Di saat seluruh negara bertafakur sewaktu 20 mayat mangsa nahas MH17 tiba di KLIA semalam, negeri Perlis tidak turut serta di dalam upacara bertafakur tersebut.
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan sekeping memo bertarikh 22 Ogos 2014, yang tersebar di laman sosial facebook dan twitter, menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan program tafakur anjuran Kerajaan Pusat berkenaan kerana perbuatan itu didakwa melanggar Faktwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis tahun 1974.
Sementara itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini yang menyatakan ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik, telah membuat kenyataan yang berlainan dan telah melakukan "U-Turn" di dalam portalnya menyatakan amalan tafakkkur yang dilakukan untuk MH17 tidak menyalahi syariat. Petikan:
Faham bertafakur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
Mufti Negeri Perlis ni nampaknya lebih takut kpd Allah & rasulnya drp pemimpin negara. Keimanannya perlu di contoho oleh mufti2 lain.
BalasPadamBagus.Mmg bercanggah dgn ajaran islam.
BalasPadamBravoooo, baguih la Perlis, berani. Negeri lain, semua tak dak telog !
BalasPadamSetuju dgn fatwa terbaru majlis fatwa kebangsaan dgn alasan bertafakur tunduk diam itu bersifat universal melainkan ada bukti yg ianya menyamai ritual agama lain...bg aku ianya sama dgn berjabat tangan atau tunduk hormat yg menjadi budaya org jepun...kita berjabat tangan atau tunduk bila berjumpa dgn seseorg bg menunjukkan rasa hormat kpd org tersebut dan ianya tidak menyalahi..dan begitu juga dgn tunduk dan diam bg menghormati org bukan islam yg telah mati...nabi juga pernah bangun berdiri apabila ada jenazah org yahudi lalu dihadapan baginda bg menghormati simati sbg seorg manusia...wallahua'lam...
BalasPadamBagaimana hukumnya semasa bertafakur dikenakan pakaian serba hitam pula? Adakah ini disarankan dalam Islam?
BalasPadamDalam islam tiada ditetapkn adab brpkaian..tapi sunnah nabi memakai bj dgn warna putih atau yg terang beserta wangian yg tidak trlalu kuat baunya..bla memakai htam..seolah2 mnyamai adab orang kristian berkabung..bole pkai tapi tdak dharuskn..apabila ad nyalaan lilin..maka haram upacara trsebut..kerana sudah mnyamai upacara berkabung org kristian..wallahuallam..
PadamBerpakaian hitam jugak bukan merupakan ritual mana2 agama..ianya lebih kepada budaya bg menunjukkan kesedihan...mcm angpow org cina yg berwarna merah ialah kerana melambangkan kemeriahan..dan klu hr raya aidilfitri kita nk bg duit raya guna sampul merah pun tidak lah menjadi kesalahan dan tidaklah sampi menjatuhkan akidah pulak...wlpun islam tidak menyarankan kita berpakaian hitam,islam juga tidaklah melarang kita sekiranya nk berpakaian hitam..disini kita kena pandai membezakan yg mana amalan budaya dan yg mana amalan agama..dan niat kita melakukan sesuatu perkara itu kena betul...
BalasPadamtafakkur yg menjurus pluralisme dan tasyabbuh...
BalasPadamfatwa kebangsaan menyesatkan..patut ikut seperti perlis..
Heh...heh...jgnlah kita menyempitkan fikiran sehingga membuatkan org bkn islam salah faham ttg ajaran islam...sehingga membuatkan mrk bertindak menjauhi islam...
BalasPadamSy setuju dgn jwpan mufti perlis... kerana itulah jwpan dari ustz2 semasa kuliah di masjid dn surau... hadir kuliah kalau kita keliru... jgn byk baca.. Tp kuliah di abaikan.
BalasPadamBkn niat nk memperlekehkan ust2 disurau2..aku setuju yg mrk memberi pendapat ttg apa yg mrk faham dan berdsrkan ilmu yg mrk ada..tp tak semua yg faham ttg isu yg sebnrnya..tu la sbb klu nk jd ilmuan yg baik,kenalah mahir dlm pelbagai ilmu..bkn stkt ilmu agama saja,supaya peka dgn keadaan semasa...aku percaya ramai dikalangan ilmuan agama yg kurang dari segi ilmu kebudayaan...dan aku x heran jika ada yg kata melayu tu islam dan islam itu melayu..dan sekiranya ada org bkn islam yg memeluk islam tp msh x
BalasPadamtukar nama kemudian dipandang serong...ini semua berlaku kerana ketidakfahaman perbezaan amalan agama dan amalan budaya..dh ckp tafakur tunduk diam dan berbaju hitam itu bkn ritual agama ttp budaya yg tidak bercanggah dgn agama tp msh tak faham2...bg aku..mufti perlis tu mgkn keliru krn klu dlm tv dia tengok klu org kristian dikebumikan maka para hadirin semuanya berpakaian hitam tp mgkn..aku kata mgkn dia tak pernah tanya adakah dlm ajaran kristian mmg srh pki hitam??klu pki putih x blh hadir ke?? Pikir dahulu sedlm2nya sblm memutuskan sesuatu...krn org bkn islam takut utk mendekati islam krn perkara2 yg mcm ni lah...sehingga ada yg menganggap masuk islam tu bermaksud 'masuk melayu'...kita kena hentikan benda2 mcm ni dr sekarang...sekiranya ada yg dpt buktikan tundu diam dan berbaju hitam itu adalah ritual agama lain..maka aku tarik blk kata2 aku...sekiranya x ada maka aku ttp dgn keputusan yg ianya tidak salah klu dilakukan..wallahua'lam
Ulama dan ust dulu2 bkn mahir dlm ilmu agama saje,tp jugak mahir dlm ilmu matematik,sains,perubatan,falsafah,sosio budaya,politik,astromi dan sbgnya..kualiti sebeginilah yg jarang ada pada ulama dan ustaz zaman skrg..tp bila ditanya ttg sesuatu permasaalahan,ttp nk menjwb wpun sbnrnya tak tau,hanya krn mahu dilihat hebat dimata org ramai...jd tak hairan la klu ada ust yg buat statement yg nabi buat kenduri makan roti jala cicah kuah kari...
BalasPadamUMNO mengaku negara Islam, tafakur ikut agama apa pula? Mana ulama angguk-angguk?
BalasPadam