25 Jul 2014

[VIDEO] Syukur Ya Allah... Adik Firdaus Telah Dibenar Keluar Dari Hospital


Meme" tanda lapar

Seremban: Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam.

Sebaik remaja terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir bersamanya.

Perasaan kasih terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg.

Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan.

“Muhammad Firdaus suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan lembut dan sayur-sayuran.

“Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali sehingga dia diberi makan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.. ~HM




Remaja terbiar, Firdaus dibenar keluar dari hospital


SEREMBAN: Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan terbiar dibenar keluar dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini Khamis pagi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi berkata remaja kurang upaya berkenaan dibenarkan keluar kira-kira 9.40 pagi dan kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan dan perlindungan sementara ke atasnya.

"Selepas ini Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah dan sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di situ," katanya.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2, Nilai pada 21 Jun lepas.

Abdullah berkata dalam tempoh sebulan penjagaan sementara itu, pihaknya juga akan mencari waris terdekatnya yang akan menjaga Firdaus.

"Jika tidak ada, kita juga akan mendapatkan perintah tetap mahkamah untuk menempatkan Firdaus di Taman Sinar Harapan," katanya.

Sementara itu beliau berkata kutipan Tabung Haji Muhammad Firdaus yang dibuka khas bagi membantu remaja berkenaan mengumpul lebih RM85,000 setakat 16 Julai lepas.

Ketua Jabatan Dietetik HTJ, Basmawati Baharom berkata keadaan Firdaus kini bertambah sihat.

"Dia kini boleh makan dengan baik. Dia tidak lagi memerlukan makanan khas. Dia sudah boleh makan sayur dan buah. Sekarang berat badannya ialah 22 kilogram bertambah lebih lapan kilogram berbanding 15 kilogram ketika dia mula dimasukkan ke hospital," katanya.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman sebagai orang pertama yang menemui remaja terbiar itu bersyukur kerana Muhammad Firdaus semakin sihat.

"Saya turut gembira dengan keadaannya sekarang," katanya.
-astroawani










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




1 ulasan:

  1. Syukur... Allah mendengar harapan anak ini dan menghantar bantuan segera..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.