Ahli Parlimen Rompin terbunuh dalam nahas helikopter
Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu
Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Empat orang lagi ialah hartawan Robert Tan - pemilik pusat membeli-belah terbesar di negara ini, Mid-Valley City - kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Tan yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.
Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.
Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.
Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.
Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli. -mk
Jamaluddin (dua dari kanan) bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri di Pekan, pagi Sabtu, beberapa jam sebelum Jamaluddin terbabit dalam nahas helikopter yang mengorbankannya serta lima lain di Semenyih.
Dato Jamaluddin, Cliff, Robert Tan, Dato Azlin
Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu
Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Empat orang lagi ialah hartawan Robert Tan - pemilik pusat membeli-belah terbesar di negara ini, Mid-Valley City - kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Tan yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.
Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.
Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.
Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.
Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.
Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli. -mk
Jamaluddin Jarjis antara terkorban
Semenyih: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi.
Beliau berkata, Jamaluddin berada di dalam helikopter berkenaan ketika nahas berlaku.
Sementara itu, Pengarah Bomba Negeri Selangor, Othman Abdullah berkata, keenam-enam mayat mangsa nahas helikopter sudah ditemui dan akan dibawa keluar dalam masa sejam. -BH
Helikopter jenis AS365 Dauphin terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru di sini.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, seorang saksi Roslan Harun, 53, yang berada berhampiran lokasi kejadian melihat api marak di kawasan kebun kelapa sawit.
Menurutnya, dia tidak dapat menghampiri lokasi kejadian dan berada kira-kira 200 meter dari serpihan badan utama helikopter berkenaan.
"Ketika kejadian hujan lebat dan saya terus menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu.
"Saya kemudian keluar dari lokasi nahas untuk menunjukkan jalan kepada pihak berkuasa untuk masuk ke sini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian nahas. -HM
Saksi dakwa lihat helikopter meletup di udara
SEMENYIH: Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.
Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya.
"Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat...nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.
"Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Kawasan kejadian itu juga sudah ditutup kepada orang awam sejak jam 6.30 petang. -BH
Alfatihah kepada arwah... semoga pencarian dipermudahkan amin
BalasPadamBapa Anwar meninggal jam 2pagi tadi. Alfatihah
PadamAl-Fatihah kepada Allahyarham bapa DSAI
PadamAl Fatihah dan Takhziah buat keluarga mangsa yg terlibat.
BalasPadamVIP TERLIBAT : DATO JAMALUDIN JARJIS
SETIAUSAHA SULIT PM DATO AZLIN ALIAS
INNAALILLAHIWAINNAAA ILAIHIROJIUUN.... SESUNGGUHNYA DARIPADA ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADA ALLAH KITA AKAN DIKEMBALIKAN..
BalasPadamApakah ini bererti masa utk Najib sebagai PM telah tamat? Dua Setiausaha Sulitnya meninggal dunia dalam tempoh 5 hari, sebelum ini Dato Poad Jelani telah meninggal dunia. Kini Dato Azlin....
BalasPadamINNAALILLAHIWAINNAAA ILAIHIROJIUUN.... SESUNGGUHNYA DARIPADA ALLAH KITA DATANG, DAN KEPADA ALLAH KITA AKAN DIKEMBALIKAN..
BalasPadamQuluinnalillah waillahirajiun. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin! Yg baharu...dari tak ada kpd ada dan kemudiannya tiada...
BalasPadamRekod terburuk Najib Ini adalah nahas udara untuk kali ketiga !
BalasPadamArwah baru berjumpa kawan kawan di majlis perkahwinan dan dah tentu arwah gembira
Si anak yang sedang bermain main tiba tiba terjatuh dari escalator
Bila melihat gambar pada saat sebelum ajal kedua dua nya sama sekali tidak menduga ajal sudah sangat sangat dekat
Hargai lah kehidupan ini dan bersyukurlah atas nikmat Nya
Kali ke-4 sebenarnya
Padaminilah harga yg perlu dibyr di ats kemungkaran di bumi ini..
PadamAlfatihah... Dunia ini sementara . Akhirat kekal abadi kehidupan kita.
BalasPadamalfatihah...amaran dan pengajaran kepada yang masih hidup..terutama nye najib dan rosmah
BalasPadamGambar Co Pilot itu bukan gambar sebenar ya.
