1 Jul 2013

[BERGAMBAR] Di Selangor, Daftar Kahwin Dapat Insentif & Rumah Mampu Milik


Insentif perkahwinan dinaikkan ke RM 500 dan pendaftaran ke dalam skim rumah mampu milik (RMM) adalah antara tarikan yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada pasangan Selangor yang ingin berkahwin.

Pasangan pengantin baru diminta mendaftar diri dengan Kerajaan Negeri supaya hari bahagia mereka diraikan bersama selain menerima insentif menerusi program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa kini Kerajaan Negeri masih memberi RM 200 kepada pasangan pengantin tetapi jumlah tersebut bakal dinaikkan kepada RM 500.

Kenaikkan itu dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 bulan lalu.

Menurut Abdul Khalid pendaftaran akan membolehkan Kerajaan Negeri mendapat maklumat jelas berhubung jumlah perkahwinan yang dilangsungkan di Selangor dan membantu proses pemberian pgoram MES kepada mereka yang layak.

Setakat ini, kira-kira 25,000 pasangan pengantin telah didaftarkan di Selangor sejak Januari lalu.

“Antara program yang kita usahakan adalah memasukkan nama mereka dalam program pemberian Rumah Mampu Milik (RMM) supaya terpilih memiliki rumah jika termasuk dalam kategori berpendapatan sederhana dan bermastautin tetap di Selangor.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Insentif Perkahwinan Belia 2013 dan Pelancaran Laman Sesawang Belia (BES) Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan, Infrasruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi selain Exco Kerajaan Negeri yang lain, Dr Halimah Ali dan Dr Daroyah Alwi.

Seramai 191 pengantin baru menerima insentif tersebut disampaikan Menteri Besar dalam majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, mereka yang menetap di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun sudah boleh dianggap sebagai pemastautin tetap dan layak menyertai program tersebut.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri juga merancang menaikkan insentif pemberian tersebut dari RM 200 kepada RM 500.

“Selain itu apabila kita ada majlis meraikan perkahwinan beramai-ramai dan kita akan bagi hadiah lagi RM100,” katanya.

Bagi pasangan Mohammad Hamdan Mhd Nordin, 28 dan Sazalina Mohd Salleh, 25, sumbangan Kerajaan Negeri itu merupakan hadiah galakan bagi setiap pasangan pengantin di Selangor.

“Kami yang berkahwin pada 19 Januari tahun ini bersyukur kerana pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dibantu Kerajaan Negeri.

“Dengan galakan ini maka pasangan yang merancang perkahwinan jangan tunggu lama-lama,” katanya.

Sementara Nicholas Ang, 28 dan Cynthia Ng, 28, berkata, mereka merasa teruja apabila mendapat tahu akan pemberian insentif oleh Kerajaan Negeri itu.

“Perkahwinan sekarang ini agak mahal, dengan ada insentif macam ini maka baguslah untuk kurangkan beban,” katanya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu. -selangorku

3 ulasan:

  1. Negeri len x buat ka?

    BalasPadam
  2. Ini merupakan satu langkah yang baik untuk menggalakkan rakyat untuk berkhawin ASAP seterusnya mengurangkan gejala maksiat. Malang kerajaan negeri yang ditakbir BN for sure takkan buat punya kerana bagi dia orang gejala maksiat yang tinggi bukan hal diaorang tapi pasal kaut RM dari rakyat itu baru hal yang diaorang yang for sure UMNO BN akan buat. Fikirkanlah.

    BalasPadam
  3. Negeri Kelantan dah lama buat .....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.