Pengundi Selangor cenderung Wan Azizah jadi MB, kata Merdeka Center
BANGI: Pengundi di Selangor cenderung mengekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang sebagai penyelesaian kepada krisis Menteri Besar negeri itu, kata satu kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion and Research.
Kaji selidik itu juga mendapati pengundi di Selangor cenderung untuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jadi menteri besar berbanding Timbalan Presiden, Azmin Ali atau calon daripada PAS atau UMNO.
Hasil kaji selidik itu mendapati 57 peratus pengundi di Selangor sedia "memberi peluang" kepada Pakatan Rakyat untuk kembali memerintah. Hanya 29 peratus mengatakan mereka tidak akan memilih Pakatan Rakyat manakala 15 peratus tidak pasti.
"Pada pandangan kami, biarpun perkembangan politik di Selangor meredakan angin pengundi Selangor terhadap Pakatan Rakyat, tinjauan mendapati sentimen menolak Barisan Nasional masih kuat.
"Ini bermakna Barisan Nasional masih akan berdepan dengan cabaran besar biarpun Pakatan mengalami krisis keyakinan dan prestij di kalangan pengundi di Selangor sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," kata badan penyelidik itu dalam satu kenyataan.
Majoriti responden juga iaitu 46 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih baik berbanding semasa Selangor di bawah pentadbiran BN. Pada masa sama, 36 peratus menyatakan keadaan sama saja dan 15 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih buruk.
Kaji selidik ini melibatkan 808 pengundi berdaftar di Selangor yang terdiri daripada 50 peratus responden Melayu, 34 peratus Cina dan 16 peratus India - angka yang mencerminkan pecahan pengundi di negeri itu.
Ia dijalankan antara 11 hingga 17 Ogos lalu hasil temubual melalui telefon.
Krisis kedudukan Menteri Besar Selangor sampai ke jalan buntu apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan berundur biarpun selepas tidak lagi mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat.
Beliau kini menunggu perkenan untuk mengadap Sultan Selangor yang dijadual akan berangkat pulang ke tanahair pada 27 Ogos ini.
"Krisis yang berpanjangan itu telah menjejaskan pandangan umum (apabila) tinjauan mendapati hanya 46 peratus responden merasakan negeri berada pada landasan yang betul," kata kenyataan itu lagi.
Angka tersebut adalah satu penurunan yang ketara berbanding 64 peratus berdasarkan kaji selidik pada Mac 2014, tambah badan itu.
Mengenai tahap keyakinan kepada dua pakatan politik itu untuk memerintah Selangor, 43 peratus responden meletakkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat berbanding 29 peratus yang menyatakan Barisan Nasional.
Bagaimanapun, 13 peratus daripada responden tidak peduli pakatan politik mana pun yang jadi kerajaan negeri manakala 12 peratus tidak pasti.
Selain kemelut kedudukan menteri besar, isu bekalan air turut menjadi perhatian pengundi di Selangor. -astroawani
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI

Despte MB impasse, Poll Shows Pakatan Retain Support In Selangor
More than half of Selangor voters will still keep Pakatan Rakyat (PR) as the state government if snap polls are held now to decide the menteri besar (MB) impasse, according to a survey by the Merdeka Center for Opinion Research.
The survey, commissioned by The Malaysian Insider and conducted at the height of the impasse early August, also showed that 25% would support PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as MB.
Her nomination had sparked an impasse as Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim refused to step aside, saying he still commanded the support of the majority of 56 assemblymen in the state legislature.
But, parties in PR have withdrawn their support and the two-term MB has now sought an audience with the Sultan of Selangor on his position.
The survey among 808 registered voters was conducted between August 11 and 17 by the respected pollster.
The poll coincided with Khalid's sacking of six PKR and DAP state executive councillors on August 12, and his decision to run the state government with only the four remaining PAS councillors.
The conflict within PR was only resolved on the night of August 17, when the PR Presidential Council decided that Khalid be replaced with Dr Wan Azizah.
Despite this, 57% of voters polled said they would give the PR coalition "the chance to govern the state again" should the Sultan of Selangor call for a dissolution of the state legislative assembly.
Whereas 29% said they would not give PR a chance to run the state, and 15% were uncertain, according to the survey which was conducted by telephone interviews.
But, only 43% of the respondents said they actually felt confident with Pakatan running the state, while 29% said they were confident with Barisan Nasional (BN), and 13% were indifferent.
"In our opinion, while the political developments in Selangor have dampened the mood of Selangor voters towards PR, the survey found contra-BN sentiments still strong among them," Merdeka Center said in a statement.
"This means that BN will still face an uphill struggle despite PR having suffered a loss of confidence and pres?tige among Selangor voters should an election be called at the current point in time."
The survey reported that 46% of voters still felt that their lives were better now than under BN's administration, while 36% said it was the same and only 15% said it was now worse.
But, the MB crisis has affected the views of the state, with only 46% of respondents saying Selangor was headed in the right direction, compared with 64% in March 2014.
