lagi yg dpt kita harapkan drp spesis yg suka brputar2 u-turn mmFITNAH & berBELIT2 sprt ularrr ini??



    BalasPadam
  8. aku tak tahu le nape nama idris ahm ad di calonkan....buat aku dia tuy otak kosong ,walau pun ilmu tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Husam, Inshaa Allah tuan akan berjaya

      Padam
  9. Alhamdullilah!!! sokong Husam bertanding jawatan Presiden dan dia sememangnya layak.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah. Ada juga org PAS yg cerdik dan celik sikit. Syabas org Johor!

    BalasPadam
  11. Ini dua olang butut butut punya bukan barua bukan jebon dan bukan pil kuda. gua sokong.

    BalasPadam
  12. Husam dan Mat Sabu mampu bawa PAS terus kehadapan

    Kata lah ada dua tiga calun dari pro Hj Hadi dalam perlantikan baru tidak menjadi masalah kerana mereka sendiri akan menyaksikan perubahan perubahan yang di bawa oleh Husam

    Dengan itu mereka sedar bahawa selama ini mereka salah

    Pencalunan Kawasan Segamat juga telah membuktikan yang ahli bukan anti Ulamak

    BalasPadam
  13. Tahniah, teruskan perjuangan, Husam perlu terima kalau tak mahu Pas hancur

    BalasPadam
  14. Datuk Husam, terimalah pencalonan itu, bawalah harapan kami supaya pas berubah ke hadapan. insyaallah datuk menang presiden

    BalasPadam
  15. I sokong gandingan matsabu n husam. Takbir 3x.

    BalasPadam
  16. gandingan yang mantap, Hadi tak tahu ka? bagaimana nak laksana hudud kalau tak perintah malaysia?

    BalasPadam
  17. ALHAMDULILAH....

    BalasPadam
  18. Yang mengundi Hj Hadi dan Idris Ahamd bukan pilih individu tetapi memilih hudud

    Kalau macam ini punya fikiran ahli yang memberi undi pada Hj Hadi bukan memberi keutamaan kepada faktor kepimpinan dan wawasan

    Sesiapa yang bawa hudud akan mendapat undi dari ahli seperti ini tak kira lah siapa walaupun orang tersebut ?????

    BalasPadam
  19. Bagus Husam, Mat Sabu....jangan ragu2. Bertandinglah. Kalau jangan minta apa-apa jawatan dalam parti.

    BalasPadam
  20. tokoh yang selama ini, cuba ditenggelamkan oleh UG, terutama di Kelantan, TAHNIAH anak didik TGNA

    BalasPadam
  21. UMNO mesti tak suka, tokoh anti UMNO, tak macam Hadi dan MB Kelantan, mudah di cairkan UMNO

    BalasPadam
  22. Husam wajib terima pencalonan ini.Say No to UMNO.

    BalasPadam
  23. Hadi perlu diganti, Presiden yang ada hanya layak buka pondok, masih belum layak untuk negara, negeri pun hanya sepenggal...

    BalasPadam
  24. Patut singkir Hadi, mufti Kelantan dibawah MB UG sokong GST, sedang rakyat menolak GST...

    BalasPadam
  25. Aku sokong husam sbb dia hensem macam aku...berkeliber juga macam aku.. Professional pun mcm aku..aku tak suka muka2 poyo cam geng UG. Especially ostad vellfire.. Gagahaha..

    BalasPadam
  26. Pas needs a man with wisdom to lead it.Husam is the right person.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.