25 Jul 2014

Selepas TransAsia Airways, Kini Air Algerie Terhempas Kerana Cuaca Buruk -updated


Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas di Niger kerana cuaca buruk

Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, selepas insiden malang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17, hari ini pesawat milik Air Algerie AH5017 disahkankan ‎terhempas di Niger selepas terbang melalui ribut kuat.

Stesen televisyen Algeria Elnahar mengesahkan pesawat itu terhempas ‎kerana cuaca buruk. ‎

Pesawat itu terhempas selepas melalui bandaraya Niger dan dianggarkan kesemua116 orang penumpang terbunuh.

Penerbangan itu dikatakan ditemui berhampiran Niamey, ibu negara Niger.

Pesawat berkenaan berlepas dari bandaraya Burkinan, Ouagadougou dan terputus hubungan dengan stesen kawalan ketika melalui ruang udara Mali dan dikatakan satu jam perjalanan dari sempadan Algeria.

Pesawat malang itu dijadualkan mendarat di destinasinya kira-kira jam 5.10 waktu tempatan tetapi tiada komunikasi dengan pusat kawalan, walaupun cuba dihubungi pegawai selama enam jam selepas ia melakukan lencongan.

Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.

Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).






KES SEMALAM

Ribut Akibat Taufan Matmo Dipercayai Punca Nahas Pesawat Taiwan


TAIPEI: Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, menurut syarikat penerbangan berkenaan.

Nahas pesawat dalam penerbangan dari Kaohsiung di selatan Taiwan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan.

Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan kru itu terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan yang terletak antara negara itu dengan China, malam Rabu.

“Mengikut apa yang kami faham setakat ini, kejadian itu berlaku akibat cuaca buruk yang dipengaruhi taufan berkenaan," kata wakil TransAsia, Phoebe Lu.

Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan.

Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat.

Biro Kajicuaca Pusat Taiwan memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China. -mstar




ULASAN GB

Berbeza dengan tragedi MH370 & MH17, kedua-dua nahas di atas adalah kerana faktor cuaca. Kehilangan MH370 sehingga kini belum dapat dikesan, manakala MH17 pula ditembak jatuh di Ukraine.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




1 ulasan:

  1. Allah Maha Besar.Manusia merancang tapi perancangan Allah lagi tepat dan tersusun.Hikmah disebalik kejadian manusia gagal menterjemahkannya.Tahun hitam bagi industri penerbangan sjk bulan MAC hingga sekarang,adakah Trajedi ini akan berlanjutan hingga 2014 melabuhkan tirainya?Al Fatihah khas kpd Umat Islam yg terkorban dlm trajedi trajedi ini.Manusia bongkak hingga lupa kpd Yg Maha Pencipta dalam manjalani kehidupan di alam kepunyaan Allah ini.Amat malang jika ada org Islam tersiram arak ketika ajal menjemputnya didalam trajedi ini.Semuanya dalam perancangan Allah yg sdh diatur Nya sejak azali lagi.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.