1 Jul 2013

Rumah Kena Rompak, Apa Kata Khairy Jamaluddin?

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi,”
katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

“Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera,” tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan,” ujarnya.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

1 ulasan:

  1. Ni bukan nak mengata kat KJ tapi nak kongsi sikit kejadian.

    Satu masa dulu saya pernah dengar boss saya bercakap tentang keburukan hukum HUDUD, siap berceramah panjang lagi memperlekeh perundangan islam, dia ni orang cap BIRU totok pernah MELANCONG ke Mekah.

    Kemudian dia bertukar ke negeri pantai barat, di sana dia dapat pelajaran yang baik tentang perundangan islam yang dahulunya dicemoh. Dengan izin Allah suatu hari seperti biasa dia balik ke rumah utk makan tghari, sejurus dia masok pasang TV kemudian terus ke dapor, sebaik dia ke dapor datang sekumpulan penyangak mengangkut semua perabot, settee dan berbagai barang di ruang tamu ke dalam sebuah lori kecuali TV di biarkan.

    Bila bekas boss saya ni keluar utk ke ofis semula, dia terkejut berok ruang tamu telah kosong, lalu dia bergegas keluar bertanya jiran, jiran kata dia ingatkan tuan Haji nak tukar perabot baru, saya kira orang kedai perabot tadi datang angkut dengan lori, kerana saya nampak kereta tuan ada kat depan.

    Sejak peristiwa tersebut terkena keatas batang hidong sendiri bekas boss saya berubah tanggapan terhadap peraturan islam terutama HUDUD.
    KERAP DIA MERUNGUT KENAPA KERAJAAN TIDAK MELAKSANAKAN PERUNDANGAN ISLAM, rungutan ini datang selepas segala harta di ruang tamu dikebas penyangak.

    Ini bukan cerita rekaan, ini kisah BENAR

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.