BalasPadamTakziah
BalasPadamYg korban tu sumer nya billionaire.. bila dh nyawa melayang sumer dh takde makna dh.
BalasPadamMohon penulis dapatkan gambar sebenar
BalasPadamAjdiana Baiziera (co-pilot)!!
salam takziah buat smua ahli kluarga yg di timpa musibah ini,smoga pnoh ketabahan untok mnghadapi dugaan dari Allah swt .amim..
BalasPadamAl-Fatihah..bagi kita yang masih hidup ini ingat2lah mati, hidup ni sementara, insaf-insaflah, sudah-sudahlah fitnah tu, kalau betul pun itu urusan beliau dengan Yang Maha Esa
BalasPadamQhulu nafsin zaikatul maut...ingatlah setiap yang hidup dan bernyawa pasti mati..tidak ada yang kekal abadi melainkan allah azawajala....ingatlah mati itu benar..alam kubur itu benar..siksa kubur itu benar..dosa dan pahala itu benar..hari pembalasan itu benar..syurga dan neraka itu benar...dan tidak ada yang kekal abadi melainkan pahala yang dibawa...ingatlah wahai anak adam bahawasanya mati itu benar..ketahuilah wahai dikau anak adam maka terputuslah segala urusan hubungan kamu di atas muka bumi ini..segala pangkat kuasa kamu tinggalkan..ingatlah ketika jenazah kamu di bawa ke tanah perkuburan kamu diiringi dengan tiga perkara.
BalasPadamisteri serta anak-anak kamu..saudara-saudara kamu...harta kekayaan kamu...dan apabila mereka pulang hanya satu sahaja yang tinggal buat kamu iaitu pahala yang kamu kerjakan di atas muka bumi ini semasa hayat kamu...ingatlah akan wahai anak adam termasuk diri saya sendiri...janganlah kita bermusuhan sesama kita kerana bapa kita ibrahim..kaum muslimin muslimat al muqminin al mukminat adalah saudara saudara kita....ingatlah setiap kejadian itu ada hiqmah disebaliknya..qadoq dan qadar..rukun islam dan rukun iman..al quran sebagai rujukan dan ikutan..sunnah baginda saw sebagai satu ikutan..hadis dan sunnah baginda menjadi pengajaran...itulah yang beharga buat kita umat manusia..bukannya harga diri kita terletak kepada harta kekayaan pangkat dan darjat...allah swt tidak pernah kejam kepada hamba-hambanya dan allah swt tidak pernah lupa kepada hamba-hambanya..malah hamba-hambanya yang diciptakan dan dijadikan mudah lupa kepada maha penciptanya..sesunghuhnya aku tidak meminta-minta rezeqi dari mu malah akulah yang memberi rezeqi kepada mu...innalilah hiwainnalillah hirojiun ..daripada allah kamu datang dan kepada allah jua kamu kembali.. takziah di atas pemergiannya..semoga allah swt menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang terdahulu..darinya..
Fyi ADMIN.. the photo with the so call pilot lady have been wrongly distribute without consent. The so called pilot lady in this photo is very much alive and not as per what have been mentioned in the news.. please do help spread this news.. pity her and especially her family..surely had a shock of their life when seeing this kind of news
BalasPadamIt has been taken out. I apologize for the mistake.
PadamAdakah bala GST sedang menimpa pentadbiran Najib? Adakah ia akan menjadi peringatan kepada Najib dan kroni-kroninya supaya insaf dan bertaubat dan meletakkan jawatan untuk menyelamatkan rakyat dan ekonomi negara ini ?
BalasPadamDua Setiausaha Sulit Najib meninggal dunia dalam tempoh 5 hari. Semoga Najib dan kroni-kroninya insaf dan bertaubat dan menghapuskan GST yang amat membebankan rakyat.
Ingatlah rakyat sedang menderita kerana GST menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang melampaui batas!
Sesungguhnya tiga doa yang diperkenankan Allah: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir
Jgn nk libtkn hal politik k . Ajal maut smua di tgn tuhan . Ap mslh ko ?
Padamingat sendiri x mati kot..dah qada qadar Allah.
PadamBtul lah tu...
PadamApsl plak x bole sebut.. btol la tu..
PadamSy rse tk prlu kot kaitkn gst dgn kemalangn ni..think positive..
Padamtruth.. doa2 diperkenankn..
