24 Jul 2014

Gadis Praktikal Di Pejabat Agama Dicekup Berkelakuan Sumbang Di Bulan Puasa

Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di ranjang bersama teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu empat hari lepas.

Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak menyerbu rumah tumpangan berkenaan.

Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.

Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu. -thepena

ULASAN GB

Seperti yang GB selalu utarakan bahawa, "nafsu" itu tidak mengenal siapa, tak kira di mana dan masa bila. Sekalipun di bulan puasa dimana iblis dan syaitan terikat, namun jika nafsu itu sudah terlatih dengan-sifat iblis dan syaitan sebelumnya, perbuatan keji itu akan tetap berlaku juga.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




5 ulasan:

  1. Pakaian pun jatuh terhenpas dilantai astagha.

    BalasPadam
  2. Khabarnya dibulan Ramadzan yg penuh barokah ni, semua setan-setan dirantai,nampaknya setan manusia pulak yg berkeliaran.

    BalasPadam
  3. Syaitan2 dibulan ramadhan dirantai tetapi nafsu yg ada dlm diri manusia itu yg gagal dikawal itulah syaitan.

    BalasPadam
  4. kalau sudah berjumpa makanan yang paling sedap atas donis ini tentu tak akan dilrpaskan bagitu saja,

    Maka bejeluas jadinya, nyonyeng

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.