The main concerns among voters were water supply issues (21%), followed by the MB issue (20%) and political instability in general (6%).
The voters were selected through random stratified sampling method along the lines of ethnicity, gender, age and polling districts, said the centre.
During his speech at the PKR Youth Congress today, Azmin said the crisis was an opportunity for PKR to reflect and review its policies to strengthen the party and its cooperation with PR.
"We need to learn from the crisis. The lessons we learn from crises will make us stronger to manage crises in the future... experience from the struggles will contribute to our future," he said.
Newly-elected PKR vice-president Shamsul Iskandar told the congress that the political imbroglio was sparked by a lack of consultation process in PR and the discipline to adhere to the decision reached.
Khalid remains the menteri besar for now, until he has an audience with the Selangor Sultan, who is away on an overseas trip, to discuss the matter.
The sultan is expected to return tomorrow, and may either decide to dissolve the legislative assembly, triggering a snap poll, or call for an emergency sitting so that a motion of confidence may be tabled. -sumber: theedge
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
X payah nak gebang lebih2... sifir politik paling mudah...jika Wan Azizah jadi MB yg menangis adalah umno...
BalasPadamInsyaallah di bawah Azizah, rakyat Selangor akan bertambah senang sebab pengacau yg suka himpit dan belit si Khalid selama ni akan diterajang....
Kenapa takut Azizah jadi MB? Kalau lebih baik dari Khalid bermakna BN menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan Putrajaya
BalasPadamSokong 100% DSWA menjadi MB....bila lagi nak adakan perubahan...kita perlukan pemimpin yang mempunyai jatidiri yang kuat melawan badai....tidakah DSWA telah melalui saat getir yang bukan kepalang sebagai seorang wanita....kalau tidak kerana beliau mempunyai jatidiri yang kuat rasanya beliau telah lama tumbang dan mengalah dengan keadaan....beliau juga seorang Doktor yang biasa merawat pesakit...ayuh DSWA rawatlah kesakitan rakyat Selangor supaya tidak menjadi barah yang merebak
BalasPadamDlm.PAS yg masih nakkan Khalid Ibrahim jadi MB adalah gulungan yg takut periok-nasi terbalik.Memang ada segelintir ahli PAS yg dapat gaji besar Dan ada jugak yg dapat projek kecil-kecil,yg tak pernah dirasai dahulu.Puak-puak nilah yg masih tetap menyokong Khalid Ibrahim.
BalasPadamAnonymous 10:15 PM cuba awak pergi mengadap cermin tuu lama lama sikit. Komen awak tu macam awak ni budak hyper-active laa.
BalasPadamKenapa umno takut sgt kalau Azizah jd mb? Sebabnya Azizah akan laksanakan semua manifesto pr yg dijanjikan insyaAllah dgn jayanya...dan ini akan mbuka mata seluruh pengundi di malaysia pada pru ke 14 nanti...inilah dia "Langkah Kajang" yg ingin dibuat oleh saudara Anwar... Dari Kajang ke Putrajaya...
BalasPadamsampai skrg masih status quo lg
BalasPadamApa kelebihan DSWA dlm pengurusan berbanding TSKI? Di Selangor lbh ramai pengundi dr luar yg bukan ank jati Selangor. Klu di negeri lain hatta yg dikuasai BN mb adalah ank jati negeri tsbt maka sepatutnya mb Selangor adalah lbh baik mb dr ank jati Selangor sndr.
BalasPadamKorang ni Sebab jijah pon nk gadoh2
PadamKalau rakyat kajang boleh terima beliau.... tentu tak ada masalah di tempat lain...... asal ABU.
BalasPadamSalam tuan dan puan. Kenapa pkr beriya2 nak wan azizah jadi mb selangor. Kan sultan dan tak setuju kenapa ditonyoh2 kan juga. Mesti ada sebab sultan tak setuju. Sultan mungkin tak selesa bekerjasama dengan wan azizah yg punya kekangan. Saya tak sangka pkr ni lebih teruk dari umno. Misalnya diterengganu...sultan tak nak idris jusoh jadi mb..umno akur.
BalasPadamWan azizah tu kan perempuan dan agak janggal bagi wan azizah sentiasa mendampingi sultan . Cuba kau orang buat simulasi?????
Bagaimana tuan tahu dswa tidak disetujui?
BalasPadamin response to Salam tuan dan puan. Kenapa pkr beriya2 nak wan azizah jadi mb selangor. Kan sultan dan tak setuju kenapa ditonyoh2 kan juga. Mesti ada sebab sultan tak setuju. Sultan mungkin tak selesa bekerjasama dengan wan azizah yg punya kekangan. Saya tak sangka pkr ni lebih teruk dari umno. Misalnya diterengganu...sultan tak nak idris jusoh jadi mb..umno akur. Wan azizah tu kan perempuan dan agak janggal bagi wan azizah sentiasa mendampingi sultan . Cuba kau orang buat simulasi?????, by Anonymous.