Padamkesian uols msh menerima pemerinthn yg ZALIM.. jika dh membebankn rakyat itu namanya ZALIM..
Kami dah cakap BALA akan datang... Semua tak percaya... Ada lagi yg teruk ... Tunggu Allah bagi greenlight
BalasPadamStuju
Padamjanganlah minta bala sedara, sepatutnya doa minta benda yang elok...bersihkan hati inshallah selamat dunia akhirat
PadamTak salah libatkan politik
BalasPadamSebab semuanya akan di soal bukan saja politik termasuk lah hiburan Semuanya kita kena jawab Berkomen dalam blog ini pun kita akan di soal tak ada yang terkecuali
Dan anon tu pun hny mempersoalkan kaitan musibah dengan tindakan indvidu individu tersebut Semua kejadian yang menimpa adalah satu peringatan kepada kita semua
ingatlah mati itu benar..alam kubur itu benar..siksa kubur itu benar..dosa dan pahala itu benar..hari pembalasan itu benar..syurga dan neraka itu benar.
BalasPadamKita yang dengar ada yang bersahaja Ada yang membaca nya sambil lalu Ada yang percaya tapi suam suam Ada yang Kata harung kan saja lah Kubur masing masing
Mengapa tak mohon atau minta sangat nak rasa balasan seperti siksaan kubur atas dosa yang kita lakukan di masa kita hidup ?
Kita tidak minta sebab kita tahu semua itu benar ! Kita ingat pada mati tapi kita tak pernah matikan diri kita !
Tuhan Juruselamat pasti memberikan yang terbaik kepada mangsa yang terkorban.
BalasPadamTakziah kepada keluarga yang terlibat, semoga Tuhan memberikan kekuatan dan ketabahan kepada meteka untuk menghadapi situasi yang menyedihkan ini.
Mengucap lah banyak2 mereka2 yang buat komen2 politik kat sini. Hanya Allah yang tahu dosa pahala seseorang manusia. Siapa kita untuk menilai.
BalasPadamBila Jamaluddin Jarjis meninggal dunia, ini petanda BALA? Bila NIK AZIZ dan KARPAL SINGH meninggal dunia, petanda apa pula? Rahmat? Ingatlah, bukan kita yang menghakimi kematian mereka. Hanya Allah yg maha mengetahui. Kita do'a kan aje yg baik2 kepada semua mereka. Kita pun tak tahu kematian kita sendiri bila masanya...mungkin esok, lusa, insaflah.
Stuju . Btul tu . Tk Elok Kita Kaitkn Smua Ini Dgn Politik . :)
PadamMeninggal dunia atau mati berlaku pada semua
BalasPadamMati di hospital biasa
Mati kemalangan di jalanraya hari hari
Tapi jarang jarang sama sekali mati kerana terhempas helikopter
Sebab itu lah bila kita kata hanya Allah yang tahu orang tak kisah buat apa pun
Orang langgar peraturan keadilan Orang yang mungkir janji Orang yang guna kuasa menutup kesalahan pun hanya Allah yang mengetahui
Yang pergi telah menerima bahagian nya tetapi mengapa helikopter mengapa bukan kereta?
Alfatihah..semoga ahli keluarga mgsa tbh..pd org yg suka memberi komen sebagai hamba siapa kita untuk menghakimi hmba yg lain. Penghakiman Allah itu pasti xkira dr segi apa pun begitu jua ajal dan maut.kekayaan bknlah satu dosa yg mna meletakkn golongan kaya sebagai pendosa.msh ramai org yg kaya zuhud.mnaiki helikopter bknlah isu kerana mereka mampu. Sebagai hamba muhasabah diri kerana 1 jari yg menunding 4 jari mengarah diri sendiri. Pesanan buat diri sndr juga.
BalasPadamSememangnya Allah dah nak ambil nyawa hamba kepunyaanya tak payah nak pertikaikan
BalasPadamMati bila2 masa boleh tiba
BalasPadamJangan sampai kita tidak bersedia..
Biar susah sedikit kerana Tuhan
Untuk menanggung kesusahan yang besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah ikhtibar kalau mahu sedar........
#Ingat rangkap nasyid dulu2...
Huhuhu
Why does the helicopter exploded midair?? If what the witness had claimed was true, it could have been a fault of the helicopter, or was it a conspiracy?
BalasPadam